Cendera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cendera
Bulan
Chandra
Nama lainSoma
GabunganDewa, Geraha, Nawageraha
Tempat tinggalCenderaloka
PlanetBulan
MantraOm Cenderamasē Namaha
DayIsnin,
Hindi: Somvaar
Sanskrit: Induvaasaram Tamizh (Thamizhi): Thingal திங்கள்
ColorPutih pucat[1]
GunungPedati ditarik Antelop
JantinaLelaki
Maklumat peribadi
PasanganRohini (Dewi daripada 27 Naksatra)

Revati dan 23 anak perempuan (termasuk Rohini) dari Prajapati Daksa

Tara (tidak sah)
ZuriatBuda dan keturunan Cenderawansi
Ibu Bapa
Kesetaraan YunaniSelene
Kesetaraan RomDiana / Luna

Cendera atau Chandra (Bahasa Sanskrit: चन्द्र, IAST: Candra, bermaksud "bersinar" ataupun "bulan")[a] ialah dewa bulan dan juga salah satu daripada kesembilan planet (Navagraha) dalam anutan Hindu. Nama-nama lainnya ialah Indu (titisan cerah), Atrisuta (anak Atri), Sacin (ditandai arnab), Taradipa (raja bintang) and Nisakara (pembuat malam).

Cendera digambarkan muda dan menawan, bertangan dua membawa belantan dan teratai. Dalam kepercayaan Hindu, Cendera ialah bapa kepada Buda (planet Utarid). Cendera pernah menculik, perkosa dan akhirnya kahwini 27 anak perempuan Daksa, dan nama mereka digunakan dalam Naksatera dalam kepercayaan nujum Hindu.

Cendera, yang juga dikenali sebagai Soma dan Indu, ialah asas kepada Somvaar, dalam bahasa Hindi, dan Induvaasaram, dalam Sanskrit, bermaksud Isnin dalam kalendar Hindu .

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Cendera, Muzium British - dari abad ke-13, Konark

Ada beberapa hikayat dalam kepercayaan Hindu tentang Cendera.

Dalam satu hikayat, Cendera bertemu dengan Tara, isteri kepada Brihaspati (Musytari) dan mereka berdua saling jatuh hati. Setelah bersenggama, Tara hamil dan melahirkan Buda (Utarid). Brihaspati murka dan isytiharkan perang. Dewa-dewi campur tangan dan Tara pulang kepada Brihaspati. Anak lelaki Buda ialah Pururawas yang asaskan Wangsa Cenderawansi.

Selepas Tara kembali semula kepada Brihaspati, perasaan Cendera bercelaru kerana tidak dapat puaskan hasratnya untuk peroleh berbilang zuriat bersama Tara maka dia (mindanya) dipenuhi nafsu (perasaan). Dia kejar kedua puluh tujuh anak Daksa untuk puaskan keinginannya untuk bersenggama. Menurut Cendera, dia hanya menyayangi Rohini daripada kesemua 27 isterinya. Kedua puluh enam isterinya yang lain berang (setelah mendapati Cendera hanya luangkan masa dengan Rohini sahaja) dan putuskan untuk mengadu kepada ayahnya Daksa, syahdan baginda menaruhkan sumpahan ke atas Cendera atas kelakuannya. Sumpahan tersebut hanya terungkai setelah Cendera mengabdikan dirinya kepada Siwa, yang kemudian bongkarkan sumpahan tersebut sebahagian sahaja.

Dalam hikayat lain, Ganesa sedang dalam perjalanan pulang dalam wahananya Kerunca (seekor tikus) pada lewat malam dengan bulan purnama, selepas menjamu selera bersama dewa Kuwera, sang dewa kekayaan. Semasa pulang, seekor ular berada di jalan dan menakutkan tikusnya dan Ganesa pun jatuh terhumban. Lalu, Ganesa mula termuntah semua Modak yang dia telah makan. Apabila tersaksikan ini, Cendera tertawakan Ganesa. Ganesa naik murka dan merejamkan gadingnya ke Cendera, yang membuatkannya disumpah takkan sempurna. Oleh kerana ini, memuja Cendera pada perayaan Ganesa Caturti diharamkan. Hikayat ini menceritakan fasa-fasa bulan dan juga mengenai kawah gelap di muka bulan, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Perihal lain[sunting | sunting sumber]

Cendera bermaksud "bulan" dalam bahasa MelayuSanskrit, Hindi dan bahasa-bahasa India yang lain. Perkataan "cendera" digunakan dalam peribahasa cenderahati, cenderamata, cenderadurja. Cendera boleh didapati dalam nama-nama penduduk Asia Tenggara yang menyerap bahasa Sanskrit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalam bahasa lain: Kannada ಚಂದ್ರ, Telugu చంద్రుడు, Tamil சந்திரன்.

References[sunting | sunting sumber]

"CHANDRA NALAAR". MAGIC: THE GATHERING (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-10-15. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Chandra di Wikimedia Commons
  • ^ http://www.astrosagar.com/article.asp?id=71