Cerita Asal Terbaik (FFM)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia
Anugerah untuk penterjemahan cerita asal sebelum diubah dan diterjemah kedalam sesebuah filem
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1981 (Untuk persembahan filem pada 1980/1981)
Pemenang pertama Othman Hafsham - Adik Manja (1980)
Ketika ini dikenali sebagai Skrip Terbaik
Kini dipegang oleh Martias Ali - Libas (2011)
Laman Web Rasmi

Cerita Asal Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang berprestij yang sering menjadi idaman setiap penulis yang bertanding dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai penulis asal sesebuah cerita sebelum diangkat menjadi sesebuah filem, dalam industri perfileman Malaysia. Karya-karya asal ini termasuklah skrip asal filem, novel dan lain-lain sumber. Kategori ini dikhaskan kepada penulis lakon layar asal yang telah tercalon untuk cerita asal terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini dikira penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penulisan serta penterjemahan kedalam sesebuah filem tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada FFM 1 tiada anugerah Cerita Asal Terbaik. Pada waktu itu, anugerah ini dikenali sebagai Skrip Terbaik, bagi mengangkat skrip cerita yang dihasilkan sebelum menjadi filem. Kategori ini diteruskan pada FFM2. Namun, pada FFM 3, FFM 4, dan FFM 5, kategori ini ditiadakan. Tetapi, pada FFM 6, kategori ini diadakan semula dan diubah nama menjadi Cerita Terbaik pada FFM 7. Nama it uterus digunakan sehingga FFM 8 dan FFM9. Pada FFM 10, nama diubah menjadi Cerita Asal Terbaik dan digunakan sehingga sekarang. Anugerah ini menjadi anugerah wajib dalam FFM dan diteruskan sehingga kini.

Rekod[sunting | sunting sumber]

  • Afdlin Shauki menjadi pemenang terbanyak kategori ini dengan 3 kemenangan diikuti dengan Dato' Hj Rahim Razali dengan 2 kemenangan
  • Mamat Khalid memegang rekod pencalonan terbanyak kategori ini, dengan 5 kali pencalonan

Pemenang dan calon[sunting | sunting sumber]

1980-an[sunting | sunting sumber]

1990-an[sunting | sunting sumber]

Tahun Penulis Cerita Asal Filem
1993-94
FFM 11
U-Wei Hj Saari Perempuan, Isteri dan...
Aziz M. Osman Femina
Dr. Mahadi J. Murad Wanita Bertudung Hitam
Dato Rahim Razali Abang 92
Nahar Akhbar Khan Imigran

2000-an[sunting | sunting sumber]

Tahun Penulis Cerita Asal Filem
2000-2001
FFM 15
Aziz M. Osman Seri Dewi Malam
Dato’ Yusof Haslam Pasrah
Noraini Ismail
Harlina Ghani
Syukur 21
Tahun Penulis Cerita Asal Filem
2004-2005
FFM 18
Yasmin Ahmad Sepet
Mamat Khalid Puteri Gunung Ledang
Bade Hj. Azmi Gangster
Aziz M. Osman Biar Betul
Habsah Hassan Qaisy & Laila
2005-2006
FFM 19
Afdlin Shauki Baik Punya Cilok
Yasmin Ahmad Gubra
Mamat Khalid Man Laksa
Tan Sri Yusof Noor Bilut
Datuk Paduka Shuhaimi Baba Pontianak Harum Sundal Malam 2
2006-2007
FFM 20
Datuk Paduka Shuhaimi Baba Waris Jari Hantu
Mira Mustaffa
Ara
Cinta
Shariman Shafie Tentang Bulan
Zarina Abdullah Chermin
Yasmin Ahmad Mukhsin
2007-2008
FFM 21
Osman Ali Anak Halal
Prof. Hatta Azad Khan Wayang
Mamat Khalid Kala Malam Bulan Mengambang
M. Subash Abdullah Pensil
Mira Mustaffa & Ara Sepi
2008-2009
FFM 22
Afdlin Shauki Papadom
Allahyarhamah Yasmin Ahmad Talentime
Shuhadatul Ain Zakaria Syurga Cinta
Bade Hj. Azmi Maut
Fariza Azlina KAMI The Movie

2010-an[sunting | sunting sumber]

Tahun Penulis Lakon Layar Filem
2009-2010
FFM 23
Ahadiat Akashah Lagenda Budak Setan
Brian Iskandar Haq
Edry Abdul Halim Magika
Uttam Kumar Pulau Asmara
Mamat Khalid Estet
2010-2011
FFM 24
Martias Ali Libas
Mamat Khalid Hantu Kak Limah Balik Rumah
Mira Mustaffa Nur Kasih The Movie
Syamsul Yusof KL Gangster
Khurafat