Charles III
Charles III | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ketua Komanwel | |||||
![]() Potret rasmi, 2019 | |||||
Raja United Kingdom dan alam Komanwel yang lain | |||||
Pemerintahan | 8 September 2022 – kini | ||||
Kemahkotaan | 6 Mei 2023 | ||||
Didahului oleh | Elizabeth II | ||||
Pewaris takhta | William, Putera Wales | ||||
Keputeraan | Putera Charles dari Edinburgh 14 November 1948 Istana Buckingham, London, United Kingdom | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda Butiran | |||||
| |||||
Kerabat | Windsor | ||||
Ayahanda | Putera Philip, Duke Edinburgh | ||||
Bonda | Elizabeth II | ||||
Pendidikan | Gordonstoun School | ||||
Pusat pendidikan | Trinity College, Cambridge (Sarjana Muda Sastera) | ||||
Kerabat diraja United Kingdom dan alam Komanwel lain |
---|
![]() |
|
Charles III (Charles Philip Arthur George; diputerakan 14 November 1948) ialah Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel yang lain.
Charles diputerakan di Istana Buckingham semasa pemerintahan nenda sebelah bondanya, George VI. Apabila bondanya, Elizabeth II, menjadi ratu pada tahun 1952, baginda menjadi pewaris takhta. Charles menjadi Putera Wales pada tahun 1958 dan dikurniakan gelaran itu secara rasmi pada tahun 1969. Charles menghadiri Cheam School dan Gordonstoun School serta menghabiskan enam bulan di Geelong Grammar School di Australia. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Cambridge dengan ijazah Sarjana Muda Sastera. Charles berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja dan Tentera Laut Diraja dari 1971 hingga 1976. Pada tahun 1981, baginda berkahwin dengan Lady Diana Spencer. Baginda mempunyai dua cahaya mata bersama: William dan Harry. Charles dan Diana bercerai pada tahun 1996. Diana meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, Charles berkahwin dengan Camilla Parker Bowles, pasangan lamanya.
Charles menjalankan tugas rasmi bagi pihak bondanya dan menubuhkan The Prince's Trust pada tahun 1976. Baginda terlibat dengan lebih 800 badan amal dan organisasi sebagai penaung atau presiden mereka. Charles menekankan kepentingan pemeliharaan dan seni bina bangunan bersejarah. Baginda mencipta sebuah bandar baru bernama Poundbury sebagai percubaan. Charles menunjukkan sokongan untuk pertanian organik, pencegahan perubahan iklim, dan menerima pengiktirafan untuk menguruskan estet Duchy of Cornwall. Bagaimanapun, penentangannya terhadap makanan yang diubah suai secara genetik telah mendapat pujian dan kritikan. Di samping itu, baginda ialah seorang penyokong perubatan alternatif termasuk homeopati. Charles telah mengarang atau mengarang bersama sebanyak 17 buah buku.
Apabila bonda Charles mangkat pada 8 September 2022, baginda menaiki takhta sebagai raja pada usia 73 tahun. Baginda merupakan ahli keluarga diraja tertua yang pernah menjadi raja British. Baginda juga merupakan Putera Wales dan pewaris takhta paling lama memegang gelaran itu dalam sejarah. Kemahkotaan baginda telah diadakan pada 6 Mei 2023 di Westminster Abbey.
Kehidupan awal, keluarga, dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Charles diputerakan pada 14 November 1948, pukul 9.42 malam (GMT), iaitu pada zaman pemerintahan nendanya, George VI. Baginda ialah anak sulung Ratu Elizabeth II dan Putera Philip. Charles mempunyai tiga adik beradik: Anne (diputerikan 1950), Andrew (diputerakan 1960), dan Putera Edward (diputerakan 1964). Apabila Charles berusia empat minggu, baginda telah dibaptiskan di Istana Buckingham oleh Uskup Agung Canterbury, Geoffrey Fisher. Nama penuh baginda ialah Charles Philip Arthur George. Sebagai ahli keluarga diraja, baginda jarang menggunakan nama keluarga semasa zaman kanak-kanaknya dan lebih jarang menggunakannya pada tahun-tahun kemudian.
