Pergi ke kandungan

Catatan Seorang Da'i

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Catatan Seorang Da'i
Genre
PengarahNurhalim Hj. Ismail
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Penghulu Istighfar" oleh UNIC
Lagu penutup"Penghulu Istighfar" oleh UNIC
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuzaffar Mahmud
PenerbitOmar Hj. Ahmad
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Mei 2016 – 9 Jun 2016
Kronologi
MengikutiDiaspora Cinta
Diikuti olehSatu Cinta

Catatan Seorang Da'i ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Nurhalim Hj. Ismail dibintangi Syed Ali dan Nazeera Sardi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri (TV1) bermula 10 Julai 2016 menggantikan Diaspora Cinta.

Muhammad Syiffa (Syiffa), yang tidak pernah jemu-jemu berdakwah dari satu masjid ke satu masjid. Dalam melaksanakan usaha dakwahnya itu, beliau telah berdepan dengan pelbagai peristiwa yang memberikan isyarat kepada umat manusia tentang tanda-tanda awal kiamat sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis-hadis Baginda.

Sebagai pendakwah juga Syiffa akan berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku sehinggakan adakalanya nyawanya sendiri hampir menjadi taruhan. Bagaimanapun atas niatnya yang berdakwa kerana Allah S.W.T semata-mata, Syiffa berjaya melalui rintangan demi rintangan yang menghalang usaha dakwahnya.

Selain itu, sebagai manusia biasa Syiffa turut berdepan dengan masalah dalam rumahtangganya dengan Aisyah yang membabitkan emosi. Ini sesuai dengan tuntutan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W bersabda, “Tegakkan aturan-aturan Allah walaupun kepada keluarga dekat atau kepada orang lain. Jangan hiraukan celaan orang lain dalam menjalankan hukum-hukum Allah.

Ustaz Syiffa memberi kuliah secara berkala di masjid sebuah kampung telah menimbulkan rasa kurang senang Tok Man yang sebelum ini merupakan orang yang disegani kerana kepetahannya dalam membicarakan hal-hal agama. Bagaimanapun tanpa diketahui oleh penduduk kampung, di rumah Tok Man sering meringankan suruhan dan larangan Allah SWT.

Apakah lagi halangan yang mendepani Ustaz Syiffa dalam berdakwah? 

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Zaidi Omar sebagai Borhan
  • Khaty Azean sebagai Norlia
  • Idris Md Diah sebagai Latiff
  • Adam Shah sebagai Zaki
  • Ramli Saleh sebagai Sheikul Iman
  • Roslan Saleh sebagai Haji Marzuki
  • Jesh Abd. Rahim sebagai Huda
  • Shafiq Samsuri sebagai Azman
  • Hatta Ibrahim sebagai Sham
  • Zuraini Kassim sebagai Rahim