Captain America: The Winter Soldier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Captain America: The Winter Soldier
Captain America The Winter Soldier.jpg
PengarahAnthony Russo
Joe Russo
PenerbitKevin Feige
Lakon layar olehChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanCaptain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Dibintangi oleh
Muzik olehHenry Jackman
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
  • Jeffrey Ford
  • Matthew Schmidt
Syarikat
penerbitan
PengedarWalt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
  • 13 Mac 2014
    (Teater El Capitan)
  • 4 April 2014
    (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
136 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$170 juta[2]
Pecah panggung$714.8 juta[3]

Captain America: The Winter Soldier ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2014 menampilkan watak Marvel Comics, Captain America, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Captain America: The First Avenger dan merupakan filem kesembilan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dengan lakon layar oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely. Ia dibintangi Chris Evans sebagai Captain America mengetuai barisan pelakon yang terdiri daripada Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Frank Grillo, Emily VanCamp, Hayley Atwell, Robert Redford dan Samuel L. Jackson. Dalam Captain America: The Winter Soldier, Captain America, Black Widow dan Falcon bergabung tenaga untuk mendedahkan konspirasi dalam S.H.I.E.L.D. ketika berhadapan dengan pembunuh misteri yang dikenali sebagai Winter Soldier.

Captain America: The Winter Soldier ditayangkan di Los Angeles pada 13 Mac 2014. Ia ditayangkan di peringkat antarabangsa pada 26 Mac 2014 dan di Amerika Utara pada 4 April 2014 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, menbuat kutipan lebih $714 juta di seluruh dunia. Ia juga menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik. Sebuah sekuel bertajuk Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016.

Plot[sunting | sunting sumber]

Dua tahun selepas Pertempuran New York,[4] Steve Rogers bekerja di Washington D.C. untuk S.H.I.E.L.D. dibawah pimpinan Nick Fury sambil menyesuaikan diri dengan masyarakat kontemporari. Rogers dan Ejen Natasha Romanoff dihantar bersama pasukan memerangi keganasan S.H.I.E.L.D., S.T.R.I.K.E., diketuai Ejen Rumlow untuk membebaskan tebusan di atas kapal S.H.I.E.L.D. dari Georges Batroc dan tentera upahannya. Semasa pertengahan misi, Rogers mendapati agenda lain Romanoff: untuk mengekstrak data dari komputer kapal kepada Fury. Rogers kembali ke Triskelion, ibu pejabat S.H.I.E.L.D., untuk berhadapan dengan Fury dan diberi taklimat mengenai Projek Insight: tiga Helicarrier dikaitkan dengan satelit pengintip, direka untuk menghapuskan ancaman. Tidak dapat menyahsulit data yang diambil oleh Romanoff, Fury berasa sangsi mengenai Insight dan menyuruh pegawai senior S.H.I.E.L.D., Alexander Pierce untuk melewatkan projek itu.

Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Maria Hill, Fury diserang hendap oleh penyerang yang diketuai oleh seorang pembunuh misteri yang dikenali sebagai Winter Soldier. Fury melepaskan diri ke apartmen Rogers dan memberi amaran kepada Rogers bahawa S.H.I.E.L.D. dikompromi. Selepas memberi Rogers satu pemacu kilat mengandungi data dari kapal, Fury ditembak oleh Winter Soldier. Fury mati ketika pembedahan dan Hill mengambil badannya. Pada hari berikutnya, Pierce mengarahkan Rogers ke Triskelion. Apabila Rogers engan memberi maklumat Fury, Pierce menamakannya sebagai pelarian. Diburu oleh S.T.R.I.K.E., Rogers berjumpa Romanoff. Menggunakan data dalam pemacu kilat, mereka menemui bunker rahsia S.H.I.E.L.D. di New Jersey, dimana mereka mengaktifkan superkomputer mengandungi Arnim Zola. Zola mendedahkan bahawa sejak S.H.I.E.L.D. ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua, Hydra telah beroperasi secara rahsia di dalam jajarannya, menyemai huru-hara global dengan matlamat bahawa manusia dengan relanya menyerahkan kebebasan sebagai pertukaran untuk keselamatan. Pasangan itu berjaya mengelakkan kematian apabila peluru berpandu S.H.I.E.L.D. memusnahkan bunker itu dan menyedari bahawa Pierce ialah ketua Hydra dalam S.H.I.E.L.D.

