Cendawan payung maut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cendawan topi maut)

Cendawan payung maut
Di Piacenza, Itali
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Fungus
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agarikomiset
Order: Agaricales
Keluarga: Amanitaceae
Genus: Amanita
Spesies:
A. phalloides
Nama binomial
Amanita phalloides
(Vaill. ex Fr.) Link (1833)
Amanita phalloides
Ciri-ciri mikologi:
 
Himenium berinsang
 
Pileus berbentuk cembung
 
Gegelang dan volva pada tangkai
 
Cetakan spora berwarna putih
 
Ekologi: Mikoriza
 
Status sebagai makanan: Membunuh

Amanita phalloides (gaya sebutan: /æməˈnaɪtə fəˈlɔɪdiːz/), juga dikenali sebagai cendawan payung maut[a] (death cap mushroom) merupakan salah satu kulat yang beracun. Tersebar secara meluas merentasi Eropah, cendawan ini mempunyai pertalian simbiotik mikoriza dengan pelbagai spesies konifer. Dalam sesetengah kes, cendawan payung maut dibawa masuk secara tidak sengaja ke kawasan baru melalui penanaman spesies bukan asal semacam pokok oak, pinus dan berangan. Sporokap yang besar muncul ketika musim panas dan musim luruh; bahagian pileusnya secara umumnya berwarna hijau dengan warna putih pada bahagian tangkai serta insang.

Cendawan bertoksik ini menguasai bilangan majoriti kes keracunan cendawan termasuklah kemungkinan besar penyebab kematian Maharaja Rom, Claudius dan Maharaja Kudus Rom, Charles VI. Amanita phalloides merupakan subjek kepada kebanyakan kajian dan beberapa agen biologi aktif telah diasingkan. Bahan kandungan toksik utama ialah α-amanitin di mana boleh merosakkan hati dan buah pinggang, sering menyebabkan kematian mangsa keracunan cendawan.

Taksonomi dan penamaan[sunting | sunting sumber]

Amanita phalloides dinamakan seorang ahli botani Perancis, Sébastien Vaillant pada tahun 1727.[3] Melalui istilah saintifik phalloides yang bermaksud "berbentuk falus" ("phallus-shaped"), tidak dapat dipastikan bahawa sama ada nama tersebut secara harfiahnya merujuk kepada falus atau mungkin dicedok daripada perkataan genus Phallus. Pada tahun 1821, Elias Magnus Fries menamakan cendawan ini sebagai Amanita phalloides tetapi beliau turut memasukkan nama tersebut ke dalam semua genus Amanitas putih.[4] Akhirnya, pada tahun 1833, Johann Heinrich Friedrich Link membuat penyelesaian dengan mengubah nama Amanita phalloides kepada Amanita phalloides selepas Christian Hendrik Persoon telah menamakannya sebagai Amanita viridis sejak 30 tahun lalu.[5][6] Walaupun Louis Secretan telah menggunakan nama Amanita phalloides sebelum Friedrich Link tetapi tidak diterima berikutan beliau tidak menggunakan nama binomial tersebut secara konsisten; pendapat sebegini masih tidak disokong oleh beberapa ahli taksonomi.[7][8]

Amanita phalloides merupakan spesies Amanita yang tergolong dalam bahagian Phalloideae, satu kumpulan yang mengandungi kesemua racun spesies Amanita yang membawa maut (kecuali Amanita manginiana yang bebas racun dan boleh dimakan).

Kemunculan variasi cendawan yang berwarna putih sepenuhnya yang jarang ditemui dinamakan sebagai phalloides f. alba oleh Max Britzelmayr. [9]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Cendawan payung maut muda muncul daripada vel universal.

Pada awalnya, cendawan payung maut mempunyai pileus berbentuk hemisfera tetapi semakin mendatar mengikut usia.[10] Pileusnya mungkin berwarna hijau pucat, hijau kekuning-kuningan atau hijau buah zaitun, selalunya beransur pucat menghala ke bawah lebih-lebih lagi selepas hujan serta permukaannya melekit apabila basah dan mudah terkopek.[11] Tinggalan vel separa berbentuk seperti skirt, struktur anulus yang melekat pada tangkai biasanya 1-1.5 sm (0.4–0.6 in) panjang dan terkelapai. Tangkainya yang bersisik berwarna putih dengan sedikit hijau buah zaitun dengan panjangnya antara 8-15 sm (3–6 in) manakala tebalnya antara 1 hingga 2 sm (3/8–3/4 in). Struktur volvanya menonjol keluar seperti kantung dan bergerigis.[10]

Cendawan ini pada mulanya berbau seakan-akan wangi seperti madu tetapi jika dihidu terlalu lama, baunya menjadi busuk yang teramat kuat dan tidak menyenangkan.[12] Spesimen yang muda muncul dari tanah bersama-sama sejenis struktur berbentuk telur yang dilindungi oleh vel universal di mana akan pecah, seterusnya meninggalkan volva sebagai sisa-sisa. Cendawan payung maut mempunyai spora yang lutsinar di mana berbentuk seperti telur, 8-10 μm (0.3–0.4 thou) panjang dan akan bertukar kepada warna biru dengan iodin.[12] Bahagian insangnya dilihat bertukar kepada ungu pucat atau merah jambu dengan asid sulfurik pekat.[13][14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Carian Umum untuk "cap mushroom"". Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  2. ^ "Carian Umum untuk "Amanita phalloides"". Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  3. ^ (Latin)Vaillant, Sébastien (1727). Botanicon Parisiense. Leide & Amsterdam: J. H. Verbeek and B. Lakeman. OCLC 5146641.
  4. ^ (Latin)Fries, Elias Magnus (1821). Systema Mycologicum I. Gryphiswaldiae: Ernesti Mauritii. OCLC 10717479.
  5. ^ (Latin)Persoon, Christian Hendrik (1797). Tentamen Dispositionis Methodicae Fungorum. Lipsiae: P.P. Wolf,. OCLC 19300194.CS1 maint: extra punctuation (link)
  6. ^ (Latin)Persoon, Christian Hendrik (1801). Synopsis Methodica Fungorum. GÖttingen: H. Dietrich. OCLC 28329773.
  7. ^ Donk, M.A. "On Secretan's Fungus Names". Taxon. 11 (5): 170–173. Dicapai pada Jun 1962. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. ^ Demoulin, V. "Invalidity of Names Published in Secretan's Mycographie Suisse and Some Remarks on the Problem of Publication by Reference". Taxon. 23 (5/6): 836–843. Dicapai pada November 1974. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. ^ Jordan & Wheeler. ms109
  10. ^ a b Bresinsky A, Besl H. (1990). A Colour Atlas of Poisonous Fungi. Wolfe Publishing. m/s. 26–9. ISBN 0-7234-1576-5.
  11. ^ Jordan & Wheeler. p99
  12. ^ a b Zeitlmayr. p61
  13. ^ Jordan, Michael (1995). The Encyclopedia of Fungi of Britain and Europe. David & Charles. m/s. 198. ISBN 0-7153-0129-2.
  14. ^ "California Fungi: Amanita phalloides". MykoWeb.com. Dicapai pada 1 Jun 2007.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Istilah ini merupakan terbitan daripada padanan "cap (mushroom)" sama dengan "payung (cendawan)"[1] dan "Amanita phalloides" sama dengan "cendawan maut"[2] yang dirujuk melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]