Cagliari Calcio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cagliari
Club crest
Nama penuh Cagliari Calcio S.p.A.
Gelaran I Rossoblu (The Red and Blues)
Gli Isolani (The Islanders)
I Sardi (The Sardinians)
Castéddu (nama Bahasa Sardinia untuk Cagliari)
Diasaskan 30 Mei 1920; 97 tahun yang lalu (1920-May-30)
Stadium Stadio Sant'Elia,
Cagliari, Itali
(Muatan: 16,000)
Pemilik Tommaso Giulini
Presiden Tommaso Giulini
Ketua jurulatih Luis Diego López
Liga Serie A
2016–17 Serie A, ke-11
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga

Cagliari Calcio merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Cagliari, Sardinia. Kelab ini kini beraksi di Serie A.

Mereka meraih satu-satunya kejuaraan Scudetto pada musim 1969-70 apabila mereka dipimpin pemain legenda, Luigi Riva. Kejayaan ini membuatkan Cagliari menjadi kelab pertama dari selatan Rom yang meraih gelaran tersebut. Warna bagi kelab ini ialah biru dan merah.

Gelanggang bagi kelab ini ialah Stadio Sant'Elia yang mempunyai 21,000 tempat duduk di Cagliari. Pada musim 2017–18, mereka beraksi di Sardegna Arena yang memuatkan 16,000 kapasiti buat sementara bersebelahan tapak stadium yang baru.

Prestasi terbaik Cagliari di pentas Eropah ialah ketika saingan Piala UEFA 1993-94 apabila mereka layak ke separuh akhir dan tewas kepada Internazionale.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cagliari menjadi juara Serie C ketika musim 1951-52. Pada era 1950an, Cagliari menghuni Serie B buat beberapa musim dan gagal memenangi play-off ke Serie A pada tahun 1954. Selepas disingkirkan ke Serie C pada awal 1960an, Cagliari mula bangkit sebelum memperoleh promosi ke Serie A pada tahun 1964.

Pengembaraan awal di Serie A[sunting | sunting sumber]

Gigi Riva, si legenda Cagliari.

Skuad Rossoblu' yang melakukan penampilan sulung di Serie A menampilkan beberapa tonggak utama mereka antaranya Mario Martiradonna, Pierluigi Cera, Nené, Ricciotti Greatti dan Luigi Riva. Prestasi hambar dipamerkan Cagliari pada babak pertama musim sekali gus mereka terhumban ke tangga terakhir liga dengan hanya mengutip sembilan mata. Walau bagaimanapun, persembahan memukau pada babak kedua musim dengan menyaksikan keputusan menewaskan pasukan gergasi seperti Juventus dan Milan. Mereka menamatkan saingan liga di tempat ketujuh liga dengan mengumpul 34 mata. Dua musim kemudian, Riva menjadi penjaring terbanyak Serie A buat pertama kali sementara Cagliari mencipta rekod pertahanan terbaik mereka.

Ketika musim panas 1967, Cagliari beraksi selama satu musim di Amerika Utara bagi menyambut liga baru di sana yang disebut United Soccer Association. Liga ini mengambil beberapa pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan untuk beraksi di bandar-bandar Amerika Syarikat dan Kanada sementara setiap kelab menggalas nama bandar-bandar di sana. Cagliari di bawah nama Chicago Mustangs dan mereka di tempat kedua liga Divisyen Barat dengan mengumpul 13 mata. Penjaring terbanyak kelab sepanjang kempen liga tersebut ialah Roberto Boninsegna yang menyumbat sepuluh gol dalam sembilan perlawanan membabitkannya.

Barisan pemain Cagliari pada tahun 1970.

Cagliari muncul sebagai salah satu pesaing bagi merebut gelaran Serie A pada musim 1968-69 bersama Fiorentina dan Milan. Fiorentina akhirnya menjuarai Serie A pada musim tersebut tetapi pada musim berikutnya, kejayaan manis tercatat dalam sejarah kelab ini. Cagliari meraih gelaran Serie A pada tahun 1970 dengan hanya mencatat dua kekalahan, 11 gol bolos dan Riva sekali lagi dicatat penjaring terbanyak liga. Pemain-pemain Cagliari seperti Albertosi, Niccolai, Boninsegna, Gori, Cera, Domenghini dan Riva mewakili pasukan kebangsaan Itali dalam saingan Piala Dunia 1970.