Rogers dan Romanoff mendapatkan bantuan bekas para penyelamat USAF, Sam Wilson yang merupakan kawan Rogers dan memperoleh pek sayap berkuasa "Falcon". Menyimpulkan bahawa ejen S.H.I.E.L.D., Jasper Sitwell merupakan ejen Hydra, mereka memaksanya mendedahkan bahawa Zola membangunkan algoritma perlombongan data yang boleh mengenal pasti individu yang mungkin menjadi ancaman kepada masa depan rancangan Hydra. Helicarrier menggunakan senjata satelit berpandu untuk menghapuskan individu-individu ini. Rogers, Romanoff dan Wilson diserang hendap Winter Soldier, yang membunuh Sitwell. Semasa berlawan, Rogers mengenali Winter Soldier sebagai Bucky Barnes, kawannya yang ditangkap dan dieksperimen ketika Perang Dunia Kedua. Hill berjaya mendapatkan ketiga-tiga mereka ke rumah yang selamat di mana Fury, yang memalsukan kematiannya sedang menunggu dengan rancangan untuk mensabotaj Helicarrier dengan menggantikan cip pengawal.

Selepas ahli Majlis Keselamatan Dunia tiba untuk pelancaran Helicarrier, Rogers menyiarkan plot Hydra untuk semua orang di Triskelion. Romanoff yang menyamar sebagai salah seorang ahli Majlis melucutkan senjata Pierce. Fury tiba dan memaksa Pierce untuk membuka kunci pangkalan data S.H.I.E.L.D supaya Romanoff boleh membocorkan maklumat sulit untuk mendedahkan Hydra kepada orang ramai. Selepas pergelutan, Fury membunuh Pierce. Sementara itu, Rogers dan Wilson memasuki dua Helicarrier dan menggantikan cip pengawal mereka tetapi Winter Soldier memusnahkan sut Wilson dan berlawan Rogers. Rogers berjaya meletakkan cip terakhir, membenarkan Hill untuk mengawal dan memusnahkan kapal itu satu sama lain. Rogers enggan melawan Winter Soldier dalam percubaan untuk mencapai kawannya, tetapi ketika kapal itu berlanggar dengan Triskelion, Rogers ditolak jatuh ke dalam Sungai Potomac. Winter Soldier menyelamatkan Rogers yang tidak sedar sebelum menghilangkan diri ke dalam hutan. Dengan S.H.I.E.L.D. yang kucar kacir, Romanoff hadir di hadapan jawatankuasa kecil Senat dan Fury pergi ke Eropah Timur untuk mengejar baki sel Hydra. Rogers dan Wilson memutuskan untuk mencari Winter Soldier, manakala Rumlow, yang merupakan ejen untuk Hydra, dimasukkan ke hospital selepas kemusnahan Triskelion.

Dalam babak pertengahan kredit, Baron Wolfgang von Strucker, di makmal Hydra mengisytiharkan bahawa "masa keajaiban" telah bermula dan saintis memeriksa sebuah tongkat tenaga penuh[N 1] dan dua tahanan: satu dengan kuasa kelajuan luar biasa, satu lagi dengan kuasa telekinetik. Dalam babak pasca kredit, Winter Soldier melawat memorial Bucky di Institusi Smithsonian.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon dan krew Captain America: The Winter Soldier di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013. (L-R: penerbit Kevin Feige, VanCamp, Mackie, Smulders, Jackson, Johansson, pengarah Anthony dan Joe Russo, Evans, Grillo, Stan)

Toby Jones,[6] Maximiliano Hernández,[7] dan Garry Shandling[8] menyambung watak mereka daripada filem Marvel Studios sebelumnya sebagai Arnim Zola, Jasper Sitwell dan Senator Stern. Georges St-Pierre sebagai Georges Batroc.[9][10] Callan Mulvey sebagai Jack Rollins, ahli S.H.I.E.L.D. unit S.T.R.I.K.E..[11][12] Chin Han, Jenny Agutter (sebelumnya muncul dalam The Avengers), Alan Dale dan Bernard White muncul sebagai ahli Majlis Keselamatan Dunia.[13][14] Danny Pudi[14] dan DC Pierson[15] mempunyai watak kecil sebagai juruteknik S.H.I.E.L.D. dan pekerja Apple Store. Gary Sinise meriwayatkan pameran Institusi Smithsonian bertema Captain America dan Stan Lee membuat kameo sebagai pengawal keselamatan di sana.[14] Pencipta Winter Soldier, Ed Brubaker membuat penampilan kameo sebagai saintis bekerja kepada Winter Soldier.[16][17] Pengarah, Joe Russo membuat penampilan kameo sebagai doktor,[15], Christopher Markus dan Stephen McFeely membuat penampilan kameo sebagai penyiasat S.H.I.E.L.D. Thomas Kretschmann, Henry Goodman, Elizabeth Olsen dan Aaron Taylor-Johnson muncul, tidak dikredit sebagai Baron Wolfgang von Strucker, Dr. List, Scarlet Witch dan Quicksilver dalam babak pertengahan kredit.[18][19][20]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2011, sebelum Captain America: The First Avenger ditayangkan di teater, penulis skrip, Christopher Markus dan Stephen McFeely mengumumkan bahawa Marvel telah melantik duo itu bekerja untuk sekuel filem tersebut.[21] Pada bulan September 2011, Chris Evans berkata sekuel itu mungkin tidak akan ditayangkan sehingga tahun 2014.[22] Pada bulan Januari 2012, Neal McDonough yang berlakon sebagai Dum Dum Dugan dalam Captain America: The First Avenger, menyebut bahawa sekuel mungkin akan difilemkan selepas Thor: The Dark World selesai.[23] Walt Disney Studios mengumumkan bahawa rancangan untuk menayangkan sekuel kepada Captain America: The First Avenger pada 4 April 2014.

