Celelalte Cuvinte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Celelalte Cuvinte (Inggeris: The Other Words) merupakan kumpulan rock dari Oradea, Romania. Kumpulan yang ditubuhkan pada Disember 1981 ini masih aktif sehingga kini. Walaupun dikenali sebagai heavy metal, namun mereka turut berpengalaman memainkan muzik dalam genre lain seperti doom metal menerusi album Armaghedon dan rock alternatif menerusi album Ispita.

Celelalte Cuvinte merupakan kumpulan rock Romania pertama yang menerima perhatian umum selepas kumpulan Phoenix meninggalkan Romania. Walau bagaimanapun, album Armaghedon merupakan muzik bawah tanah dan ini menjadikan kumpulan ini penting dalam industri muzik arus perdana dan muzik bawah tanah di Romania.

Pada 12 September 2008, kumpulan ini telah memutuskan untuk mencipta dua lagu. Mereka telah mempromosi single dari album terbaru menerusi Myspace. Album Stem dikeluarkan pada Oktober 2008.


Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Călin Pop - penyanyi utama, gitar, seruling
  • Marcel Breazu - gitar bes, penyanyi latar
  • Leontin Iovan - dram
  • Tiberiu Pop - keyboard, penyanyi latar
  • Ovidiu Roșu - jurutera bunyi
  • Radu Manafu - gitar, penyanyi latar (sehingga awal 1990-an)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Formații rock 8 (Rock Bands 8) (split LP, 1985) (dikeluarkan semula dalam bentuk CD pada 2006 menerusi Celelalte Cuvinte I)
  • Celelalte Cuvinte I (The Other Words I) (LP/MC, 1987) (dikeluarkan semula dalam bentuk CD pada 2006)
  • Celelalte Cuvinte II (The Other Words II) (LP/MC, 1990) (dikeluarkan semula dalam bentuk CD pada 2006)
  • Se lasă rău (Evil is Coming) (LP, 1992)
  • Hit-uri (Hits) (MC, 1994) (kompilasi)
  • Armaghedon (Armageddon) (CD/MC, 1994) (dikeluarkan semula pada 2007 dan 2014)
  • Vinil Collection (Vinyl Collection) (CD/MC, 1996) (mengandungi kebanyakan lagu dari LP tiga terawal)
  • Ispita (The Temptation) (MC, 1997)
  • NOS (CD/MC, 2004)
  • Stem (CD, 2008)
  • Un sfârșit e un început - Muzică de colecție, Vol. 69 (CD, 2008) (kompilasi dikeluarkan dengan Jurnalul Național)
  • Trup și suflet - Live acustic la Cinema Patria (Body and Soul - Acoustic Live at Cinema Patria) (CD/DVD, 2014)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]