Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor
Keputeraan(1993-07-16)16 Julai 1993 (Umur 29 tahun, 4 bulan dan 21 hari)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTunku Ismail Idris (k. 2014)
Anakanda
Nama penuh
Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
AyahandaBustamam bin Daud
BondaAziyah binti Abdul Aziz
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam (dilahirkan pada (1993-07-16)16 Julai 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003),Sekolah St. George's Hanover Square,London (2003 hingga 2004),Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama,Kuala Lumpur (2010).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

YAM Che' Puan Besar Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik iaitu dua perempuan dan dua lelaki kepada pasangan Encik Bustamam bin Daud dan Puan Aziyah binti Abdul Aziz. Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Perkahwinan dan anak[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Besar Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che' Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang bukan berketurunan raja.[1]

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang diputerakan pada 25 Jun 2016.[2]. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) yang diputerakan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada 16 Julai 2019. Baginda dikurniakan anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang diputerakan pada 21 April 2021.

Gelaran diraja[sunting | sunting sumber]

Ayahanda mentuanya, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan memuliakan gelaran isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam dengan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam berkuatkuasa serta-merta pada 23 Mac 2021.[3]

Keluarga dan Kerabat[sunting | sunting sumber]

YAM Che' Besar Puan Khaleeda berkahwin dengan Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan dua orang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia
Tunku Khalsom Aminah Sofiah
(2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 6 tahun, 5 bulan dan 12 hari
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
(2017-10-14)14 Oktober 2017 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 5 tahun, 1 bulan dan 23 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Abu Bakar Ibrahim
(2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 3 tahun, 4 bulan dan 20 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
(2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 1 tahun 7 bulan

Peranan dan penglibatan dengan masyarakat[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor[4]

Baginda juga telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Julai 2021.[5]

Penganugerahan Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

YAM Che' Puan Besar Khaleeda telah dianugerahkan,

Nama Penuh Che' Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, DK I., SPMJ

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Che' Puan Besar
  • 16 Julai 1993 - 24 Oktober 2014: Cik Khaleeda binti Bustamam
  • 24 Oktober 2014 - 15 September 2019: Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 15 September 2019 - 23 Mac 2021: Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 23 Mac 2021 - kini: Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (20 Oktober 2014). [1] MStar.
  2. ^ NST Online: Johor crown prince weds sweetheart
  3. ^ Bernama. (25 Mac 2021). [2]. Sinar Harian.
  4. ^ Youtube: CHE PUAN KHALEEDA: RAKYAT SIHAT LAHIRKAN MINDA POSITIF
  5. ^ Nor Hidayati Mokhtar (12 Julai 2021) [3] UTM NewsHub

Lihat juga[sunting | sunting sumber]