Pra-produksi[sunting | sunting sumber]

Menjelang bulan Jun 2012, Russo bersaudara memasuki rundingan untuk mengarahkan filem sekuel[24] dan Samuel L. Jackson disahkan akan kembali sebagai ketua S.H.I.E.L.D., Nick Fury.[25] Ketika Comic-Con Antarabangsa San Diego 2012, ia telah diumumkan bahawa tajuk rasmi sekuel ini adalah Captain America: The Winter Soldier, dan Russo bersaudara akan mengarahkan filem ini.[26] Selepas menandatangani untuk mengarah, Russo bersaudara berjumpa dengan Ed Brubaker untuk belajar lebih banyak tentang di mana karakter Winter Soldier datang, pemikirannya dan tema tentang watak itu.[27] Pada bulan Julai 2012, Anthony Mackie memasuki rundingan untuk membintangi sebagai Falcon dalam filem sekuel.[28] Sebastian Stan juga disahkan akan menyambung wataknya sebagai James Barnes.[28] Menjelang bulan Ogos 2012, Anna Kendrick, Felicity Jones dan Imogen Poots sedang dipertimbangkan untuk peranan utama dalam filem ini.[29]

Pada bulan September 2012, Chris Evans menyatakan bahawa penggambaran akan bermula pada bulan Mac 2013.[30] Evans juga menyatakan bahawa penyesuaian diri Rogers dalam dunia moden yang pada asalnya dimasukkan dalam The Avengers lebih sesuai dalam Captain America: The Winter Soldier.[31] Pada akhir bulan itu, The Greater Cleveland Film Commission mengumumkan bahawa Captain America: The Winter Soldier akan difilemkan di Cleveland, Ohio selepas produksi itu telah diluluskan $9.5 juta cukai kredit.[32] Penerbit, Nate Moore berkata selepas menjadi lokasi The Avengers, kerajaan Cleveland sangat membantu dalam menyediakan lokasi yang besar untuk penggambaran. Sesetengah daripada filem juga dijadualkan menjalani pengambaran di California dan Washington, D.C.[32][33]

Menjelang bulan Oktober, Emilia Clarke, Jessica Brown Findlay, Teresa Palmer, Imogen Poots dan Alison Brie telah dipertimbangkan untuk minat cinta Rogers dalam filem,[34] dan Scarlett Johansson dibawa kembali untuk menyambung wataknya sebagai Black Widow.[34] Kemudiannya pada bulan itu, Frank Grillo telah menjalani ujian percubaan untuk watak penjahat, Crossbones dalam filem itu,[35] dan menjelang akhir bulan itu, Grillo menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu dan Cobie Smulders menyambung wataknya sebagai Maria Hill dari The Avengers.[36]

Pada bulan Januari 2013, Hayley Atwell yang melakonkan watak Peggy Carter dalam Captain America: The First Avenger, berkata dia tidak akan muncul dalam filem sekuel ini.[37] Walau bagaimanapun Stanley Tucci, yang melakonkan watak Dr. Abraham Erskine dalam filem sebelumnya, kemudiannya berkata Atwell akan muncul dalam babak papar kembali.[38] Juga pada bulan Januari, Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan dalam 3D dan Anthony Mackie berkata penggambaran akan bermula pada 1 April 2013.[39][40] Kemudiannya pada bulan itu, Toby Jones yang berlakon sebagai Arnim Zola dalam filem pertama berkata dia akan menyambung wataknya dalam sekuel.[6]

Pada bulan Februari 2013, Emily VanCamp memasuki rundingan untuk melakonkan watak wanita utama dalam filem ini.[41] Menjelang bulan Mac 2013, Maximiliano Hernández ditandatangani untuk menyambung wataknya sebagai ejen S.H.I.E.L.D., Jasper Sitwell dari Thor dan The Avengers dan Robert Redford memasuki perbincangan untuk menyertai barisan pelakon sebagai ahli berpangkat tinggi S.H.I.E.L.D,[7][42] yang kemudiannya disahkan olehnya[43] Menjelang akhir bulan Mac, pelawan UFC, Georges St-Pierre dipilih untuk watak berdasarkan komik Batroc the Leaper dalam filem ini.[9]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Set filem Captain America: The Winter Soldier di National Mall.

