Chavín

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Chavín merupakan satu masyarakat silam yang terdapat di masa kini Peru, Amerika. Chavín mencapai kemuncak kegemilangannya sekitar 500 B.C.


Peninggalan masyarakat pemburu-pengumpul silam di Amerika boleh dijejak sehingga sekitar 15,000 hingga 30,000 tahun dahulu. Bukti fizikal mengenai kehadiran mereka amat sedikit berbanding dengan masyarakat selepasnya. Rekod mengenai kehadiran manusia silam di Peru mula menjadi jelas dengan kebudayaan yang kini dikenali sebagai Chavín, yang mencapai kemuncak kegemilangannya sekitar 500 B.C.

Muzium di Peru dan di tempat lain memiliki bilangan barangan arkheologi yang banyak kepunyaan kebudayaan Chavín dan kebudayaan semasa penting lain seperti Paracas.

Kebudayaan Chavín terkenal kerana kepakaran artistik dan kemahiran dalam mengukir ukiran batu, dan Paracas, bagi barangan tembikar dan tekstilnya. Kesenian Chavín kelihatannya mempengaruhi banyak kebudayaan berikutnya, dan reka bentuknya masih dipinjam dan dihasilkan kembali dalam perhiasan dan tekstil moden.

Pusat kebudayaan Chavín yang bertumpu pada kepercayaan atau keagamaan merupakan tapak kuil agung, yang kini dikenali sebagai Chavín de Huántar, terletak di tanah tinggi utara Peru masa kini. Terdapat tapak kuil yang serupa di tempat lain di wilayah tersebut tetapi yang terdapat di Chavín de Huántar merupakan yang terbesar dan paling berhias yang terselamat dengan agak utuh.

Kualiti seni bina dan kesenian hiasan kuil tersebut agak mengkagumkan, dan keseluruhan kompleks menunjukkan kemajuan dan susunan aturan ekonomi dan masyarakat yang tinggi.

Kuil utama dibina dan dihias dengan batu yang dipotong dengan jitu, dan terdapat bukti bahawa muka depan dihias dengan ukiran bentuk halus, yang dipasang agar menganjur dari dinding, menggambarkan helang, ular, harimau kumbang, dan raksaksa mitos.

Kompleks Chavín de Huántar, dan juga tapak kuil lain yang sepertinya jelas menunjukkan bahawa kebudayaan Chavín mampu menggerak dan menumpukan sejumlah besar sumber manusia dan ekonomi bagi kegiatan mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • A BRIEF HISTORY OF PERU, CHRISTINE HUNEFELDT University of California, San Diego, Lexington Associates, ISBN 0-8160-4918-1