Dekad 1970an menyaksikan prestasi Cagliari mula merosot walaupun dua tahun selepas mereka dinobatkan juara Scudetto. Cagliari akhirnya tersingkir dari Serie A pada tahun 1976. Susulan itu, Riva turut mengumumkan persaraan pada musim tersebut juga.

Turun naik[sunting | sunting sumber]

Selepas disingkirkan, Cagliari tewas dalam perlawanan play-off ke Serie A pada musim berikutnya. Mereka muncul semula ke Serie A pada tahun 1979. Pemain-pemain seperti Franco Selvaggi, Mario Brugnera dan Alberto Marchetti memastikan Cagliari kekal di divisyen teratas Itali tersebut selama empat tahun sebelum mereka berdepan penyingkiran kedua pada tahun 1983. Dekad 1980an dilabel tempoh kegelapan kelab ini jika dibandingkan dua dekad sebelum ini apabila mereka disingkirkan ke Serie C1 pada tahun 1987.

Cagliari menghabiskan dua musim selama di Serie C1. Pada tahun 1988, Claudio Ranieri dilantik menjadi jurulatih dan membimbing pasukan memperoleh dua promosi berturutan. Mereka melangkah ke Serie B pada tahun 1989 dan Serie A pada 1990. Dua musim pertama Cagliari di Serie A menyaksikan kelab ini bergelut mengelak penyingkiran. Namun pada musim 1992-93, mereka berjaya menempah slot Eropah di bawah kendalian jurulatih Carlo Mazzone. Pada musim berikutnya, mereka melangkah ke peringkat separuh akhir Piala UEFA, satu pencapaian baru bagi kelab Sardinia tersebut.

Tahun-tahun seterusnya menyaksikan Cagliari kembali menghuni tangga pertengahan liga sebelum mereka bergelut pada musim 1996-97 apabila Cagliari tersingkir ke Serie B selepas tewas dalam pusingan play-off kepada Piacenza. Mereka kembali semula ke Serie A setahun kemudian tetapi hanya selama dua musim.

Sejarah kini[sunting | sunting sumber]

Cagliari beraksi selama empat musim seterusnya di Serie B. Namun pada musim 2003-04, Rossoblu yang ikendali pemain kelahiran Sardinia, Gianfranco Zola berjaya memperoleh kenaikan ke Serie A. Pada musim berikutnya, Cagliari berjaya mengelak penyingkiran apabila menamatkan musim di tanga ke-12 liga.

Musim 2005-06 menyaksikan Cagliari tanpa dibimbing Zola bermula dengan mencatat keputusan hambar apabila mereka menukar pengurusnya sebanyak tiga kali iaitu Attilio Tesser, Daniele Arrigoni dan Davide Ballardini. Namun perlantikan jurulatih Nedo Sonetti pada bulan November membantu kelab ini selamat daripada penyingkiran. Untuk musim 2006-07, Marco Giampaolo setuju menjadi ketua jurulatih namun beliau dipecat selepas mengendalikan 17 perlawanan sebelum digantikan oleh Franco Colomba. Walau bagaimanapun, Cagliari mencatat beberapa keputusan hambar. Beliau dipecat selepas kekalahan 2-0 kepada Lazio. Pengerusi kelab, Cellino memilih untuk melantik semula Giampaolo sebagai ketua jurulatih. Beliau berjaya mengekalkan Cagliari dalam saingan Serie A sekali gus beliau melanjutkan kontraknya selama dua tahun.

