Capucine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Capucine
Capucine (1962).jpg
Capucine pada 25 April 1962
KelahiranGermaine Hélène Irène Lefebvre
(1928-01-06)6 Januari 1928
Saint-Raphaël, Var, France
Meninggal dunia17 Mac 1990(1990-03-17) (umur 62)
Lausanne, Switzerland
Sebab kematianBunuh diri
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif1948–1990
PasanganPierre Trabaud (k. 1950–1950)

Capucine (6 Januari 1928 – 17 Mac 1990)[1] merupakan model dan pelakon Perancis yang dikenali menerusi filem komedi The Pink Panther (1963) dan What's New Pussycat? (1965). Beliau pernah muncul dalam 36 buah filem dan 17 buah rancangan televisyen dari tahun 1948 hingga 1990.

Pada tahun 1949, Capucine bertemu dengan pelakon Pierre Trabaud di set pengambaran Rendez-vous dan mereka berkahwin setahun kemudian. Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama lapan bulan sahaja. Semenjak itu, Capucine tidak lagi berkahwin dengan mana-mana lelaki.[2]

Beliau pernah mempunyai hubungan dengan Charles K. Feldman, yang menerbitkan filem What's New Pussycat?, The 7th Dawn dan The Honey Pot lakonan Capucine.

Capucine bertemu dengan pelakon William Holden pada awal 1960-an. Mereka bersama-sama membintangi filem The Lion (1962) dan The 7th Dawn (1964). Mereka saling berhubungan meski selepas Holden mengahwin Brenda Marshall. Apabila hubungan mereka berakhir, Capucine dan Holden kekal menjadir akan sehingga kematian Holden paa tahun 1981.[3]

Pada 17 Mac 1990, Capucine telah terjun dari pangsapuri beliau yang didiami beliau selama 28 tahun di Lausanne, Switzerland dan meninggal dunia. Beliau dilaporkan menderita sakit dan tertekan dalam masa yang sama.[1][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Donnelley, Paul (2005-11-01). Fade to Black: A Book of Movie Obituaries (edisi 3). Omnibus Press. m/s. 236. ISBN 1-84449-430-6. 
  2. ^ Capua, Michelangelo (2010). William Holden: A Biography. McFarland. m/s. 123. ISBN 0-786-44440-1. 
  3. ^ Strodder, Chris (2000). Swingin' Chicks Of the Sixties. Cedco Pub. m/s. 112. ISBN 0-7683-2232-4. 
  4. ^ "FRENCH ACTRESS, CAPUCINE, LEAPS TO HER DEATH". Deseret News. Salt Lake City, UT: Deseret News Pub. Co. March 20, 1990. ISSN 0745-4724. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]