Candra binti Clement
Candy | |
---|---|
Nama lahir | Candra binti Clement |
Juga dikenali sebagai | Candy AF5 |
Kelahiran | Tambunan, Sabah | 11 Mei 1989
Berasal dari | ![]() |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Maestro Records KRU Records Warner Music |
Pengkarya berkait | Edry Abdul Halim |
Candra binti Clement atau lebih dikenali sebagai Candy (lahir 11 Mei 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Tambunan, Sabah. Beliau merupakan satu-satunya pelajar Akademi Fantasia Musim 5 yang bukan beragama Islam.
Akademi Fantasia 5[sunting | sunting sumber]
Candy diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.
Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Mila, Ebi, Aswad, dan Heliza. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku tempat kelima Akademi Fantasia Musim 5.
Persembahan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :
Konsert | Lagu & Penyanyi asal | # |
---|---|---|
Minggu 1 | "Ka-Ching" nyanyian Shania Twain | Ke-8 |
Minggu 2 | "Semua Jadi Satu" nyanyian 3 Diva | Ke-7 |
Minggu 3 | "Terlalu Istimewa" nyanyian Adibah Noor | Ke-6 |
Minggu 4 | "Setia Ku Korbankan" nyanyian Fauziah Latiff | Ke-6 |
Minggu 5 | "Berdua Lebih Baik" nyanyian Acha Septriasa | Ke-8 |
Minggu 6 | "Gadis Dan Bunga" nyanyian Rahimah Rahim | Ke-3 |
Minggu 7 | "Tari Silat Melayu" nyanyian Saloma | Ke-4 |
Minggu 8 | "Perhaps Perhaps Perhaps" nyanyian Lila Downs | Ke-5 |
Minggu 9 | "Cahaya Cinta" nyanyian Siti Nurhaliza | Ke-4 |
Minggu 10 (Akhir) | "Dedebu Cinta" nyanyian Misha Omar | Ke-5 |
"Demam" nyanyian Candy (Ciptaan: Edry Abdul Halim) |
- Catatan
i3 Diva adalah gandingan tiga penyanyi wanita Indonesia yang terdiri daripada Ruth Sahanaya, Titi Dwijayati (Titi DJ) dan Krisdayanti.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album kompilasi AF[sunting | sunting sumber]
- Best of Candy (2007)
Single[sunting | sunting sumber]
- "Demam" (2007)
- "Semalam" (2013)
Perkembangan terkini[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2013, Candy mengeluarkan single yang berjudul Semalam, dan dia tidak lagi dikaitkan dengan Astro.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Profil di Murai Diarkibkan 2012-06-02 di Wayback Machine
- Laman blog peminat Candy Diarkibkan 2008-12-10 di Wayback Machine