Fotografi utama bermula pada 1 April 2013 di Raleigh Manhattan Beach Studios, Los Angeles.[44] Babak mengambil tempat di "Lemurian Star" difilemkan di Sea Launch Commander, Long Beach, California.[45] Pada awal bulan Mei, Dominic Cooper mengesahkan dia akan kembali sebagai Howard Stark.[46] Pada 14 Mei 2013, produksi berpindah ke Washington, D.C. dengan pengambaran mengambil tempat di National Mall dan Jambatan Theodore Roosevelt.[47] Pada hari berikutnya, Garry Shandling dilihat melakonkan kembali wataknya dalam Iron Man 2 sebagai Senator Stern.[8] Lokasi penggambaran lain di Washington, D.C. termasuk Hotel Willard Hotel dan Bulatan Dupont.[48]

Penggambaran di Cleveland bermula pada 17 Mei dan dijadualkan berjalan sehingga pertengahan bulan Jun dengan lokasi dijadualkan di West Shoreway, the Southerly Wastewater Treatment Plant, Cuyahoga Heights dan Lakeview Cemetery Dam.[49] Cleveland dipilih sebagai pendiri untuk Washington, D.C. dengan East 6th Street sebagai pendua kepada 7th and D Streets di Southwest D.C.[50] Lokasi lain di Cleveland termasuk Bank Rizab Persekutuan Cleveland, Perpustakaan Awam Cleveland, Universiti Negeri Cleveland, Cleveland Arcade, Tower City Center, Muzium Seni Cleveland dan Western Reserve Historical Society.[50][51][52][53][54] Penggambaran dalaman juga difilemkan dalam rumah-rumah persendirian dan Gereja Pilgrim Congregational di Tremont.[55] Penggambaran di Cleveland tamat pada 27 Jun 2013.[56]

Trent Opaloch, lebih dikenali dengan kerjanya untuk District 9 dan Elysium, dibawa masuk sebagai pengarah fotografi.

Pasca-produksi[sunting | sunting sumber]

Fotografi tambahan difilemkan pada bulan Disember 2013 dan Januari 2014,[57] dalam rangka untuk Russo bersaudara menunjukkan dengan tepat keadaan setiap watak selepas kekalahan S.H.I.E.L.D., setelah membaca skrip Avengers: Age of Ultron untuk membimbing pilihan mereka.[58] Joss Whedon, pengarah The Avengers dan Avengers: Age of Ultron, menulis dan mengarahkan babak pertengahan kredit,[59] yang menampilkan Quicksilver, Scarlet Witch,[19] dan Baron Wolfgang von Strucker.[18]

Enam syarikat kesan istimewa terlibat dalam mencipta kesan visual filem termasuk Industrial Light & Magic (ILM), Scanline VFX, Lola VFX, Luma Pictures, Whiskytree dan The Embassy.[60] Filem ini mengandungi 2,500 kesan visual dengan 900 dikerjakan oleh ILM.[61] Lola VFX yang melakukan babak pra-serum Steve Rogers dalam filem ini dan Captain America: The First Avenger juga bekerja untuk babak yang menampilkan Peggy Carter yang tua. Helicarrier dalam filem ini merupakan digital sepenuhnya. Kebanyakan babak di Washington, D.C. dicipta secara digital kerana banyak sekatan penerbangan di bandar itu yang memerlukan lokasi diwujudkan semula oleh komputer.[61]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Chris Evans di pembukaan Paris untuk Captain America: The Winter Soldier.

Captain America: The Winter Soldier ditayangkan di 32 pasaran pada 26 Mac 2014[62][63] dan di Amerika Utara pada 4 April 2014 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D.[64][39] Filem ini dibuka di 668 skrin IMAX seluruh dunia, satu rekod untuk filem yang dibuka pada bulan April.[65] Pembukaan dunia mengambil tempat pada 13 Mac 2014 di Teater El Capitan, Hollywood, California.[66] Pembukaan Paris mengambil tempat pada 17 Mac di Le Grand Rex,[67] pembukaan London mengambil tempat pada 20 Mac Westfield London,[68] pembukaan Beijing mengambil tempat pada 24 Mac[69] dan pembukaan Cleveland mengambil tempat pada 1 April.[70]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Captain America: The Winter Soldier mengutip $259.8 juta di Amerika Utara dan anggaran $455 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $714.8 juta.[3] Ia menjadi filem dengan kutipan ketujuh tertinggi pada tahun 2014.[71] Deadline.com mengira keuntungan bersih bagi filem ini menjadi $166.2 juta.[72]

