Cahaya bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulan menerangi sekumpulan kapal di Holma, Sweden.

Cahaya bulan sebahagian besar terdiri dari cahaya matahari (dengan sedikit cahaya bumi) memantul dari permukaan Bulan pada bahagian di mana cahaya matahari menerpa.[1]

Kepadatan cahaya[sunting | sunting sumber]

Kepadatan cahaya bulan sangat berpelbagai bergantung kepada fasanya, tetapi meskipun berada pada fasa bulan purnama kepadatan cahayanya hanya sekitar 0,05–0,1 lux.[2] Ketika Bulan berada pada perigee dan dilihat di atas kulminasi dari daerah tropika, iluminasinya dapat mencapai 0,32 lux.[2] Cahaya bulan purnama hanya sekitar sepersejuta dari kecerahan Matahari.[perlu rujukan]

Warna sinar bulan, terutama di sekitar bulan purnama, kelihatan lebih kebiru-biruan dilihat mata manusia berbanding dengan sumber cahaya buatan lainnya. Akibat Kesan Purkinje, cahaya bulan tidak benar-benar berwarna biru, dan meskipun sinar bulan sering disebut "keperakan", tetapi sebenarnya tidak memiliki kualiti keperakan yang lekat. Albedo Bulan ialah 0,136,[3] menunjukkan hanya 13,6% cahaya matahari yang menimpa bulan dipantulkan kembali dari Bulan. Cahaya bulan umumnya menghambat pengamatan astronomi, sehingga ahli astronomi biasanya menghindari mengamati sesi di sekitar Bulan Purnama. Cahaya Bulan memerlukan waktu sekitar 1,26 saat untuk mencapai permukaan bumi.

Cerita rakyat[sunting | sunting sumber]

Dalam cerita rakyat (khususnya cerita rakyat Inggeris), sinar bulan kadangkala dianggap memiliki pengaruh buruk. Misalnya, tidur dalam terang bulan penuh pada malam-malam tertentu dikatakan mampu mengubah seseorang menjadi manusia serigala. Cahaya Bulan dianggap memperburukkan gejala orang gila, dan tidur di bawah sinar bulan mampu menyebabkan orang buta, atau bahkan gila.[4] Terdapat tanggapan bahawa niktalopia (kebutaan malam yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A) disebabkan oleh tidur di bawah sinar bulan di daerah tropik.

"Kebutaan bulan" ialah nama untuk uveitis rekuren kuda. Cahaya bulan tidak lagi dianggap sebagai penyebabnya.

Pada abad ke-16, terdapat dakwaan bahwa susu bulan, iaitu endapan batu kapur putih lembut yang ditemukan di gua-gua, disebabkan oleh sinar bulan.[5]

Cahaya bulan dalam seni[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Toomer, G. J. (December 1964). "Review: Ibn al-Haythams Weg zur Physik by Matthias Schramm". Isis. 55 (4): 463–465 [463–4]. doi:10.1086/349914.
  2. ^ a b Kyba, Christopher C M; Mohar, Andrej; Posch, Thomas (1 February 2017). "How bright is moonlight?". Astronomy & Geophysics. 58 (1): 1.31–1.32. doi:10.1093/astrogeo/atx025. Dicapai pada 14 February 2017.
  3. ^ Matthews, Grant (2008). "Celestial body irradiance determination from an underfilled satellite radiometer: application to albedo and thermal emission measurements of the Moon using CERES". Applied Optics. 47 (27): 4981–93. Bibcode:2008ApOpt..47.4981M. doi:10.1364/AO.47.004981. PMID 18806861.
  4. ^ A Dictionary of English folklore, Oxford University Press, 2000
  5. ^ Gessner, Conrad (1555). Descriptio Montis Fracti sive Montis Pilati [Description of Mount Fractus, or Mount Pilatus] (dalam bahasa Latin). m/s. 54. Dicapai pada March 12, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]