Cane toccatore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cane toccatore
Negara asalItali
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cane toccatore ialah satu baka anjing yang digunakan sebagai anjing gembala, serupa dengan collie sempadan.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing ini berdiri setinggi 50–55 cm (20–22 in) pada kelasa dan beratnya ialah 20–25 kg (44–55 lb). Namanya diperoleh daripada ia menggigit haiwan ternakan untuk menggerakkan haiwan berkenaan (Bahasa Itali: cane "anjing" dan toccare "menyentuh"). Ia bercirikan telinga tegak, kepala keserigalaan dan gigitan gunting. Bulunya mempunyai lapis bawahan tebal dan biasanya berwarna kelabu, perang, hitam atau kumbang. Anjing ini sangat tangkas, pantas, kuat dan memiliki stanima bagus, mampu bekerja berjam-jama. Ia juga sangat cerdas. Ia merupakan anjing kewilayahan, dengan naluri penjagaan semula jadi, tetapi pada masa sama ia merupakan anjing keluaga. Baka ini juga dipanggil cane paratore di sesetengah kawasan di Itali. Anjing gembala Itali dikembangkan daripada silangan antara cane toccatore dengan mastif Abruzzo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]