Carta palang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Carta bar)
Contoh carta palang berkumpulan mendatar.

Carta palang/bar ialah carta atau graf carta lajur.

Graf bar ini yang menunjukkan perbandingan antara kategori diskret. Satu paksi carta menunjukkan kategori tertentu yang dibandingkan, dan paksi lain mewakili nilai yang diukur. Sesetengah graf palang membentangkan palang secara berkelompok dalam kumpulan lebih daripada satu, menunjukkan nilai lebih daripada satu pemboleh ubah yang diukur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Banyak sumber menganggap William Playfair (1759-1824) telah mencipta carta palang dan graf Exports and Imports of Scotland to and from different parts for one Year from Christmas 1780 to Christmas 1781 daripada bukunya, The Commercial and Political Atlas sebagai carta palang pertama dalam sejarah. Gambar rajah halaju objek yang sentiasa memecut melawan masa yang diterbitkan dalam The Latitude of Forms (diatribusikan kepada Jacobus de Sancto Martino atau, mungkin, kepada Nicole Oresme)[1] kira-kira 300 tahun sebelum ini boleh ditafsirkan sebagai "carta palang proto".[2][3]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Carta palang menegak berlapis dengan nilai positif
Carta palang menegak berlapis dengan nilai negatif
Carta palang melintang berlapis

Carta palang menyediakan persembahan visual data kategori. [4] Data kategori ialah pengumpulan data ke dalam kumpulan diskret, seperti bulan dalam setahun, kumpulan umur, saiz kasut dan haiwan. Kategori ini biasanya bersifat kualitatif (berdasarkan sifat/kualiti). Dalam carta palang menegak, kategori muncul di sepanjang paksi mendatar dan ketinggian bar sepadan dengan nilai setiap kategori.

Carta palang mempunyai domain kategori diskret, dan biasanya diskalakan supaya semua data boleh dimuatkan pada carta. Apabila tiada susunan semula jadi bagi kategori yang dibandingkan, bar pada carta boleh disusun dalam sebarang susunan. Carta bar yang disusun daripada insiden tertinggi hingga terendah dipanggil carta Pareto.

Jenis berkumpulan dan berlapis[sunting | sunting sumber]

Graf bar juga boleh digunakan untuk perbandingan data yang lebih kompleks dengan carta bar berkumpulan (atau "berkelompok") dan carta bar berlapis/bertindan.[4] Dalam carta bar berkumpulan/berkelompok, bagi setiap kumpulan kategori terdapat dua atau lebih palang berwarna pelbagai untuk mewakili kumpulan tertentu. Sebagai contoh, pemilik perniagaan dengan dua kedai mungkin membuat carta palang berkumpulan dengan bar berwarna berbeza untuk mewakili setiap kedai: paksi mendatar akan menunjukkan bulan dalam setahun dan paksi menegak akan menunjukkan hasil untung.

Sebagai alternatif, carta palang berlapis/bertindan menyusun bar di atas satu sama lain supaya ketinggian timbunan yang terhasil menunjukkan hasil gabungan. Carta palang sebegini tidak sesuai dengan set data yang mempunyai nilai positif dan negatif.

Carta palang berkumpulan biasanya membentangkan maklumat dalam susunan yang sama dalam setiap kumpulan. Carta palang bertindan membentangkan maklumat dalam urutan yang sama pada setiap bar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clagett, Marshall (1968), Nicole Oresme and the Medieval Geometry of Qualities and Motions, Madison: Univ. of Wisconsin Press, m/s. 85–99, ISBN 0-299-04880-2
  2. ^ Beniger, James R.; Robyn, Dorothy L. (1978), "Quantitative Graphics in Statistics: A Brief History", The American Statistician, Taylor & Francis, Ltd., 32 (1): 1–11, doi:10.1080/00031305.1978.10479235, JSTOR 2683467
  3. ^ Der, Geoff; Everitt, Brian S. (2014). A Handbook of Statistical Graphics Using SAS ODS. Chapman and Hall - CRC. ISBN 978-1-584-88784-3.
  4. ^ a b Kelley, W. M.; Donnelly, R. A. (2009) The Humongous Book of Statistics Problems. New York, NY: Alpha Books ISBN 1592578659