Cermai
Cermai چرماي | |
---|---|
![]() | |
Buah cermai | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | |
Subtribus: | |
Genus: | |
Spesies: | acidus
|
Sinonim | |
Phyllanthus distichus Müll.Arg. |
Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus[1] merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.
Botani[sunting | sunting sumber]
Pokok cermai adalah kecil mencapai setinggi 3-9 m.[1] Batang tidak banyak bercabang. Daun tunggal, berbentuk bujur telur, susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk, pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan.
Bunganya muncul keluar dari batang dan dahansecara menjambak baik dengan jantina tunggal baik jantan atau betina mahupun ada kedua-duanya berwarna merah jambu.[1] Buah berbentuk bulat berlekuk enam, kulit dan isi berwarna kuning dengan rasa masam.
Khasiat[sunting | sunting sumber]
Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoid, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C.[2]
Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.[perlu rujukan] Buahnya pula dapat merawat sembelit.
Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.[1]
Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.[1]
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Pokok cermai merupakan pokok monoecious. Ia berbunga dan berbuah kemuncaknya antara Januari-May di Karabian dan sepanjang tahun di Asia Tenggara. Bunga ini berbunga antara Februari-April di Florida. Buahnya matang antara 90-100 hari. Pokok cermai mula menghasilkan hasil yang banyak ketika berusia sekitar empat tahun.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 38–39. ISBN 967-61-1560-6.
- ^ Phyllanthus acidus[pautan mati kekal]