Canang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Canang tunggal.

Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional, ia disertakan secara berpasangan iaitu canang 'ibu' dan 'anak'.

Manakala dalam ensembel bagi mengiringi tarian istana seperti Tarian Asyik, mengikut amalan semasa, canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch).

Lazimnya dalam ensembel paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G yang mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mod irama yang bersifat minimalisme iaitu secara berulang-ulang.

Kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan ialah yang diperbuat daripada besi dan gangsa.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Canang juga digunakan bagi menyebar pengistiharan/titah sultan pada zaman dahulu. Oleh itu, ia juga membawa maksud menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat dan digunakan seperti, "Pekara tersebut dicanangnya kepada semua orang."[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]