Filem ini menduduki tempat pertama dalam box office untuk tiga minggu berturut-turut[73][74] sebelum diambil alih oleh The Other Woman pada minggu keempat.[75] Filem ini mencatat kutipan kesuluruhan terbesar diantara filem-filem yang dikeluarkan pada bulan April.[76] Selepas tayangan teater berakhir, filem ini menjadi filem dengan kutipan ketiga tertinggi pada tahun 2014 dibelakang Guardians of the Galaxy dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[77] Captain America: The Winter Soldier menduduki tempat teratas box office semasa minggu pembukaan dengan $75.2 juta dari 32 pasaran luar negara.[63] Filem ini menduduki tempat pertama di banyak negara termasuk Australia, China dan Rusia.[78]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 89% dengan purata rating 7.5/10 berdasarkan 254 ulasan. Metacritic memberi skor 70 daripada 100 berdasarkan 44 kritikan.[79] Penonton CinemaScore memberi Captain America: The Winter Soldier gred "A" daripada skala A+ ke F.[80]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Captain America: The Winter Soldier menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik. Filem ini juga dicalonkan untuk dua Anugerah Critics' Choice, enam Anugerah People's Choice (menang satu), tiga anugerah Teen's Choice dan sepuluh Anugerah Zuhal.

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016 dan sekali lagi diarahkan oleh Russo bersaudara.[81][82] Evans, Johansson, Stan, Mackie, VanCamp dan Grillo menyambung watak mereka dari The Winter Soldier[83][84] dan mereka disertai oleh Robert Downey, Jr. sebagai Tony Stark / Iron Man, Paul Bettany sebagai Vision, Jeremy Renner sebagai Clint Barton / Hawkeye, Don Cheadle sebagai James "Rhodey" Rhodes / War Machine, Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch dan Paul Rudd sebagai Scott-Lang / Ant-Man, William Hurt sebagai Thaddeus "Thunderbolt" Ross,[85] and Gwyneth Paltrow sebagai Pepper Potts,[86] kesemua menyambung watak mereka daripada filem-filem MCU sebelumnya.[85]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kevin Feige mengesahkan bahawa tongkat itu adalah tongkat yang digunakan oleh Loki dalam The Avengers.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Captain America: The Winter Soldier (2014)". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2014. Dicapai March 13, 2014. 
  2. ^ McIntyre, Gina (January 10, 2014). "'Captain America': Chris Evans fights evil, and the present, in 'Winter Soldier'". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2014. Dicapai January 10, 2014. 
  3. ^ a b "Captain America: The Winter Soldier (2014)". Box Office Mojo. Dicapai August 23, 2014. 
  4. ^ Lussier, Germain (September 30, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier' Takes Place Two Years After 'The Avengers'". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2013. Dicapai September 30, 2013. 
  5. ^ Bibbiani, William (April 4, 2014). "Kevin Feige Interview: Captain America, The Avengers 2 and Doctor Strange". CraveOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2014. Dicapai April 13, 2014. 
  6. ^ a b Sztypuljak, David (January 20, 2013). "Critics Circle Awards 2013 – Interviews". HeyUGuys.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2013. Dicapai January 21, 2013. 
  7. ^ a b Patten, Dominic (March 21, 2013). "Movie Castings: Seth Rogen Scores 'The Interview', 'Endless Love' Remake Gets Leads & 'Winter Soldier' Sees An Agent Return". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2013. Dicapai March 21, 2013. 
  8. ^ a b Roberts, Roxanne; Argetsinger, Amy (May 15, 2013). "Hey, isn't that. . .?: Garry Shandling in 'Captain America' sequel". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2013. Dicapai May 15, 2013. 
  9. ^ a b Johnston, Mike (March 25, 2013). "UFC's GSP lands role in Captain America sequel". Sportsnet. Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2013. Dicapai March 25, 2013. 
  10. ^ Martin, Damon (March 14, 2014). "Georges St-Pierre walks the red carpet at the Captain America: The Winter Soldier premiere". Fox Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2014. Dicapai August 27, 2013. 
  11. ^ Kroll, Justin (September 18, 2013). "Callan Mulvey Rounds Out Cast of 'Kill Me Three Times'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2014. Dicapai October 24, 2013. 
  12. ^ Couto, Anthony (April 3, 2014). "Holly Hunter, Callan Mulvey And Tao Okamoto Join Batman Vs. Superman Cast". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2014. Dicapai July 24, 2014. 
  13. ^ Brown, Todd (May 31, 2013). "Meet Robert Redford's S.H.I.E.L.D. Team from 'Captain America: The Winter Soldier'". Twitch Film. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2014. Dicapai May 31, 2013. 
  14. ^ a b c Franich, Daniel (April 5, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier': A reference guide". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada April 10, 2014. Dicapai April 10, 2014. 
