Cermin (Album 1996)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cermin
Album studio oleh
Dilancarkan pada1996 (1996)
Dirakamkan pada1995-96
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Pop Rock
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatEMI
PenerbitAdnan Abu Hassan
Mohd Arzmy (eksekutif)
Kronologi Rahim Maarof
"Rahim Maarof"
(1994)
"Cermin"
(1996)
"Generasi"
(1998)
Single daripada Cermin
  1. "Redha"
    Dikeluarkan: 30 November 1996 (1996-11-30)
  2. "Abadikan"
    Dikeluarkan: 25 Disember 1996 (1996-12-25)
  3. "Jelajah Impian"
    Dikeluarkan: 10 Februari 1997 (1997-02-10)
  4. "Dunia dan Syurga"
    Dikeluarkan: 24 April 1997 (1997-04-24)
  5. "Pasti"
    Dikeluarkan: 15 Jun 1997 (1997-06-15)
  6. "Pasrah"
    Dikeluarkan: 22 September 1997 (1997-09-22)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cermin adalah sebuah album pop nyanyian penyanyi tersohor Rahim Maarof yang diterbitkan oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan dan diedarkan pada 1996 oleh syarikat EMI. Ia merupakan album pop pertama Rahim sejak album keempat beliau pada 1983. Album ini terjual lebih 60,000 unit dan beberapa minggu bertahan di dalam Carta RIM. Perubahan muzik Rahim dari irama Rock sebelum ini kembali kepada Pop disifatkan satu perjudian yang merugikan apabila ia mendapat kritikan daripada peminat yang masih mahukan irama rock daripada beliau.

Album ini bukanlah sepenuhnya pop tetapi kebanyakkan runut yang diterbitkan oleh Adnan disifat berbaur pop yang kuat. Ini merupakan kerjasama kedua di antara Rahim dan Adnan sejak kejayaan lagu "Kasihku" pada tahun 1988. Begitupun elemen pop di dalam album ini sendiri disifatkan agak terkedepan berbanding pop komersial yang memenuhi pasaran pada era 90an. Eksperimentasi Adnan dan adiknya Azlan Abu Hassan di dalam album ini hanya boleh diterima sepenuhnya sekiranya berada di pasaran pada era 2000an

Promosi & Single[sunting | sunting sumber]

Dua single utama album ini, sebuah ballad berjudul "Redha" dan pop rock "Abadikan" popular di radio dan kaca TV. Beberapa lagu yang masih mengekalkan elemen rock adalah lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Odie Agam yang berjudul "Dunia dan Syurga" serta "Jejalah Impian" biarpun kedua-duanya disuntik sedikit irama pop. Kedua-dua lagu tersebut disiarkan sebagai single ketiga dan keempat setelah dua single pop pertama menerima kritikan yang pelbagai. Lagu "Redha" pernah dirakam semula oleh penyanyi Aishah di dalam albumnya yang berjudul "Tiada Akhirnya" (1998) dengan menggunakan judul baru bertajuk "Rela".

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

Senarai CD
No.TajukKomposerMasa
1."Redha"Adnan Abu Hassan / Nurul Nadzir5:12
2."Mengapa Kita Dipertemu"Adnan Abu Hassan / Lukhman S5:26
3."Pasrah"Asmin Mudin4:44
4."Pasti"Adnan Abu Hassan / Dina5:00
5."Kita Bagai Lilin"Manan Ngah / Habsah Hassan5:28
6."Kau Takkan Tahu"Tom Keane / K. Murrel / Rosli Selasih4:12
7."Abadikan"Rahim Maarof / Azlan Abu Hassan / Rizal Kamaruzzaman4:41
8."Anugerah"Adnan Abu Hassan / Sutera5:26
9."Dunia dan Syurga"Odie Agam4:13
10."Jelajah Impian"Azman Abu Hassan / Imma4:35