Pergi ke kandungan

Charlie Watts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charlie Watts
Watts, Jun 1965
Maklumat latar belakang
Nama lahirCharles Robert Watts
Kelahiran(1941-06-02)2 Jun 1941
Bloomsbury, London, England
AsalWembley, Middlesex, England
WarganegaraUnited Kingdom Sunting nilai ini di Wikidata
Meninggal dunia24 Ogos 2021(2021-08-24) (umur 80)
London, England
Genre
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
Alat muzikDram
Tahun aktif1959–2021
Syarikat rakamanDecca, Rolling Stones, Virgin
Anggota bagiThe Rolling Stones
Blues Incorporated
Blues By Six
All-Stars
Willie and the Poor Boys
The ABC&D of Boogie Woogie
Rocket 88
Rock Therapy Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanBlues Incorporated, The Rolling Stones, the Charlie Watts Tentet
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriShirley Watts (1964–2021) Sunting nilai ini di Wikidata
AnakSeraphina Watts Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Pautan lainIMDB: nm0915115 TMDB (orang): 1429 SoundCloud: charlie-watts-official MusicBrainz: f581a3dc-3319-4656-8b97-66d560482f4a Discogs: 299325 AllMusic: mn0000773407 Goodreads (penulis): 1191244
Facebook: Charlie-Watts-253628496837 YouTube: UCl9DGd3WVdDTuBSa5ho3Y-A Find a Grave: 231161427Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Charles Robert Watts (2 Jun 1941 – 24 Ogos 2021) merupakan seorang pemuzik Inggeris yang terkenal sebagai pemain dram bagi kugiran The Rolling Stones dari 1963 hingga kematiannya 2021. Sebagai ahli utama kugiran, beliau bersama-sama vokalis Mick Jagger dan gitaris Keith Richards, merupakan mereka yang berjaya dirakam dalam setiap album studio. Beliau menyifatkan jazz sebagai pengaruh utama dalam gaya permainan dramnya.

Beliau pada asalnya berlatih sebagai pereka bentuk grafik. Beliau berminat dalam genre jazz pada zaman mudanya, dan menyertai kugiran Blues Incorporated. Watts juga pada awalnya bermain dram dalam kelab-kelab rhythm and blues sekitar London, di mana beliau menemui bakal-bakal rakan kugiran, Richards dan Brian Jones.

Pada Januari 1963, beliau keluar daripada Blues Incorporated lalu menyertai Rolling Stones sebagai pemain dram serta menjadi pereka seni bagi sarung rakaman serta jelajah kugiran. Beliau mula bermain sebagai ahli tetap pada Februari 1963, dan kekal hingga kematiannya pada Ogos 2021. Selain itu, beliau juga terlibat dengan kugirannya sendiri, Charlie Watts Quintet, dan muncul di Ronnie Scott's Jazz Club di London bersama dengan Charlie Watts Tentet. Watts meninggal dunia di hospital London pada 24 Ogos 2021 di sisi keluarganya.[1][2]

  1. ↑ "Rolling Stones drummer Charlie Watts dies at 80" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  2. ↑ Lawless, Jill; Katz, Gregory (24 August 2021). "Drummer Charlie Watts, Rolling Stones backbone, dies at 80" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 25 Ogos 2021.{{cite news}}: CS1 maint: url-status (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]