Musim 2007-08 menyaksikan pemergian pemain-pemain berpengalaman seperti David Suazo, Mauro Esposito, Antonio Langella dan penjaga gol Chimenti. Namun, Cagliari dibarisi beberapa pemain muda antaranya Robert Acquafresca, Alessandro Matri, Pasquale Foggia,Joaquín Larrivey dan Jan Koprivec. Nedo Sonetti kembali menjadi ketua jurulatih Rossoblu ipadaNovember 2007 selepas Giampaolo mencatat keputusan hambar anak buahnya dalam saingan Serie A apabila terkandas ke tangga tercorot liga. Dalam jendela perpindahan Januari, Cagliari membawa masuk penjaga gol Marco Storari dan Luca Capecchi bersama penyerang berpengalaman Jeda dan pemain tengah Sardinia, Andrea Cossu. Hasil pembelian pemain-pemain ini, Cagliari mula memenangi beberapa perlawanan dan meneruskan kemaraannya untuk menghuni tangga pertengahan liga sebelum mereka menamatkan musim di tempat ke-14 liga. Musim 2008-09 menyaksikan Cagliari memulakan musim dengan hambar apabila mereka tewas dalam lima perlawanan pertama. Walaupun permulaan yang teruk, mereka menamatkan saingan liga di tangga kesembilan liga dengan 19 mata di atas zon penyingkiran.

Jurulatih Pierpaolo Bisoli telah dipecat pada 15 November 2010 dan digantikan oleh bekas jurulatih Itali dan Napoli, Roberto Donadoni sebelum beliau dipecat pada 12 Ogos 2011.

Cagliari memulakan musim 2011-12 di bawah kendalian jurulatih Massimo Ficcadenti sebelum digantikan oleh Davide Ballardini. Namun beberapa minggu tamatnya saingan, Ballardini dipecat berikutan keputusan teruk sebelum Ficcadenti dipanggil semula. Pada penghujung musim tersebut, Cagliari beraksi di Stadio Nereo Rocco yang terletak di Trieste selepas stadium bersejarah kelab telah ditutup pada Mac 2012. Cagliari menggunakan Stadio Is Arenas di Quartu Sant'Elena sebagai gelanggangnya untuk musim 2012-13 sebelum kembali semula ke Sant'Elia (masih dinaik taraf) pada musim berikutnya. Cagliari tersingkir dari Serie A pada musim 2014-15. Mereka kembali semula pada musim seterusnya selepas menjadi juara Serie B.[1]

Warna, lambang dan nama samaran[sunting | sunting sumber]

Warna rasmi bagi kelab Cagliari ialah merah dan biru bagi mencerminkan warna yang ditampilkan pada bendera atau stemma bandar Cagliari.[2] Bahagian warna merah pada stemma merujuk kepada jata Kerabat Savoy, keluarga diraja Itali yang memerintah satu masa dahulu dan khususnya Cagliari yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Sardinia.[3] Bahagian warna biru stemma pula melambangkan langit dan laut dan juga istana. Hal ini kerana pusat bersejarah lama Cagliari ialah bertembok dan dipanggil Castello.[4] Oleh kerana warna-warna ini digunakan pada jersi secara berbahagian, kelab ini diberi nama samaran rossoblu.[5]

Cagliari mempunyai beberapa logo berlainan sepanjang sejarahnya. Kesemua logo tersebut menampilkan bendera Sardinia.[6]

Lambang kini tampil dalam bentuk "Old French" (escutcheon) bersama warna merah dan biru separa serta nama rasmi kelab dibubuh pada atas bendera Sardinia.[7] Sementara itu, kepala-kepala moor buat pertama kali dihadapkan ke kanan sejak tahun 2015 untuk memadankan bendera Sardinia yang telahpun dikemas kini pada tahun 1992.

Disebabkan kelab Cagliari merupakan kelab utama dari pulau Sardinia, mereka digelar "Isolani" ("Orang Pulau").[8]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 September 2017.[9]
No. Posisi Pemain
1 Brazil GK Rafael
2 Belanda DF Gregory van der Wiel
3 Itali DF Marco Andreolli
4 Itali MF Daniele Dessena (kapten)
7 Itali MF Andrea Cossu
8 Itali MF Luca Cigarini
9 Itali FW Niccolò Giannetti
10 Brazil MF João Pedro
12 Belgium DF Senna Miangue
13 Itali DF Filippo Romagna
16 Itali MF Paolo Faragò
17 Brazil FW Diego Farias
No. Posisi Pemain
18 Itali MF Nicolò Barella
19 Itali DF Fabio Pisacane
20 Itali MF Simone Padoin
21 Moldova MF Artur Ioniță
23 Itali DF Luca Ceppitelli
24 Itali DF Marco Capuano
25 Itali FW Marco Sau
26 Itali GK Luca Crosta
27 Itali MF Alessandro Deiola
28 Itali GK Alessio Cragno
30 Itali FW Leonardo Pavoletti
36 Itali FW Federico Melchiorri