Nenda Charles mangkat pada 6 Februari 1952. Berikutan itu, bonda Charles menaiki takhta sebagai Elizabeth II. Charles pula menjadi pewaris takhta. Menurut piagam daripada Raja Edward III pada tahun 1337, sebagai anak sulung raja, Charles secara automatik menerima gelaran Duke of Cornwall dan Duke of Rothesay, Earl of Carrick, Baron of Renfrew, Lord of the Isles, dan Prince and Great Steward Scotland. Pada 2 Jun tahun berikutnya, Charles menghadiri istiadat kemahkotaan bondanya di Westminster Abbey.
Ketika Charles berusia lima tahun, seorang pengasuh bernama Catherine Peebles telah diupah untuk mendidiknya di Istana Buckingham. Daripada mempunyai tutor peribadi, Charles mula menghadiri Hill House School di barat London pada 7 November 1956. Baginda ialah pewaris takhta pertama yang bersekolah. Pengasas dan guru besar sekolah itu, Stuart Townend, melayannya seperti pelajar lain malah mencadangkan Charles bermain bola sepak untuk mempelajari kesaksamaan. Selepas itu, Charles bersekolah di dua buah sekolah yang pernah dihadiri ayahandanya: Cheam School di Hampshire dari 1958, dan Gordonstoun School di Scotland dari April 1962.
Dalam biografinya pada 1994 yang ditulis oleh Jonathan Dimbleby, disebutkan bahawa bonda dan ayahanda Charles, Elizabeth dan Philip, tidak begitu terlibat dalam didikannya. Philip telah dikritik kerana tidak mengambil kira sifat sensitif Charles, terutamanya apabila Philip memaksanya untuk bersekolah di Gordonstoun School, sebuah sekolah di mana Charles telah dibuli. Walaupun Charles pada mulanya menggambarkan sekolah itu sebagai tempat yang mencabar dan tidak menyenangkan, baginda kemudiannya memuji sekolah tersebut kerana mengajarnya tentang kekuatan dan kelemahannya sendiri, menerima cabaran dan mengambil inisiatif. Pada tahun 1975, Charles menyatakan penghargaannya kepada Gordonstoun dan menyatakan bahawa ketegasan sekolah itu berlebih-lebihan. Semasa pendidikannya, Charles juga menghabiskan masa di kampus Timbertop di Geelong Grammar School di Australia, yang baginda anggap sebagai bahagian paling menyeronokkan dalam persekolahannya. Selepas kembali ke Gordonstoun, Charles menjadi ketua pelajar lelaki. Baginda menamatkan pendidikannya di sana pada tahun 1967, dan memperoleh beberapa kelayakan. Charles kemudiannya mengakui bahawa dirinya tidak suka menikmati sekolah seperti di rumah kerana baginda berasa lebih gembira di sana.
Charles memecahkan tradisi diraja dengan terus melanjutkan pengajian ke universiti dan bukannya menyertai Angkatan Tentera British selepas menamatkan A-levelnya. Baginda belajar arkeologi, antropologi, dan kemudian beralih kepada sejarah di Trinity College, Cambridge. Baginda juga mempelajari sejarah dan bahasa Wales selama satu penggal di University College of Wales di Aberystwyth. Charles menjadi pewaris takhta British pertama yang memperoleh ijazah universiti, menamatkan pengajian dari University of Cambridge pada 23 Jun 1970 dengan ijazah Sarjana Muda Sastera. Kemudian, pada 2 Ogos 1975, ijazah Sarjana Muda Sasteranya telah dinaik taraf kepada ijazah Sarjana Sastera, mengikut amalan standard Cambridge.
Putera Wales[sunting | sunting sumber]
Charles menjadi Putera Wales dan Earl Chester pada 26 Julai 1958. Pemasyhuran beliau, di mana baginda dimasyhurkan secara rasmi, berlangsung pada 1 Julai 1969, di Istana Caernarfon. Upacara pemasyhuran itu disiarkan di televisyen. Upacara itu telah menimbulkan kontroversi di Wales. Pada tahun berikutnya, Charles menyertai Dewan Pertuanan dan memberikan titah pertamanya pada 13 Jun 1974. Baginda ialah kerabat diraja pertama yang menyampaikan titahnya sambil berdiri dan berucap kepada ahli-ahli dewan secara langsung di kawasan utama dewan sejak Edward VII pada tahun 1884. Baginda menyampaikan titah sekali lagi pada tahun 1975.
