Pergi ke kandungan

Cempaka Melati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cempaka Melati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amirul Fadhli yang dibintangi oleh Sharifah Husna, Azrel Ismail dan Syafie Naswip. Siri drama ini telah memulakan tayangan di Drama On 2, TV2 pada 12 Disember 2023 menggantikan Inspektor Babyface .

Cempaka Melati
GenreDrama
Cinta
Fantasi
Misteri
Berdasarkan daripada
Cempaka Melati
karya Zahida Zarkasi
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAmirul Fadhli
Dibintangi oleh
Sharifah Husna
Azrel Ismail
Syafie Naswip
Lagu pembukaan"Esok" oleh Amir Masdi
Lagu penutup"Esok" oleh Amir Masdi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAnup Malik
Nurhidayah Ab Hafidz
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar480i (SDTV))
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 Disember 2023 – 13 Mac 2024
Kronologi
MengikutiInspektor Babyface
Diikuti olehJefri Zain

Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.

Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Mel putus dengan dia dulu. Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.

Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]