Cahaya tumbuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cahaya LED dipancarakan untuk tumbesaran tumbuhan.

Cahaya tumbuhan atau cahaya tumbesaran adalah sumber cahaya buatan, amnya menggunakan cahaya lampu elektrik, dicipta untuk menggalakkan pertumbuhan tumbuhan. Ia berfungsi memancarkan spektrum elektromagnetik yang bersesuaian bagi proses fotosintesis berlaku. Cahaya tumbesaran digunakan apabila tiada cahaya semualajadi (cahaya matahari), atau di mana cahaya tambahan diperlukan. Contohnya, di negara yang mengalami musim sejuk, menerima kurang cahaya matahari yang kurang sesuai untuk tumbesaran tumbuhan, cahaya tumbesaran digunakan untuk memberi cahaya tambahan kepada tumbuhan itu.[1]

Cahaya tumbesaran memancarkan spektrum cahaya seakan sama dengan cahaya matahari, atau memancarkan spektrum yang khusus untuk keperluan tumbuhan tersebut. Keadaan persekitaran luar ditiru dengan pelbagai suhu warna dan output spektral dari cahaya tumbesaran, dan juga pelbagai output lumen (keamatan) lampu itu. Ini bergantung kepada jenis tumbuhan, peringkat pertumbuhan (sama ada percambahan atau fasa vegetatif atau fasa berbunga/berbuah), dan fotokala yang perlu oleh tumbuhan itu, jarak spektrum tertentu, keberkesanan kilauan dan suhu warna sesuai untuk tumbuhan dan tempoh masa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]