Chairul Tanjung
Chairul Tanjung | |
---|---|
Menteri Kordinator Bidang Perekonomian Indonesia | |
Dalam jawatan 14 Mei 2014 – 20 Oktober 2014 | |
Presiden | Susilo Bambang Yudhoyono |
Didahului oleh | Hatta Rajasa |
Digantikan oleh | Sofyan Djalil |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Indonesia Jakarta, Indonesia | 16 Jun 1962
Anak | Putri IndahsariRahmat Dwiputra |
Kediaman | Indonesia |
Tempat belajar | Universiti Indonesia |
Pekerjaan | Usahawan Konglomerat |
Chairul Tanjung (lahir di Jakarta, 16 Jun 1962) adalah konglomerat asal Indonesia. Beliau menjadi Menteri Ekonomi menggantikan Hatta Rajasa sejak 19 Mei 2014. Syarikat beliau ialah Para Group. Beliau turut menguasai CT Corp dan dibawahnya Meliputi Trans TV, Trans7 dan Bank Mega dan banyak lagi. Chairul mula berniaga sejak di kuliah Fakulti Pergigian, Universiti Indonesia.
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Chairul dilahirkan di Jakarta dari keluarga sederhana . Ayahnya A.G. Tanjung seorang wartawan yang menerbitkan surat khabar kecil.Ayah keturunan Batak[2] yang besar di sibolga. Ibunya Halimah keturunan Sunda dari Cibadak, Sukabumi. Apabila akhbar ayahnya ditutup, rumah terpaksa dijual dan pindah ke rumah sempit.
Bersekolah di SMA Boedi Oetomo (1981) kemudian di [[Universiti Indonesia jurusan doktor gigi (1987).Ketika belajar diiktiraf sebagai Mahasiswa Teladan Tingkat Nasional 1984-1985.
Semasa kuliah, dia menjual buku kuliah stensilan, kaos, dan lainnya di kampusnya. Kedai fotostat juga dibuka di universitinya.Kemudian berniaga peralatan kedoktoran dan laboratorium di Senen Raya, Jakarta Pusat, tetapi bangkrap.
Selepas kuliah, PT Pariarti Shindutama ditubuhkan (1987) dengan modal Rp 150 juta dari Bank Exim . Syarikat ini mengeluarkan kasut anak-anak untuk eksport. Tempahan 160 ribu pasang kasut dari Itali .
Tumpuan bisnesnya ialah kewangan, hartanah dan multimedia seperti mengambil alih Bank Karman yang kini Bank Mega.
Majalah Forbes menyenaraikan Chairul Tanjung orang terkaya Indonesia dan ke-937 dunia dengan kekayaan US$ 1 bilion.Tahun 2011, majalah Forbes menyeraikan beliau di tangga ke-11 di Indonesia.Tahun 2014 di tangga ke-375 berdasarkan majalah Forbes.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau bersekolah di SD Van Lith, Jakarta (1975) ;SMP Van Lith, Jakarta (1978) ;SMA Negeri I Boedi Oetomo, Jakarta (1981) ;Fakulti Pergigian ,Universiti Indonesia (1987). Kemudian mendapat eksekutif IPPM (MBA; 1993)
Menteri Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Mei 2014, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melantik Chairul Tanjung sebagai Menko Perekonomian menggantikan Hatta Rajasa yang yang mengundurkan diri. Pelantikan Chairul Tanjung dilakukan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Negara pada 19 Mei 2014. Hatta Rajasa mengundurkan diri kerana berganding dengan Prabowo Subianto dalam Pilpres Indonesia 2014 , bergabung dengan Partai Gerindra, PPP,Golkar dan PAN.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Chairul Tanjung". Forbes. Dicapai pada 9 november 2021. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Liputan6.com (2014-05-16). "Profil Chairul Tanjung, Sang Menteri Perekonomian Baru". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-02.