Challenges (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Challenges
Kulit majalah Challenges, sebagai hiasan sahaja.
KekerapanBulanan
PenerbitEssential Associates Sdn Bhd (658724-P)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Inggeris

Majalah Challenges merupakan sebuah majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan secara bulanan di Malaysia dengan nombor ISSN 1985-5109.

Majalah Challenges merupakan satu majalah kebangsaan yang melaporkan mengenai berita semua golongan orang kurang upaya (“cross-disability”) bertujuan menonjolkan kesedaran umum positif dan menghubungkan kesemua golongan orang kurang upaya.

Majalah ini menggalakkan konsep “gaya hidup selari” bagi golongan kurang upaya dalam masyarakat dan memberikan maklumat dan sumber bagi hidup berdikari dan perkembangan peribadi.

Majalah Challenges diterbitkan oleh Essential Associates Sdn Bhd (658724-P) dengan nombor pendaftaran KKDN:PP15613/(022144) menumpukan pada berita mengenai perkembangan mereka yang kurang upaya di Malaysia khususnya dan perkembangan mereka yang kurang upaya di seluruh dunia secara amnya.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Majalah Challenges bersaiz 21 cm X 29.5 cm, dicetak p[ada kertas licin berkilat berkualiti. Keluaran isu 3, 2009 memiliki 74 halaman bewarna.

Surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Challenges Mag
Essential Associates Sdn Bhd (658724-P)
26-3A, Jalan PJU1/3B,
Sunwaymas Commercial Centre Block B
47301 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 603-78040639
Email: mail@challengesmag.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]