Cakera protoplanet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Cakera protoplanet di Nebula Orion.

Piringan protoplanet atau cakera protoplanet ialah sejenis cakera pertambahan yang terbentuk di sekeliling bintang muda jenis T Tauri atau Herbig-Haro. Istilah "pertambahan" di sini tidak sama dengan pertambahan dalam pembentukan planetesimal.

Planet-planet dalam Sistem Suria pada asalnya terbentuk daripada cakera protoplanet yang beredar mengelilingi Matahari muda. Melalui proses yang melibatkan tarikan graviti, hentaman, dan pertambahan, gumpalan jirim yang kemudiannya menjadi protoplanet telah terbentuk. Protoplanet yang jisimnya cukup besar kemudiannya akan menjadi planet.

Hubungan dengan abiogenesis[sunting | sunting sumber]

Menurut permodelan komputer, molekul organik kompleks yang penting dalam pembentukan kehidupan mungkin terbentuk di piringan protoplanet sebelum pembentukan Bumi.[1] Proses yang sama mungkin terjadi di bintang lain yang memiliki planet.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Moskowitz, Clara (29 March 2012). "Life's Building Blocks May Have Formed in Dust Around Young Sun". Space.com. Dicapai pada 30 March 2012.

Sumber[sunting | sunting sumber]