Cathy Engelbert

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Catherine Engelbert
Engelbert pada 2019
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanIjazah Sains, Akauntan
Pusat pendidikanUniversiti Lehigh
PekerjaanPesuruhjaya WNBA
Anak-anakDua

Catherine "Cathy" Engelbert (lahir 14 Januari 1964) ialah seorang eksekutif perniagaan Amerika Syarikat, dan Pesuruhjaya Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA).[1][2][3] Sebelum menyeyai WNBA, beliau telah bekerja untuk Deloitte, salah satu dari Empat Besar, selama 33 tahun. Beliau juga ialah wanita pertama yang berkhidmat sebagai CEO syarikat itu dari 2015 hingga 2019.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Collingswood, New Jersey. Beliau mempunyai lima saudara lelaki dan dua saudara perempuan. Bapanya memiliki tiga pekerjaan dan ibunya juga bekerja untuk menyara mereka. Bapanya juga bekerja untuk Detroit Pinston pada 1957.[5] Bapanya meninggal dunia ketika beliau memulakan kerjayanya di Deloitte. Sewaktu sekolah menengah beliau aktif dalam sukan lacrosse dan bola keranjang. Beliau bermain untuk kedua-dua sukan tersebut untuk pertandingan NCAA.[6]

Engelbert tamat belajar dari Universiti Lehigh pada 1986 dengan ijazah sarjana perakaunan.[7] Suaminya ialah bekas pegawai tentera Amerika Syarikat. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 1998 dan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 2001.[8] Engelbert juga meluangkan masanya untuk melatih pasukan bola keranjang anak perempuannya.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Deloitte[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya di Deloitte sebagai akauntan pada 1986.[10] Beliau mengatakan bekas CEO William Parrett ialah salah seorang mentornya sepanjang beliau bekerja di syarikat itu.[11] Beliau menjadi rakan kongsi pada 1998.[12]

Deloitte memilih CEO-nya dengan proses undian setiap empat tahun sekali. Dimana beliau terpilih untuk menjadi CEO pada 2015.[13][14] Beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai CEO untuk salah satu firma audit dan perundingan empat besar.[15] Deloitte juga menjadi syarikat pertama yang memiliki CEO minoriti, Joe Echevarria,[16] dan ketua pengarah wanita, Sharon Allen.[17]

Dibawah kepimpinannya, syarikat ini mendapat kenaikan sebesar 30% untuk pendapatan mereka selama beliau memegang jawatan CEO.[18][9] Pada tahun 2016, beliau memperkenalkan program cuti selama 16 minggu untuk mereka (wanita atau lelaki) yang ingin meluangkan masa bersama keluarga.[19][20][21]

WNBA[sunting | sunting sumber]

Beliau kemudian dilantik sebagai pesuruhjaya untuk WNBA dan memegang jawatan pada 17 Julai 2019.[22][23][24] Beliau menggantikan Lisa Borders yang melepaskan jawatan.[25] Beliau mengatakan salah satu sasarannya ialah untuk meningkatkan jumlah penaja yang diterima oleh WNBA. Pada umumnya hanya 5% dari dana penaja yang diberikan untuk olahraga wanita, beliau ingin meningkatkan peratusan ini menjadi 10%.[26][27]

Penghargaan dan kerjaya lain[sunting | sunting sumber]