  15. ^ a b Dyce, Andrew (April 7, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' Easter Eggs, Trivia & References". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2014. Dicapai April 15, 2014. 
  16. ^ Weintraub, Steve (July 30, 2013). "Anthony Russo and Joe Russo Talk 'Captain America: The Winter Soldier,' Stan Lee's Cameo, the Post-Credits Scene, and Much More". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2013. Dicapai July 30, 2013. 
  17. ^ Breznican, Anthony (February 2, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' Super Bowl ad hints at major death". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2014. Dicapai February 5, 2014. 
  18. ^ a b McWeeny, Drew (March 21, 2014). "Review: Captain America meets his match in the smart and stylish 'Winter Soldier'". HitFix. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2014. Dicapai March 22, 2014. 
  19. ^ a b Milly, Jenna (March 14, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' premiere: Crossover is the word". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada March 17, 2014. Dicapai March 17, 2014. 
  20. ^ Fitzpatrick, Kevin (April 7, 2015). "'Agents of S.H.I.E.L.D.' 'Afterlife': What Does That Major Marvel Return Mean for 'Age of Ultron'?". ScreenCrush. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2015. Dicapai April 8, 2015. 
  21. ^ Marshall, Rick (April 14, 2011). "'Captain America' Writers Talk Sequel, Post-'Avengers' Plans, And The Marvel Movie-Verse". MTV Splash Page. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2011. Dicapai April 14, 2011. 
  22. ^ Toro, Gabe (September 22, 2011). "Chris Evans Says 'Captain America' Sequel Might Not Arrive Until 2014". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2012. Dicapai September 22, 2011. 
  23. ^ "A Chat with "Justified's" Neal McDonough". IMDb Television Blog. January 17, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2012. Dicapai January 28, 2012. 
  24. ^ Patten, Dominic (June 6, 2012). "Russo Brothers in Talks For Marvel's 'Captain America' Sequel". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada June 6, 2012. Dicapai June 6, 2012. 
  25. ^ Sneider, Jeff (June 6, 2012). "Russo brothers tapped for 'Captain America 2': Disney and Marvel in final negotiations with 'Community' producers to helm pic". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2012. Dicapai July 3, 2012. 
  26. ^ Ching, Albert (July 15, 2012). "'Guardians of the Galaxy' Is Official, More Marvel Movie News". Newsarama.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2012. Dicapai July 15, 2012. 
  27. ^ Goldman, Eric (March 6, 2014). "The Winter Soldier: Has America Changed Too Much for Captain America?". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2014. Dicapai March 10, 2014. 
  28. ^ a b Graser, Marc (July 16, 2012). "Mackie mulls Falcon in 'Captain America'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada July 17, 2012. Dicapai July 16, 2012. 
  29. ^ "'Captain' crunch for cast". New York Post. August 18, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada August 20, 2012. Dicapai August 20, 2012. 
  30. ^ Chitwood, Adam (September 11, 2012). "Chris Evans Says 'Captain America: The Winter Soldier' Starts Filming March 2013". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 11, 2012. Dicapai September 11, 2012. 
  31. ^ Chitwood, Adam (September 18, 2012). "Chris Evans Talks 'Captain America: The Winter Soldier'; Says Sequel Will Get Into Material That Was Cut from 'The Avengers'". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2012. Dicapai September 18, 2012. 
  32. ^ a b Sangiacomo, Michael (September 28, 2012). "'Captain America' sequel to be filmed in Cleveland in 2013". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2012. Dicapai September 28, 2012. 
  33. ^ Abdusshahid, Basheerah (August 21, 2012). "Interview with Leslie Green". DC Office of Motion Picture and Television Development (Audio siar). Peristiwa berlaku di 7:00. Dicapai September 28, 2012. We have Captain America 2 that should be shooting here in the Spring of 2013. So we're very excited about Marvel and Disney coming here for that. 
  34. ^ a b Fleming, Mike (October 2, 2012). "Five Actresses Testing For 'Captain America 2' Role; Black Widow Might Drop By As Well". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2012. Dicapai October 2, 2012. 
  35. ^ Chitwood, Adam (October 22, 2012). "Frank Grillo Testing for Villain Role in 'Captain America: The Winter Soldier'". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2012. Dicapai October 23, 2012. 
  36. ^ Graser, Marc (October 29, 2012). "Frank Grillo to play Crossbones in 'Captain America' sequel". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2012. Dicapai October 29, 2012. 
  37. ^ "Interview: Hayley Atwell for 'Restless'". Time Out. January 2, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2013. Dicapai September 22, 2011. 