Charles meningkatkan penglibatan dan tanggungjawabnya dalam melaksanakan tugas rasmi atau awam termasuklah menubuhkan The Prince's Trust pada 1976 dan melawat Amerika Syarikat pada 1981. Pada pertengahan 1970-an, Charles menunjukkan minat untuk menjadi gabenor jeneral Australia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Australia, Malcolm Fraser. Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan rakyat. Charles meluahkan kekecewaannya: "Apa yang anda patut fikirkan apabila anda bersedia membantu tetapi anda diberitahu bahawa anda tidak diperlukan?"
Kisah percintaan[sunting | sunting sumber]
Kisah percintaan Charles sering menjadi topik spekulasi dan buah mulut orang ramai. Baginda sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita termasuk Georgiana Russell (anak perempuan Duta Britain ke Sepanyol), Lady Jane Wellesley (anak perempuan kepada Duke Wellington ke-8), Davina Sheffield, model Penthouse Fiona Watson, pelakon Susan George, Lady Sarah Spencer (kakak kepada Lady Diana Spencer), Lady Tryon (isteri kepada Baron Tryon ke-3), dan Jane Wad (seorang janda). Tetapi, tiada dari mereka yang dianggap layak untuk berkahwin dengannya.
![]() Charles di muka depan majalah Time pada tahun 1978 |
Sebagai pewaris takhta, Charles harus memilih seorang wanita yang dara dan juga anggota agama Protestan Gereja England, serta mempunyai salasilah keluarga yang baik. Charles telah memilih seorang gadis 19 tahun bernama Diana Spencer yang merupakan anak kepada Earl Spencer yang ke-8 sebagai calon isteri. Istana Buckingham mengumumkan pertunangan Charles dan Diana pada 24 Februari 1981.
Perkahwinan dengan Diana Spencer[sunting | sunting sumber]
Pada 29 Julai 1981, perkahwinan Charles dan Diana telah berlangsung di Katedral St Paul di hadapan 3,500 tetamu jemputan, dan disaksikan sekitar 750 juta orang di seluruh dunia. Semua raja Eropah berkenan berangkat dan ketua negara Eropah telah hadir dalam upacara ini.
Disebabkan perkahwinannya dengan seorang pewaris takhta, Diana kini menerima gelaran Her Royal Highness Princess of Wales (Yang Teramat Mulia Puteri Wales). Charles dan Diana bersemayam di sebuah rumah di Highgrove, dekat Tetbury di Gloucestershire, dan di Istana Kensington. Setahun selepas perkahwinan itu, Diana selamat melahirkan seorang bayi lelaki iaitu William. Dua tahun selepas itu, pasangan itu dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Harry.
Bagaimanapun, ketidakserasian pasangan itu dan jurang perbezaan umur mereka yang besar menyebabkan perkahwinan itu renggang selepas hanya lima tahun. Charles telah menghidupkan semula hubungannya sepenuhnya dengan Camilla Parker Bowles menjelang November 1986. Diana berkata pada tahun 1992 bahawa beliau sedang bercinta dengan seseorang pada tahun 1986. Adalah dipercayai bahawa Diana merujuk kepada Barry Mannakee, yang pada tahun 1986 dihantar ke Skuad Perlindungan Diplomatik selepas pengurusnya memutuskan bahawa hubungannya dengan Diana adalah tidak wajar. Kemudian, Diana memulakan hubungan dengan bekas pengajar menunggang kuda, Mejar James Hewitt.
Charles dan Diana digelar "The Glums" oleh media kerana mereka kelihatan tidak selesa antara satu sama lain. Diana mendedahkan hubungan Charles dan Camilla kepada umum dalam buku Andrew Morton bertajuk Diana, Her True Story. Terdapat juga rakaman audio perhubungan zinanya sendiri. Hewitt dan Harry berkongsi beberapa ciri fizikal, yang telah membawa kepada khabar angin berterusan bahawa Hewitt ialah bapa kepada Putera Harry. Harry, sementara itu, telah pun dilahirkan apabila hubungan Diana dengan Hewitt bermula.