Keluar secara pinjaman[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
Itali GK Adam Idrissi (di Olbia)
Itali DF Matteo Cotali (di Olbia)
Itali DF Nicola Manca (di Olbia)
Portugal DF Vasco Oliveira (di Olbia)
Itali DF Simone Pinna (di Olbia)
Poland DF Bartosz Salamon (di SPAL)
No. Posisi Pemain
Itali MF Roberto Biancu (di Olbia)
Argentina MF Santiago Colombatto (di Perugia)
Itali MF Alessio Murgia (di Olbia)
Itali MF Nicholas Pennington (di Olbia)
Croatia MF Marko Pajac (di Perugia)
Korea Utara FW Han Kwang-song (di Perugia)

Senarai presiden[sunting | sunting sumber]

Cagliari mempunyai beberapa presiden sepanjang sejarahnya. Antara presiden kelab ini termasuklah pemilik kelab atau presiden kehormat. Berikut merupakan senarainya:[10]

*Antonio Zedda (1921)
  • Gaetano Fichera (1920–21)
  • Giorgio Mereu (1921–22)
  • Angelo Prunas (1922–24)
  • Agostino Cugusi (1924–26)
  • Vittorio Tredici (1926–28)
  • Carlo Costa Marras (1928–29)
  • Enzo Comi (1929–30)
  • Giovan Battista Bosazza (1930–31)
  • Guido Boero (1931–32)
  • Vitale Cao (1932–33)
  • Enrico Endrich (1933)
  • Pietro Faggioli (1933–34)
  • Aldo Vacca (1934–35)
  • Mario Banditelli (1935–40)
  • Giuseppe Depperu (1940–43)
  • Eugenio Camboni (1944–46)
  • Umberto Ceccarelli (1946–47)
  • Emilio Zunino (1947–49)
  • Domenico Loi (1949–53)
  • Pietro Leo (1953–54)
  • Efisio Corrias (1954–55)
  • Ennio Dalmasso (1955–57)
  • Giuseppe Meloni (1958–60)
  • Enrico Rocca (1960–68)
  • Efisio Corrias (1968–71)
  • Paolo Marras (1971–73)
  • Andrea Arrica (1973–76)
  • Mariano Delogu (1976–81)
  • Alvaro Amarugi (1981–84)
  • Fausto Moi (1984–86)
  • Luigi Riva (1986–87)
  • Lucio Cordeddu (1987)
  • Antonio Orrù (1987–91)
  • Massimo Cellino (1991–05)
  • Bruno Ghirardi (2005–06)
  • Massimo Cellino (2006–14)
  • Tommaso Giulini (2014–kini)


Senarai pengurus[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pengurus Cagliari sejak tahun 1920.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • Serie A:
    • Juara (1): 1969–70
    • Naib-juara (1): 1968–69
  • Serie B:
    • Juara (1): 2015–16
    • Naib-juara (3): 1963–64, 1978–79, 2003–04
  • Serie C / Serie C1:
    • Juara (4): 1930–31, 1951–52, 1961–62, 1988–89
  • Coppa Italia Serie C:
    • Juara (1): 1989
  • Campionato Sardo di I Divisione:
    • Juara (1): 1936–37

Eropah[sunting | sunting sumber]

Piala UEFA:

  • Separuh-akhir (1): 1993–94

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.football-italia.net/83938/cagliari-back-serie
  2. ^ "Stemma Provincia di Cagliari". Comuni-Italiani. 24 June 2007. 
  3. ^ name="colours"
  4. ^ name="colours"
  5. ^ "Cagliari, e' Matri il primo colpo rossoblu: arriva dal Rimini". Eurosport. 24 June 2007. 
  6. ^ "Cagliari Calcio". WeltFussballArchiv.com. 24 June 2007. 
  7. ^ name="badge"
  8. ^ "Cagliari Calcio". About.com. 24 June 2007. 
  9. ^ "Prima squadra" [First team]. Cagliari Calcio. Dicapai pada 10 January 2012. 
  10. ^ "Presidenti". CalcioCagliari.it. 8 Jun 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]