Canseleri Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Canseleri Jerman
Bundeskanzleramt
Bundesadler Bundesorgane.svg
Cancillería Federal, Berlín, Alemania, 2016-04-21, DD 37-39 HDR.JPG
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1867, 1878, 1949
Di bawah bidang kuasaKerajaan Jerman
Ibu pejabatBerlin (pertama)
Bonn (kedua)
Belanjawan tahunan71.344 juta (2017)[1]
Eksekutif agensi
Tapak webbundesregierung.de

Canseleri Jerman (Bahasa Jerman: Bundeskanzleramt) adalah sebuah agensi yang menjadi pejabat eksekutif Canselor Jerman, iaitu ketua kerajaan persekutuan, Angela Merkel. Fungsi utama Canseleri ialah membantu Canselor dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti kerajaan persekutuan. Ketua Canseleri (Chef des Bundeskanzleramtes) menyandang jawatan Setiausaha Negara (Staatssekretär) atau Menteri Persekutuan (Bundesminister), yang kini dipegang oleh Peter Altmaier.

Bundeskanzleramt juga adalah nama bangunan di Berlin yang menempatkan pejabat-pejabat peribadi Canselor dan kakitangan Canseleri. Palais Schaumburg di Bonn adalah pejabat rasmi kedua Canseleri Persekutuan Jerman. Dibuka pada tahun 2001, Canseleri Berlin merupakan salah satu bangunan ibupejabat kerajaan terbesar di dunia. Sebagai perbandingan, bangunan baru Canseleri adalah sepuluh kali ganda lebih besar dari Rumah Putih.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Budget 2017". 
  2. ^ Lisa Erdmann (September 22, 2013). "Kanzlerin-Insignien: Alles meins". SPIEGEL ONLINE. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 52°31′13″N 13°22′09″E / 52.520207°N 13.369052°E / 52.520207; 13.369052