Charok Ketun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charok Ketun
Caruk Ketun
Charok Ketun is located in Bumi
Charok Ketun
Charok Ketun (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Goh Lembu
 • lokasitimur Kampung Seraya
 • koordinat6°25′41″N 100°42′18″E / 6.428°N 100.705°E / 6.428; 100.705
 • ketinggian261 meter (856.3 ka)
MuaraSungai Durian Burong 
 • lokasi
di Kampung Durian Burong
 • koordinat
6°25′44″N 100°43′16″E / 6.429°N 100.721°E / 6.429; 100.721Koordinat: 6°25′44″N 100°43′16″E / 6.429°N 100.721°E / 6.429; 100.721
 • ketinggian
82 meter (269.0 ka)
Panjang2.03 kilometer (1.3 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Durian Burong → Sungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Charok Ketun (Jawi: چاروق كتون), atau juga dikenali sebagai Charuk Ketun dan Caruk Ketun merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2] Charok Ketun mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Goh Lembu dan tamat di pertemuan Sungai Durian Burong.[1][3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Charok Ketun dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°26′N 100°43′E / 6.433°N 100.717°E / 6.433; 100.717.[2]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Charok Ketun terletak di Bukit Goh Lembu dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 261 meter (856.3 ka), di rujukan grid RG4393. Sumber sungai ini terletak berhampiran dengan kawasan perkampungan yang ditinggalkan, Kampung Seraya.[4][5] Charok Ketun akan menelusuri kawasan perhutanan tebal dalam Hutan Simpanan Kekal Koh Mai. Saliran ini akan sedikit melengkung dan diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Durian Burong, di ketinggian atas min aras laut iaitu 82 meter (269.0 ka) di Kampung Durian Burong di RG4593, berdekatan dengan kawasan penanaman sawah padi.[1][4][5]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Menurut peta FMS Survey, terdapat dua sungai tanpa nama bermuara di Charok Ketun.[4][5]

Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, ada lima sungai tanpa nama bermuara di saliran ini.[1]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Ketun ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di lembah sungai Charok Ketun pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 27.4 °C (81.3 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[7][8] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 286.1 milimeter (11.3 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 59.1 milimeter (2.3 in).[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ "Charok Ketun, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  4. ^ a b c Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  5. ^ a b c Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  6. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Seraya, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.