Chandrabhanu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chandrabhanu Sri Dharmaraja adalah seorang raja Melayu (Sinhala: Javaka, 'orang-orang Asia Tenggara') beragama Buddha yang berasal dari Kerajaan Tambralinga di Ligor, Semenanjung Tanah Melayu.[1][2] Menurut rekod Mahawamsa Sri Lanka, Chandrabhanu dua kali menyerang Sri Lanka; yang pertama pada tahun 1247,[3][4] iaitu tahun ke-11 pemerintahan Raja Parakramabahu II dari Kerajaan Jaffna.[2] Pasukannya mendarat di beberapa tempat, dan menggunakan anak panah yang diberi racun.[2][3] Virabahu, keponakan raja Parakramabahu, dengan tentera Sinhala berhasil menangkis serangan itu (Mahawansha, 83: 36-48), tetapi pasukan Javaka berhasil menjaga kendali wilayah Padi Kurundi (Mahawamsa, 88: 64-66).[2] Selain itu, menurut rekod Pujawaliya, dia juga menguasai daerah Monamuthu dan Gona di pantai barat laut Sri Lanka. Begitu juga kawasan Chawakachcheri dan Jawaka Kotte di utara Sri Lanka mungkin juga ditakluk sebelum serangan kedua.[2]

Pada tahun 1258, Jatavarman Sundara Pandyan dari Kerajaan Pandya di selatan India mulai menyerang Sri Lanka, diikuti oleh saudaranya Jatavarman Vira Pandyan pada tahun 1263, yang mengalahkan pasukan gabungan putra Chandrabhanu dan dua pangeran Sinhala.[3][4] Hasilnya adalah putra Chandrabhanu dan kerajaan Sinhala mengakui sebagai pengikut (vasal) kepada Kerajaan Pandya.[4]

Chandrabhanu kembali menyerang ibukota Jaffna di Yapahuwa pada tahun 1270,[3] untuk menuntut Thrisinhalaya (takhta tiga kerajaan Sri Lanka), Dantha Dathuwa (peninggalan gigi Buddha), dan Pathra Dathuwa (peninggalan wadah Buddha),[4] kerana ingin mengangkat martabat Tambralingga dan wangsanya sebagai umat Buddha Theravada, terhadap jiran dekatnya iaitu Kerajaan Sukhothai.[2][5][6] Dia berjaya dikalahkan secara telak oleh pasukan Pandya, dan Tambralingga dua puluh tahun kemudian menyerah kepada bangsa Thai.[3][4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liyanagamage, Amaradasa (1968). The decline of PoỊonnaruva and the rise of Dambadeṇiya (circa 1180–1270 A.D.). Colombo: Department of Cultural Affairs. m/s. xii, 215..
  2. ^ a b c d e f Sewwandi, A.K.C. (2018). "A Study on the Demographical Structure of Pre-Modern Times in Sri Lanka". Paramita: Historical Studies Journal. 28 (2): 113–124.
  3. ^ a b c d e Connolly, Peter; Gillingham, John; Lazenby, John (2016-05-13). The Hutchinson Dictionary of Ancient and Medieval Warfare (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-135-93681-5.
  4. ^ a b c d e Cœdès, George (1975-06-01). The Indianized States of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-0368-1.
  5. ^ a b Kitagawa, Joseph (2013-09-05). The Religious Traditions of Asia: Religion, History, and Culture (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-136-87590-8.
  6. ^ Paranawithana, S. (1972). History of Ceylon: From c1500 to c1800. Peradeniya: University of Peradeniya.