Carta Era

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Carta Era adalah carta mingguan lagu-lagu paling popular dalam Radio Era di Malaysia. Segmen ini mula diperkenalkan ketika bermulanya stesen radio ini pada hujung 90-an dan bertahan sehingga kini.

Waktu siaran Carta Era pada asalnya adalah setiap hari Ahad, 10 pagi hingga 12 tengahari. Di antara 27 Ogos 2006 hingga 28 Disember 2008, Carta Era bersiaran pada jam 9 pagi, dan bukan pada pukul 10 pagi, tetapi posisi 20 lagu dikekalkan. Pada tahun 2009, Carta Era dipindahkan ke hari Sabtu pada pukul 2 hingga 4 petang, dan siaran ulangan adalah pada hari Ahad, jam 10 pagi, sebelum itu siaran ulangan adalah pada pukul 12 tengah malam. Pada November 2009, posisi bertukar kepada 40 lagu dan mula bersiaran lebih awal, masing-masing pada pukul 12 tengahari dan 8 pagi. Carta ini berbeza kerana ia mempunyai kedua-dua lagu berbahasa Melayu (termasuk lagu Indonesia) dan lagu antarabangsa, tidak mengira sama ada lagu berbahasa Inggeris atau Korea. Dengan penambahan posisi lagu, segmen Ngetop ERA yang memutarkan 100 peratus muzik dari seberang, termasuk juga lagu dakwah selepas info solat, dimansuhkan pada Oktober 2009.

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERAthon dan MeleTOP 40 ERA (sebelum ini Pilihanmu di Era dan C30 Era). Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta.

Pemenang Anugerah Carta Era Original/Klasik 2001-2007[sunting | sunting sumber]

Lagu yang akan dianugerahkan Anugerah Carta Era ketika malam Anugerah Era adalah lagu yang paling lama menjadi Juara Carta Era, dan bukannya lagu yang bertahan lama di dalam carta. Lagu yang paling lama menjuarai Carta Era selepas 2006 tidak dapat dipastikan kerana Anugerah Era tidak diadakan selepas tahun 2007.

Anugerah Carta ERA ini mengiktiraf lagu seberang iaitu lagu Indonesia untuk turut berentap dalam pilihan pendengar untuk dijadikan sebagai Juara Carta ERA setiap minggu. Lagu yang paling lama kekal menjadi Juara Carta ERA adalah Exists pada 2002 dengan lagu berhantunya pada ketika itu, Jesnita dengan mengungguli selama 13 minggu.

  • "Jika" - Melly Goeslaw ft Ari Lasso (2001) - 10 Minggu - Penulis Lirik & Komposer - Melly Goeslaw
  • "Jesnita" - Exists (2002) - 13 Minggu - Penulis Lirik - G-Nola/Fauziah Hashim | Komposer - Harun Ahmad
  • "Hi Hi Bye Bye" - Ezlynn (2003) - 8 Minggu - Penulis Lirik & Komposer - KRU
  • "Dambaan Pilu" - Khai (2004) - 10 Minggu - Penulis Lirik - Mohariz Yaakup | Komposer - Adnan Abu Hassan
  • "Mungkin Nanti" - Peterpan (2005) - Penulis Lirik - Peterpan | Komposer - Ariel Peterpan
  • "Aduh Saliha" - Mawi (2006) - Penulis Lirik - Loloq | Komposer - M. Nasir
  • "Kenangan Terindah" - Samsons (2007) - Penulis Lirik - Irfan Aulia | Komposer - Samsons

No. 1 hit di Carta ERA[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu yang pernah menjuarai carta mingguan Era

1999
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
2020 2021



Tarikh Lagu Artis
4 Mei 2002 " Nirmala " Siti Nurhaliza

2003

Tarikh Lagu Artis
5 Sep 2003 " Bukan Cinta Biasa" Siti Nurhaliza
20 Dis 2003 " Dambaan Pilu" Khai Wahi

2004

Tarikh Lagu Artis
2 Jan 2004 " Dambaan Pilu" Khai Wahi
9 Jan 2004
17 Jan 2004
24 Jan 2004
28 Feb 2004 " Seksis" Anita Sarawak
6 Mac 2004
27 Mac 2004 " Seksis" Anita Sarawak
8 Mei 2004 " Januari" Glenn Fredley

2005

2006

2007

2008

2009

  • Adam "Benar-benar"
  • 6ixth Sense & Noe (Letto) "Cinta Yang Sempurna"
  • Bob "Cinta Terhalang"
  • Bunkface "Situasi"
  • Afgan "Terima Kasih Cinta"
  • Alyah "Tak Mungkin Kerna Sayang"
  • Bunkface "Revolusi"
  • Rossa feat. Pasha (Ungu) "Terlanjur Cinta"
  • Aizat "Kau Aku"
  • Stacy "Pakai Buang"
  • Agnes Monica "Teruskanlah"
  • Aril "Menatap Matamu"

2010

2011

2012

2013

  • Mojo "Andai Ku Bercinta Lagi"
  • Hyper Act "Hanya Aku"
  • Repvblik "Sandiwara Cinta"

2014

2015

2016

2017

2018

2019

2020

2021

  • 30 Mei 2021 : "Kecoh Nak Raya" - Danial Zaini, Zahier, Usop, Ara Johari,Alvin Chong, Diana Danielle, Kowachee & Izzrynx

Rujukan[sunting | sunting sumber]