  38. ^ Goldberg, Matt (February 13, 2013). "Stanley Tucci Says Hayley Atwell Will Be Making a Cameo in CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 13, 2013. Dicapai February 13, 2013. 
  39. ^ a b "Captain America & Guardians Coming in 3D". Marvel. January 14, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2013. Dicapai January 14, 2013. 
  40. ^ Goldberg, Matt (January 14, 2013). "Anthony Mackie Talks Playing Falcon in 'Captain America: The Winter Soldier'; Says He'll Be Able to Fly". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2013. Dicapai March 7, 2013. 
  41. ^ Fleming Jr., Mike (February 1, 2013). "'Revenge's Emily VanCamp Landing Lead In 'Captain America 2'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2013. Dicapai February 1, 2013. 
  42. ^ Fleming Jr., Mike (March 22, 2013). "Marvel Surprise: Robert Redford In Talks To Star In 'Captain America: The Winter Soldier'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2013. Dicapai March 22, 2013. 
  43. ^ Olsen, Mark (March 29, 2013). "Robert Redford's 'new territory' with 'Captain America' sequel". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2013. Dicapai March 29, 2013. 
  44. ^ "'Captain America: The Winter Soldier' filming officially underway in Los Angeles". On Location Vacations. April 1, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2013. Dicapai April 2, 2013. 
  45. ^ On The Frontline: An Inside Look At Captain America's Battlegrounds (Featurette). Captain America: The Winter Soldier Blu-Ray: Walt Disney Home Entertainment. 2014. 
  46. ^ "The Social Network". Total Film (207): 17. July 2013. Liam Baskerville: "Are you in Captain America 2"? Dominic Cooper: "Well... it's hard to say. We're shooting something for it. I've worn the costume again. But whether they just had me put it on as a joke, I don't know! [laughs] It was good fun getting back into it and he's got some very cool shades now. But who knows..." 
  47. ^ McGrath, Megan (May 14, 2013). "'Captain America' Closes Some D.C. Streets". WRC-TV. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2013. Dicapai May 14, 2013. 
  48. ^ Freed, Benjamin R. (May 15, 2013). "Captain America Filming Tonight in Dupont Circle". DCist.com / Gothamist. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2013. Dicapai May 16, 2013. 
  49. ^ Sangiacomo, Michael (May 17, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier' starts shooting in Cleveland". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2013. Dicapai May 18, 2013. 
  50. ^ a b O'Connor, Clint (May 20, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier' kicks off its Cleveland shoot with gunfire and Samuel L. Jackson". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2013. Dicapai May 21, 2013. 
  51. ^ Morona, Joey (May 30, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier' filming in Cleveland: Day 10 live blog". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2013. Dicapai May 30, 2013. 
  52. ^ Nroman, Michael (June 12, 2013). "Scarlett Johansson locks lips with Chris Evans in surprise Captain America-Black Widow kiss". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai July 8, 2013. 
  53. ^ O'Connor, Clint (June 24, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier': Final week of Cleveland film shoot begins". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai July 8, 2013. 
  54. ^ O'Connor, Clint (June 25, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier': Cleveland film shoot travels back in time at Western Reserve Historical Society". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai July 8, 2013. 
  55. ^ O'Connor, Clint (June 18, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier': Interior shooting in Tremont for Scarlett Johansson and Chris Evans". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai July 8, 2013. 
  56. ^ O'Connor, Clint (June 27, 2013). "'Captain America: The Winter Soldier': It's been a gas but Marvel movie shoot wraps in Greater Cleveland today; 'Draft Day' also wraps". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai June 27, 2013. 
  57. ^ "Captain America: The Winter Soldier Headed Back for Additional Filming". ComingSoon.net. December 9, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2014. Dicapai December 9, 2013. 
  58. ^ Christopher Markus, Stephen McFeely, John and Anthony Russo (2014). Captain America: The Winter Soldier audio commentary. Captain America: The Winter Soldier Blu-ray: Walt Disney Home Entertainment. 
  59. ^ Weintraub, Steve (March 14, 2014). "Joss Whedon Directed One of the Post-Credits Scenes in CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDiER". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada March 11, 2014. Dicapai March 14, 2014. 
  60. ^ Failes, Ian (May 1, 2014). "Captain America: The Winter Soldier – reaching new heights". Fxguide. Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2014. Dicapai May 3, 2014. 
