Cekak sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Cekak telah bertapak di Negeri Sabah pada akhir tahun 1993, atas daya usaha En. Awang Masri Bin Kefli yang telah mempelajari silat ini di UTM Skudai Johor pada tahun 1989 dan dengan bantuan Cikgu Zakaria Bin Mat.

Pada peringkat awal, Silat Cekak Sabah telah digerakkan melalui Persatuan Belia Muhibbah Petagas dan pengambilan ahli baru yang pertama telah diadakan pada bulan Februari 1994. Kelas awal silat ini bermula di Tenom dan Petagas.

Pada 25 Oktober 1994, Silat Cekak di Sabah telah digerakkan melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia Cawangan Sabah. Kini, Silat Cekak Sabah telah digerakkan pula melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah yang telah didaftarkan pendaftarannya pada 8 Julai 2008 dengan nombor pendaftaran 1183-08-SBH.

Pada awal tahun 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah berdaftar sebagai ahli gabungan Badan Induk Silat Cekak Pusaka Hanafi Kebangsaan iaitu Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, yang dipimpin oleh anakanda ke-empat Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad iaitu YM Syeikh Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Purata pengambilan ahli baru seluruh Negeri Sabah ialah sekitar 1000 hingga 1500 orang setiap tahun dengan kekerapan pengambilan sehingga 4 kali setahun.