Carian progresif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tampilan "Cari sambil anda menaip" menggunakan Mozilla Firefox. "ency" sedang ditaip dan teks pertama yang sepadan diserlahkan dengan warna hijau.

Dalam pengkomputeran, carian progresif (dikenali juga sebagai carian tokokan) merupakan satu ciri yang boleh dijumpai di dalam pelbagai aplikasi yang terlibat di dalam carian teks. Ketika pengguna menaip, teks yang sepadan dicari dan diserlahkan. Ini memberikan pengguna maklum balas yang lebih cepat, kerap kali membolehkan carian dilakukan tanpa perlu menaip keseluruhan perkataan atau frasa.