Ch’ng Toh Eng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato’ Ch’ng Toh Eng merupakan bekas anggota Exco Selangor dari bulan Mei 1995 hingga Mac 2008. Ketika itu beliau memegang jawatan pengerusi multimedia, alam sekitar dan pembangunan kampung-kampung baru.

Dato’ Ch’ng Toh Eng memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Pulau Pinang sebelum ditukarkan ke Kuala Selangor. Pada 1990, beliau dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu iaitu Datuk Seri Ting Chew Peh.

Beliau dianugerahi pingat Setia Mahkota Selangor (SMS) pada Mac 1996 dan pada bulan Mac 1999 beliau menerima pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 1990 - Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • 1993 - Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Mei 1995 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, dan Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat
  • Jun 1997 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
  • Jun 1998 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi, Jawatankuasa Perpaduan dan Pembangunan Sosial
  • Dis 1999 - Anggota Exco Selangor- Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
  • Ogos 2000 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung-kampung Baru dan Teknologi Maklumat
  • Mac 2004 – Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Alam Sekitar dan Kampung-kampung baru Negeri

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Ogos 1990 – Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA
  • Jun 1993 – Timbalan Setiausaha Agung, Pemuda MCA
  • Apr 1995, Pilihanraya Umum ke-9 – Selangor (BN-MCA) Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu (menang tanpa bertanding)
  • Mei 1996 – Timbalan Pengerusi, Pemuda MCA Selangor ( menang tanpa bertanding)
  • 1996/1998 – Naib Pengerusi, Pemuda MCA
  • Nov 1999, Piliharaya ke-10 – ADUN Kuala Kubu Baharu (BN-MCA) Selangor untuk penggal ke dua. Mengalahkan K.C. Cheah (DAP) dengan majoriti 4,817 undi
  • Jun 1999 – Pengerusi Pemuda MCA Selangor (menang tanpa bertanding)
  • Sept 2002 – Setiausaha MCA Selangor
  • Mac 2004, Pilihanraya ke-11 – ADUN Kuala Kubu Baharu (BN-MCA) Selangor untuk penggal ke tiga. Mengalahkan Kuan Wai Soon (DAP) dengan majoriti 7,456 undi
  • Mei 2005 – Pengerusi MCA Bahagian Hulu Selangor
  • Ogos 2005 – Ahli, Jawatankuasa Pusat MCA untuk penggal 2005/2008