Cegar kecil (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cegar kecil
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Muscicapidae
Genus: Enicurus
Spesies:
E. scouleri
Nama binomial
Enicurus scouleri
Vigors, 1832

Cegar kecil (Enicurus scouleri) ialah spesies burung dalam keluarga Muscicapidae. Nama khususnya adalah sempena memperingati Dr John Scouler dari Glasgow.

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Jantina-jantinanya adalah mirip, dengan buluan hitam dan putih. Bulu kepalanya hitam, dengan dahi putih; jalur putih di sayap memanjang ke bawah belakangnya, tompok punggung hitam kecil; ekor pendek dengan bulu luaran putih yang bercabang sedikit; leher hitam, bulu bawahnya putih.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Cegar kecil ialah burung yang mendiami aliran gunung, air terjun, dan lopak hutan teduh kecil; pembiakan antara 1200-3700 m. Ia ditemui di banjaran gunung Tian Shan dan Himalaya, selatan China, dan Taiwan. Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika dan hutan gunung lembap subtropika atau tropika.

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Ia hidup samada bersendirian atau ditemui berpasangan. Ia mencari makan di atas batu licin berlumut dan basah. Ia kerap mengibas-ngibas ekornya, dan terjun ke dalam air untuk mengejar mangsa. Makanannya termasuklah serangga akuatik. Ia biasanya senyap kecuali untuk seruan "Tzit-Tzit" tajam yang ia jarang bunyikan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2018). "Enicurus scouleri". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22710123A131957056. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22710123A131957056.en. Dicapai pada 11 November 2021.
Cegar kecil di Sikkim, India