Perpisahan secara perundangan antara Charles dan Diana telah diumumkan di Parlimen oleh John Major, perdana menteri Britain pada masa itu, pada Disember 1992. Charles mengaku mempunyai hubungan luar nikah dengan Camilla dalam satu temu bual filem. Baginda mendakwa bahawa perkahwinannya dengan Diana telah "tidak dapat dipulihkan" sebelum baginda menyambung semula hubungannya dengan Camilla pada tahun 1986. Pengakuan Diana sendiri mengenai isu perkahwinan dalam satu wawancara para tahun 1995 dengan BBC turut didedahkan. Diana berkata, "Sebenarnya, ada tiga orang dalam perkahwinan ini, jadi ia agak sesak," merujuk kepada hubungan Charles dengan Camilla. Diana juga mempersoalkan kelayakan suaminya untuk menjadi bakal raja.
Selepas menerima nasihat rasmi daripada Ratu pada Disember 1995 untuk menamatkan perkahwinan mereka, Charles dan Diana bercerai pada 28 Ogos 1997.
Diana terkorban dalam kemalangan kereta pada 31 Ogos 1997, di Paris. Charles kemudian terbang ke Paris bersama adik-beradik Diana untuk membawa pulang jenazah Diana ke Britain.
Perkahwinan dengan Camilla Parker Bowles[sunting | sunting sumber]
Pada 10 Februari 2005, Charles dan Camilla Parker Bowles mengesahkan pertunangan mereka. Charles menghadiahkan cincin kepunyaan nendanya sebagai cincin pertunangan. Ratu berkenan dengan perkahwinan itu semasa mesyuarat Majlis Privi pada 2 Mac.
Upacara sivil untuk perkahwinan itu diadakan di Windsor Guildhall. Perkahwinan itu telah ditangguhkan dari tarikh yang dijadualkan pada 8 April ke hari berikutnya, empat hari sebelum perkahwinan, untuk memberi Charles dan beberapa orang kenamaan yang dijemput masa untuk menghadiri pengebumian Paus Ioannes Paulus II.
Hanya Charles, ahli keluarga diraja, berkahwin dalam upacara sivil dan bukannya sebuah gereja di England.
Bonda dan ayahanda Charles tidak menghadiri majlis perkahwinan itu. Keengganan Ratu untuk hadir mungkin disebabkan peranannya sebagai Gabenor Tertinggi Mazhab Gereja England. Walaupun begitu, mereka hadir untuk upacara pemberkatan, dan mereka kemudiannya mengadakan jamuan di Istana Windsor untuk pengantin baru itu.
Persemayaman rasmi[sunting | sunting sumber]
Kediaman rasmi Putera Wales di London adalah Clarence House, rumah yang pernah didiami oleh Ratu Elizabeth, Ibu Ratu. Bangunan dari kurun ke-18 ini telah menjalani pemulihan dan pengubahsuaian supaya ia dapat digunakan oleh Charles, isterinya, dan kakitangan mereka. Kediaman rasmi Charles yang dulu di sebuah pangsapuri di Istana St. James. Beliau juga mempunyai sebuah estet swasta, Highgrove di Gloucestershire dan di Scotland beliau menggunakan estet Birkhall berdekatan Istana Balmoral yang dulunya dimiliki oleh Ratu Elizabeth, Ibu Ratu.
Penginapan rasmi putera-putera Wales yang lampau adalah di Marlborough House tetapi ia tidak digunakan lagi. Marlborough House telah diberikan kepada Sekretariat Komanwel oleh Ratu Elizabeth II untuk kegunaan mereka selepas kematian Queen Mary, balu kepada Raja George V pada 1953, yang juga merupakan penghuni terakhir rumah tersebut.
