Changlun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 6°26′N 100°26′E / 6.433°N 100.433°E / 6.433; 100.433 Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun[1] mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.

Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

Kini di Changlun, Pajak Gadai berlesen, bernama Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd telah dibuka sejak bulan Januari 2012.

Pada 1 November 2012, Maybank juga buka dan menyediakan servis perbankan kepada penduduk Changlun, dan juga pendatang asing dari Thailand.

Pajak Gadai Changlun adalah sebarisan dengan Maybank Changlun.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan:

Institusi Sosial/Kebajikan:

  • Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd (sejak 18 Januari 2012)
  • Klinik Kesihatan
  • Pejabat Pos
  • Hentian Bas Tempatan / Ekspres
  • Masjid
  • Bank
    1. CIMB Bank
    2. Maybank (sejak 1 November 2012)
    3. Bank Simpanan Nasional
    4. Public Bank

Stesen Minyak

  1. Petronas
  2. Caltex ( Arah selatan & arah utara lebuhraya PLUS 24 jam)
  3. Caltex ( Jalan UUM Sintok)
  4. Shell
  5. Buraq Oil (Jalan Kodiang)
  6. BHP ( Jalan Kodiang

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  1. Pasar Pagi dan Petang
  2. C-mart (kompleks Changlun)
  3. Northern Dialysis Centre Sdn Bhd (pusat dialisis swasta panel kerajaan) [1]

Taman-taman/Projek Perumahan

  • Taman Angsana
  • Taman Beringin
  • Taman Bersatu
  • Taman Jati
  • Taman Meranti
  • Taman Pertama
  • Taman Resak
  • Taman Sayang
  • Taman Setiajaya
  • Taman Seri Changlun
  • Taman Merbau
  • Taman Seri Merbau
  • Taman Sri Meranti
  • Taman Teja
  • Kampung Jeragan
  • Kampung Tradisional

Rujukan[sunting | sunting sumber]