Ceasar Mandela Malakun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ceasar Mandela Malakun

PGDK (Sabah)
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah
Memegang jawatan
19 Februari 2021
Ketua MenteriHajiji Noor
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Moyog
Memegang jawatan
11 Mac 2023
PresidenHajiji Noor
Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Nasional
Dalam jawatan
15 Ogos 2020 – 10 Disember 2022
Butiran peribadi
LahirCeasar Mandela Malakun
(1990-07-08) 8 Julai 1990 (umur 33)
Kampung Limbanak, Penampang, Sabah
Parti politik
  • (6 Februari 2023-Kini)
  • (10 Disember 2022-Kini)
  • (11 Mac 2022-10 Disember 2022)
  • (2020-kini)
  • (2019-2020)
  • (2016-2019)
ProfesionAhli Politik, Usahawan & Peguam

Datuk Ceasar Mandela Malakun ialah seorang ahli politik bagi negeri Sabah, Malaysia. Beliau merupakan ahli rasmi bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog yang dilantik sejak Mac 2023.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ceasar Mandela Malakun berasal dari Kampung Limbanak, Penampang, Sabah. Beliau merupakan anak kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Seri Panglima Dr. Clarence Bongkos Malakun dan Datin Seri Panglima Slyvia Wong Malakun.[1][2]

Ceasar telah melanjutkan pengajian di Universiti Queen Mary, London pada tahun 2007 hingga 2010, di mana beliau telah mengambil jurusan dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang. Setelah beliau menyelesaikan ijazah sarjana muda, beliau melanjutkan pengajian sarjana undang-undang di City University, London dari 2011 hingga 2012. Beliau juga sempat melanjutkan pengajian dalam diploma undang-undang di universiti sama dari 2010 hingga 2011[3][4].

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Ceasar Mandela Malakun melibatkan diri dalam dunia politik sejak 2016,[5] di mana beliau telah menyertai Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UPKO Bahagian Limbanak, Ahli Jawatankuasa UPKO Bahagian Penampang.[6] dan Pengerusi Biro Bencana Alam UPKO Penampang[7]

Namun begitu, beliau telah meninggalkan UPKO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah. Dengan ini, Ceasar menyertai Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah.

Ceasar Mandela Malakun menjadi Timbalan Ketua ARMADA Sabah dari 6 April 2019 hingga 25 Ogos 2020.[8][9] dan Ketua ARMADA Bahagian Penampang.[10][11] Beliau juga merupakan Ketua Penaja ARMADA Bahagian Penampang, dan menerima surat watikah perlantikan rasmi bagi jawatan ini pada 26 Mei 2019.[12]

Pada pemilihan ARMADA peringkat nasional,[13] Ceasar telah memenangi jawatan Naib Ketua ARMADA Nasional[14] dan lantikan Naib Ketua Biro Politik ARMADA Nasional[15] bagi sesi 2020 hingga 2023. Beliau juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[16][17].

Kerjaya korporat[sunting | sunting sumber]

Ceasar Mandela Malakun merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)[18] dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn. Bhd[19].

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14, Ceasar telah dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi parlimen Penampang, dan beliau merupakan calon termuda dari negeri Sabah dengan usia 27 tahun.[20] Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional, dan mewakili UPKO.[21]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Penampang, Sabah[22][23]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan
2018 Ceasar Mandela Malakun (UPKO) 8,997 16.9% Darell Leiking(WARISAN) 32,470 61.1%

Penglibatan persatuan[sunting | sunting sumber]

Ceasar Mandela Malakun aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan, terutamanya dalam Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), dengan jawatan disandangnya termasuk penasihat majlis belia,[24] setiausaha penganjur[25] dan pengerusi majlis belia KDCA.[26]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prince Charming bertemu Giant Killer, masing-masing ada aspirasi untuk pengundi Penampang". www.astroawani.com.
  2. ^ "Malakan's son among nine lawyers called to Sabah Bar". www.theborneopost.com.
  3. ^ "CEASAR MANDELA MALAKUN -PRU". pru.sinarharian.com.my.
  4. ^ "CEASAR MANDELA MALAKUN". my.linkedin.com.
  5. ^ "Young Penampang BN contender wants to fight from within the system". www.malaymail.com.
  6. ^ "Penampang's Mandela, coming of age". www.nst.com.my.
  7. ^ "5 youth leaders in Sabah BN's GE14 list". pru14.bernama.com.
  8. ^ "Impikan pembaharuan dalam". www.sinarharian.com.my.
  9. ^ "KETUA ARMADA KOTA BELUD DILANTIK KETUAI ARMADA SABAH". www.borneotoday.net.
  10. ^ "Selamat Bersungkai". www.sinarharian.com.my.
  11. ^ "Penduduk penampang disaran sertai gotong royong perdana". www.utusanborneo.com.my.
  12. ^ "ARMADA Sabah sasar 100,000 ahli menjelang tahun depan". www.dailyexpress.com.
  13. ^ "Pemilihan ARMADA dan Srikandi BERSATU berjalan lancar". www.bharian.com.my.
  14. ^ "BERSATU Negeri 5 pemimpin Armada Sabah memang EXCO Armada Nasional". borneonews.net.
  15. ^ "Ketua Biro Armada Nasional (2020 – 2023)". bersatu.org.
  16. ^ "Perlu wujud pusat sehenti mohon kewarganegaraan". www.dailyexpress.com.
  17. ^ "Sumbangan tangki air untuk mangsa banjir Kg. Sugud". wartaoriental.com.
  18. ^ "Board of directors". www.maeps.com.my.
  19. ^ "mmCineplexes buka pawagam pertama di Sabah". www.pressreader.com.
  20. ^ "BN Sabah pertaruhkan 23 muka baharu anak muda". www.bharian.com.my.
  21. ^ "Calon BN Penampang mahu berbakti kepada rakyat". pru14.bernama.com.
  22. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  23. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  24. ^ "Zakir Naik ignorant in nation history". borneonews.net.
  25. ^ "Jadikan institusi Huguan Siou suara masyarakat Kadazan Dusun". www.utusanborneo.com.my.
  26. ^ "Apa belia Kadazandusun mahu". www.astroawani.com.
  27. ^ "114 terima darjah ke besaran negeri sabah". wartaoriental.com.