Gelaran utama yang digunakan[sunting | sunting sumber]
Sejak kelahirannya hingga ibu beliau menjadi Ratu pada 1952, Charles dikenali sebagai:
- His Royal Highness Prince Charles of Edinburgh
Yang Teramat Mulia Putera Charles dari Edinburgh
Sejak penabalan ibunya hingga 1958, beliau dikenali sebagai:
- His Royal Highness The Duke of Cornwall (di luar Scotland)
Duli Yang Teramat Mulia Duke Cornwall - His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay
Sejak 1958, beliau dikenali sebagai:
- His Royal Highness The Prince of Wales (di luar Scotland)
Duli Yang Teramat Mulia, Putera Wales - His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay
Sejak 8 September 2022,beliau dimasyhurkan sebagai Raja United Kingdom selepas kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II,kini beliau bergelar:
- His Majesty the King of the United Kingdom and 14 other Commonwealth realms
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel
Gelaran penuhnya (jarang digunakan):
His Royal Highness The Prince Charles Philip Arthur George, Prince of Wales, Duke of Cornwall and Earl of Chester, Duke of Rothesay, Earl of Carrick, Baron of Renfrew, Lord of the Isles, Prince and Great Steward of Scotland, Knight Companion of the Most Noble Order of the Garter, Knight of the Most Ancient and Most Noble Order of the Thistle, Great Master and First and Principal Knight Grand Cross of the Most Honourable Order of the Bath, Member of the Order of Merit, Knight of the Order of Australia, Companion of the Queen's Service Order, Member of Her Majesty's Most Honourable Privy Council, Aide-de-Camp to Her Majesty.
Dengan kemangkatan Elizabeth II, andainya Putera Charles mahu menyimpan namanya, beliau akan dikenali sebagai Raja Charles III apabila menaiki takhta. Namun, Putera Charles mengatakan bahawa beliau tidak begitu suka dengan nama "Charles" kerana kaitannya dengan kejadian-kejadian buruk dalam sejarah diraja Britain. Contohnya, peristiwa Charles I yang telah dipancung akibat Perang Saudara Inggeris pada permulaan pentadbiran Britain yang singkat sebagai sebuah republik oleh Oliver Cromwell. Anak Charles I, Charles II dibuang negeri selama 18 tahun dan pulang ke England pada 1660 dan mendapat gelaran "Raja yang Ria" disebabkan ramai perempuan-perempuan simpanannya. Nama "Charles" juga sering dikaitkan dengan Bonnie Putera Charlie, seorang bangsawan dari Scotland yang ingin mengambil takhta Inggeris dan memerintah sebagai Charles III. Langkah Putera Charles untuk tidak menggunakan namanya apabila ditabal kelak bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku. Contohnya, tiga daripada enam raja Britain pada masa lampau telah memilih nama yang lain daripada nama lahir mereka. Dilaporkan bahawa nama yang mungkin dipilih oleh Charles kelak adalah "George VII" bagi memperingati mendiang datuknya.[2]
Anakanda[sunting | sunting sumber]
Nama | Keputeraan | Perkahwinan | Anakanda | |
---|---|---|---|---|
Tarikh | Pasangan | |||
William, Putera Wales | 21 Jun 1982 | 29 April 2011 | Catherine Middleton | Putera George dari Wales Puteri Charlotte dari Wales Putera Louis dari Wales |
Putera Harry, Duke Sussex | 15 September 1984 | 19 Mei 2018 | Meghan Markle | Archie Mountbatten-Windsor Lilibet Mountbatten-Windsor |
Keturunan[sunting | sunting sumber]
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ Sebagai ahli kerabat diraja yang berhak dipanggil Duli Yang Teramat Mulia, Charles biasanya tidak menggunakan nama keluarga. Namun apabila diperlukan, nama keluarganya ialah Mountbatten-Windsor.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "The Royal Family name". Official website of the British monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 3 February 2009.
- ^ Pierce, Andrew (24 Disember 2005). "Call me George, suggests Charles". Times Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2008.
- ^ Paget, Gerald (1977). The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales (2 vols). Edinburgh: Charles Skilton. ISBN 978-0-284-40016-1.
Petikan teks[sunting | sunting sumber]
- (Inggeris) Dimbleby, Jonathan. The Prince of Wales: A Biography. ISBN 0-316-91016-3
- (Inggeris) Paget, Gerald. The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales. 2v. Edinburgh: Charles Skilton, 1977.
- (Inggeris) Pierce, Andrew & Gibb, Frances (Feb. 14, 2005). "Camilla might still become Queen". The Times.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Inggeris) Laman web rasmi YTM Putera Wales
- (Inggeris) Laman web rasmi 'The Prince's Trust'
- (Inggeris) Lihat potret rasmi Putera Charles yang dilukis oleh David Griffiths