Engelbert ialah penerima YWCA Tribute to Women oleh Industry Award.[12] Pada 2018, beliau menduduki nombor lapan belas untuk Most Powerful Women oleh majalah Fortune.[22] Selain itu beliau juga termasuk dalam 50 CEO terbaik oleh Glassdoor.[9] Fast Company telah memetiknya sebagai salah seorang yang paling produktif.[28] Beliau juga berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah untuk Mcdonald's Corporation,[29] dimana beliau menjadi wanita ketiga yang memegang jawatan tersebut.[30] Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah untuk Catalyst,[31] sebuah pertubuhan bukan untung global yang mempromosikan tempat kerja inklusif bagi wanita.[32]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ":: Boardroom Insiders ::". app.boardroominsiders.com. Dicapai pada 2020-04-14.
  2. ^ "Cathy Engelbert". IMDb. Dicapai pada 2020-04-14.
  3. ^ Abrams, Olivia. "New WNBA Commissioner Cathy Engelbert Has An Unconventional Background And An Unusually Tall Order". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  4. ^ Steinberg, Michael Rapoport And Julie (2015-02-09). "Deloitte Taps Woman, a First, for CEO Post". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2020-04-14.
  5. ^ "Cathy Engelbert". NBA Careers (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  6. ^ "The Game Changer". Lehigh University (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  7. ^ "Biography ofCathy Engelbertfor Appearances, Speaking Engagements". www.allamericanspeakers.com. Dicapai pada 2020-04-14.
  8. ^ "Cathy Engelbert's Married Life Insight With Husband - Kids Details, Family, & Bio". glamourbiz.com. Dicapai pada 2020-04-14.
  9. ^ a b c Whannell, Jeremy (2018-04-08). "CEO Spotlight: Deloitte's Cathy Engelbert". Born2Invest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  10. ^ "Cathy Engelbert Makes History This Women's History Month - AICPA Insights". blog.aicpa.org. Dicapai pada 2020-04-14.
  11. ^ "Cathy Engelbert, Features, Extras | Travel destinations, blogs, contests and offers from Delta Sky Magazine + deltaskymag.com". deltaskymag.com. Dicapai pada 2020-04-14.[pautan mati kekal]
  12. ^ a b Staff, DiversityInc (2015-03-06). "Diversity Leadership: Catherine Engelbert, Deloitte". DiversityInc (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  13. ^ Milo, Paul Milo (2015-02-23). "Jersey native becomes first female CEO of major accounting and consulting firm". NJ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  14. ^ "LEADERS Interviews with Cathy Engelbert, Chairman and Chief Executive Officer, Deloitte & Touche LLP; Jennifer Steinmann, Deputy CEO and Chief Talent Officer, Deloitte LLP; and Diana O'Brien, Market Development Managing Principal, Deloitte LLP and Global Client Portfolio Leader, Deloitte Touche Tohmatsu Limited (DTTL)". web.archive.org. 2015-02-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-16. Dicapai pada 2020-04-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  15. ^ "Deloitte names first female CEO". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  16. ^ "Deloitte CEO Joe Echevarria to retire and pursue public service". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2014-08-16. Dicapai pada 2020-04-14.
  17. ^ "Deloitte Names First Female Chief Executive". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  18. ^ "Cathy Engelbert Named WNBA Commissioner". WNBA.com - Official Site of the WNBA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  19. ^ "Deloitte announces 16 weeks of fully paid family leave time for caregiving – Press release | Deloitte US". Deloitte United States (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.[pautan mati kekal]
  20. ^ "Deloitte Enters the Paid Leave Arms Race With 16 Weeks of Family Leave". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  21. ^ "Deloitte's Cathy Engelbert on being a female CEO of a Big Four accounting firm". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  22. ^ a b "WNBA tabs CEO Engelbert as 1st commissioner". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-15. Dicapai pada 2020-04-14.
  23. ^ Smallwood, John. "New WNBA commissioner Cathy Engelbert, Collingswood-born Deloitte CEO, faces CBA and other big questions". www.inquirer.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  24. ^ Armental, Maria (2019-05-15). "WNBA Hires Deloitte CEO Cathy Engelbert as Commissioner". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2020-04-14.
  25. ^ "WNBA Makes History, Names Deloitte CEO Cathy Engelbert As League's First Commissioner". Cassius | born unapologetic | News, Style, Culture (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-15. Dicapai pada 2020-04-14.
  26. ^ "New WNBA chief aims to change the way corporate sponsors look at women's sports". Crain's New York Business (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-19. Dicapai pada 2020-04-14.
  27. ^ "Cathy Engelbert on Her Role and the Future of the WNBA". Front Office Sports (dalam bahasa Inggeris). 2019-07-08. Dicapai pada 2020-04-14.
  28. ^ "Cathy Engelbert | Chief Executive Officer | Deloitte US". Deloitte Bangladesh (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.[pautan mati kekal]
  29. ^ "5 Things You Should Know About Cathy Engelbert". McDonald's Corporation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  30. ^ Lucas, Amelia (2019-12-09). "McDonald's adds WNBA commissioner to board". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.
  31. ^ "Bloomberg - Are you a robot?". www.bloomberg.com. Dicapai pada 2020-04-14. Cite uses generic title (bantuan)
  32. ^ "Board of Directors". Catalyst (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]