Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan
Che Puan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan2 Ogos 2022 – kini
PendahuluTengku Zubaidah binti Tengku Norudin (sebagai Tengku Ampuan Mahkota)
KeputeraanSofie Louise Johansson
(1986-06-06)6 Jun 1986 (Umur 36 tahun, 7 bulan dan 24 hari)
Rystad, Linköping, Östergötland, Sweden
PasanganDr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra (k. 2019)
Nama penuh
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
AgamaIslam
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra di Instagram

Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (Jawi: چئ ڤوان سوفي لويس يوهانسون ڤيترا; dilahirkan pada (1986-06-06)6 Jun 1986 di Rystad, Linköping, Östergötland, Sweden) merupakan isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.[1]

Baginda mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi serta turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.[2]

Baginda juga telah berkenan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dengan mengambil jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.[3]

Baginda juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2019, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan YTM Che Puan Sofie Louise Johansson Petra direstui untuk berkahwin di Istana Balai Besar. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Arif Dato' Aria D'Raja Dato' Daud Muhammad.[4][5]

Gelaran diraja[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dikurniakan pangkat kemuliaan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan oleh kekanda iparnya KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 2 Ogos 2022.[6][7][8]

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Che Puan
  • 6 Jun 1986 - 18 April 2019 : Cik Sofie Louise Johansson
  • 19 April 2019 - 2 Ogos 2022 : Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson
  • 2 Ogos 2022 - kini : Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra telah dianugerahkan:

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) atau Al-Muhammadi I (Bintang Al-Muhammadi) - Dato' (2022)[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan[pautan mati kekal]
  2. ^ Attiqah Mohd (15 September 2020). [1]. Xtra.
  3. ^ Hamizatul Maizan (14 Oktober 2019) [2] NONA.
  4. ^ Muhamaad Razis Ismail (6 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini". myMetro. Dicapai pada 6 April 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Profil Cik Puan Sofie Louise Johansson
  6. ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V turut mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra, isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  7. ^ Suzi. (5 Ogos 2022). [3] NONA.
  8. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim. (2 Ogos 2022). [4]. Harian Metro.
  9. ^ Rosalwani Che Soh (12 November 2022) [5]. Utusan Malaysia.