Catarina Lorenzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Catarina Lorenzo (lahir 30 Mac 2007[1]) merupakan seorang aktivis iklim berbangsa Brazil dari Salvador, Bahia.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Lorenzo serta datuk neneknya juga terlibat dalam aktivisme keadilan alam sekitar.[3] Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau telah memogok secara aktifnya agar sungai dan hutan dipeliharakan dan dipuliharakan.[3] Beliau juga gemar meluncur air dan menunggang kuda.[4]

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada 23 September 2019, beliau bersama 15 orang belia yang lain termasuklah Greta Thunberg, Alexandria Villaseñor, Ayakha Melithafa, dan Carl Smith memfailkan satu aduan kepada Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memprotes atas ketiadaan tindakan daripada kerajaan untuk menangani krisis iklim. Secara spesifiknya, aduan tersebut mengatakan bahawa lima negara, iaitu Argentina, Brazil, Perancis, Jerman, dan Turki, telah gagal menepati ikrar Perjanjian Iklim Paris mereka.[5][6]

Beliau juga terlibat dalam S.O.S Vale Encantado[7], Green Kingdom, Heirs to Our Oceans[8], dan beliau merupakan seorang Young Eco Women Ambassador.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sarah, Rachel (Disember 2021). Girl Warriors: How 25 Young Activists Are Saving the Earth. Chicago Review Press. m/s. 39. ISBN 9781641603713.
  2. ^ "#ChildrenVsClimateCrisis". childrenvsclimatecrisis.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-23.
  3. ^ a b Catarina Lorenzo | My activist story, and how we can ALL make a change (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-04-20
  4. ^ a b "Catarina Lorenzo - Brazil". High Sea Alliance (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-10.
  5. ^ "Greta and 15 Kids Just Claimed Their Climate Rights at the UN". Earthjustice (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-23. Dicapai pada 2019-09-23.
  6. ^ "UN Thunberg". www.bta.bg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-23.
  7. ^ Yandell, Inga. "Saving My Forest: The Enchanted Valley". Earth Endeavours (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-10.
  8. ^ "Catarina, Brazil". Heirs to Our Oceans (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-10.