Carolina Reaper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carolina Reaper
SpesiesCapsicum chinense
Keturunan kacukanLada hantu × habanero merah
Pembiak bakaEd Currie
AsalFort Mill, Carolina Selatan
Carolina Reaper
KepedasanPaling pedas di dunia
Skala Scoville1.5 juta rekod rasmi SHU

Carolina Reaper, asalnya dinamakan HP22B,[1] ialah kultivar cili spesies Capsicum chinense. Ditumbuh di rumah hijau Rock Hill, Carolina Selatan oleh Ed Currie, yang mengendalikan PuckerButt Pepper Company di Fort Mill, South Carolina, ia telah dinilai sebagai cili paling pedas di dunia oleh Rekod Dunia Guinness sejak 7 Ogos 2013.[2][3] Kacukan asal adalah antara lada hantu (bekas pemegang rekod dunia) dan habanero merah.[4] Tahap haba Rekod Dunia Guinness rasmi adalah 1,569,300 Unit Haba Scoville (SHU), mengikut ujian yang dijalankan oleh Universiti Winthrop di Carolina Selatan.[5][6]

Pada Ekspo Sos Pedas Tahunan kedua Bandar Raya New York pada 30 Mac 2014,[7] Ed Currie telah diperkenalkan dengan rekod dunia oleh Rekod Dunia Guinness dan pertandingan makan telah diadakan di mana masa terpantas untuk memakan tiga biji Carolina Reapers telah ditentukan untuk Guinness Rekod Dunia yang baru dan dengan 12.23 saat, rekod dipegang oleh Russell Todd.[8] Rekod ini dikalahkan pada September 2014 oleh Jason McNabb, yang menamatkan tiga biji lada dalam 10.95 saat.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
  2. ^ "Hottest chili". Guinness World Records. Dicapai pada 11 July 2014.
  3. ^ Hallock, Betty (26 December 2013). "World's hottest pepper hits 2.2 million Scoville heat units". Los Angeles Times.
  4. ^ "PuckerButt Pepper Company Web site home page". Dicapai pada February 2, 2015.
  5. ^ http://www.guinnessworldrecords.com/world-records/hottest-chili
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-25. Dicapai pada 2016-03-03.
  7. ^ "Guinness World Record Pepper Eating Attempt To Take Place At 2nd Annual New York City Hot Sauce Expo". PR Newswire. Dicapai pada 19 August 2015.
  8. ^ Gross, Matt. "What's It Like to Eat the World's Hottest Chile Pepper?". Bon Appetit. Dicapai pada 19 August 2015.
  9. ^ "Fastest time to eat three Carolina Reaper chilis". Guinness World Records. Dicapai pada 19 August 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]