Candelier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberapa buah candelier yang tergantung di Hôtel de Bourvallais, Paris.

Candelier ialah lampu hiasan bercabang yang dirancang untuk dipasang di siling[1] atau dinding.[2] Candelier sering berhias, dan biasanya menggunakan lampu pijar, walaupun beberapa reka bentuk moden juga menggunakan lampu pendarfluor dan LED.

Candelier klasik mempunyai susunan prisma kristal tergantung untuk menerangi sebuah ruangan dengan cahaya yang dibiaskan, sementara candelier kontemporari mempunyai reka bentuk yang lebih minimalis yang tidak mengandungi prisma dan menerangi sebuah bilik dengan cahaya langsung dari lampu, kadang-kadang juga dilengkapi dengan kaca lutcahaya yang menutupi setiap lampu. Candelier moden mempunyai reka bentuk yang lebih moden yang menggunakan LED, dan menggabungkan elemen reka bentuk klasik dan kontemporari; sebahagiannya juga dilengkapi dengan prisma kristal biasan atau cermin kecil.

Candelier adalah berbeza dengan lampu gantung kerana biasanya terdiri dari beberapa lampu dan tergantung di bingkai yang bercabang, sedangkan lampu gantung tergantung dengan satu tali dan hanya mengandungi satu atau dua lampu dengan elemen hiasan yang lebih sedikit. Oleh kerana ukurannya, candelier sering dipasang di lorong, ruang tamu, tangga, ruang rehat dan ruang makan. Walau bagaimanapun, candelier mini juga ada yang boleh dipasang di ruang yang lebih kecil seperti bilik tidur atau ruang tamu kecil.

Candelier berevolusi dari candelabra dan diciptakan pada Zaman Pertengahan. Lampu ini pada asalnya digunakan sebagai tempat letak lilin cahaya mereka, yang tetap digunakan hingga abad ke-18, ketika lampu gas, yang kemudian digantikan oleh lampu elektrik, diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chandeliers for Lower Ceilings". KRM Light. Dicapai pada 2020-10-29.
  2. ^ "Chandelier". Dictionary.com. Dicapai pada 2 Mei 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Abbott James A., and Elaine M. Rice. Designing Camelot: The Kennedy White House Restoration. Van Nostrand Reinhold: 1998. ISBN 0-442-02532-7.
  • Katz, Cheryl and Jeffrey. Chandeliers. Rockport Publishers: 2001. ISBN 978-1-56496-805-0.