  61. ^ a b Giardina, Carolyn (April 17, 2014). "'Captain America: Winter Soldier' Visual Effects Explained". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2014. Dicapai April 17, 2014. 
  62. ^ Villasor, Tim G. (February 6, 2014). "Marvel releases new theatrical posters, trailers for 'Captain America: The Winter Soldier'". GMA Network. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2014. Dicapai February 12, 2014. 
  63. ^ a b Kay, Jeremy (March 30, 2014). "Captain America: The Winter Soldier rules international box office on $75.2m". Screen Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2014. Dicapai April 15, 2014. 
  64. ^ Boucher, Geoff (April 5, 2012). "'Captain America' sequel set for April 2014". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2012. Dicapai April 6, 2012. 
  65. ^ Stewart, Andrew (April 3, 2014). "'Captain America' Sequel Set to Break April Record at the Box Office". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2014. Dicapai August 29, 2014. 
  66. ^ Penagos, Ryan (March 13, 2014). "Marvel Takes Over Hollywood for the Captain America: The Winter Soldier World Premiere". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2014. Dicapai March 13, 2014. 
  67. ^ Durand, Francois (March 17, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' Paris Premiere At Le Grand Rex". Getty Images. Diarkibkan daripada yang asal pada March 19, 2014. Dicapai March 19, 2014. 
  68. ^ "Captain America: The Winter Soldier UK premiere". Facebook. March 21, 2014. Dicapai March 21, 2014. 
  69. ^ "'Captain America' arrives in China". Washington Post. March 24, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2014. Dicapai March 25, 2014. 
  70. ^ DeMarco, Laura (April 1, 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' jam-packed premiere shines superheroic spotlight on Cleveland". The Plain Dealer. Cleveland, Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2014. Dicapai April 1, 2014. 
  71. ^ "2014 Worldwide Grosses". Box Office Mojo. Dicapai August 28, 2014. 
  72. ^ Fleming Jr, Mike (March 12, 2015). "No. 9 'Captain America: Winter Soldier' – 2014 Most Valuable Blockbuster Movie Tournament". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2015. Dicapai March 13, 2015. 
  73. ^ Subers, Ray (April 13, 2014). "Weekend Report: 'Captain America' Wins Close Fight with 'Rio 2'". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2014. Dicapai April 26, 2014. 
  74. ^ Subers, Ray (April 20, 2014). "Weekend Report: 'Captain' Three-peats, 'Heaven' Rises Over Easter Weekend". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2014. Dicapai April 26, 2014. 
  75. ^ Subers, Ray (April 27, 2014). "Weekend Report: 'Woman' Gets Women, Ousts 'Captain America'". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2014. Dicapai April 28, 2014. 
  76. ^ Subers, Ray (May 11, 2014). "Weekend Report: 'Neighbors' Hazes 'Spider-Man'". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2014. Dicapai June 17, 2014. 
  77. ^ "2014 Domestic Grosses". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2014. Dicapai July 6, 2014. 
  78. ^ Tipton, Janelle (April 7, 2014). "'Captain America 3' Gets Release Date as Marvel's 'Captain America: The Winter Soldier' Sets April Record". The Walt Disney Company. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2014. Dicapai April 8, 2014. 
  79. ^ "Captain America: The Winter Soldier". Metacritic (CBS Interactive). Dicapai March 21, 2014. 
  80. ^ Sperling, Nicole (April 5, 2014). "Box office update: 'Captain America' supersizes Friday's box office with $37 million". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai April 5, 2014. 
  81. ^ Weintraub, Steve (March 11, 2014). "Directors Joe & Anthony Russo Confirm They'll Direct Captain America 3; Say They're Breaking the Story Now with Screenwriters Christopher Markus & Stephen McFeely". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada March 11, 2014. Dicapai March 14, 2014. 
  82. ^ Strom, Marc (April 7, 2014). "Captain America to Return to Theaters May 6, 2016". Marvel. Diarkibkan daripada yang asal pada April 7, 2014. Dicapai April 7, 2014. 
  83. ^ Kroll, Justin (January 21, 2014). "'Captain America 3' Takes Shape at Marvel (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2014. Dicapai January 21, 2014. 
  84. ^ Fleming Jr, Mike (November 14, 2014). "Daniel Bruhl To Play Villain In 'Captain America: Civil War'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2014. Dicapai October 30, 2014. 
  85. ^ a b "Marvel Studios Begins Production on Marvel's 'Captain America: Civil War'". Marvel.com. May 7, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2015. Dicapai May 7, 2015. 
  86. ^ Sneider, Jeff. "Gwyneth Paltrow Will Return as Pepper Potts in 'Captain America: Civil War'". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada February 23, 2016. Dicapai February 22, 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]