Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan
KeputeraanSofie Louise Johansson
(1986-06-06)6 Jun 1986 (Umur 36 tahun, 3 bulan dan 24 hari)
Rystad, Linköping, Östergötland, Sweden
PasanganDr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra (k. 2019)
Nama penuh
Sofie Louise Johansson Petra
AgamaIslam
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra di Instagram

Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (dilahirkan pada (1986-06-06)6 Jun 1986 di Rystad, Linköping, Östergötland, Sweden) merupakan isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.[1]

Beliau juga khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi serta turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.

Beliau juga telah berkenan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dengan mengambil jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.

Beliau juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2019, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan YTM Che Puan Sofie Louise Johansson Petra direstui untuk berkahwin di Istana Balai Besar. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Arif Datuk Aria Diraja Datuk Daud Muhammad.[2][3]

Gelaran diraja[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dikurniakan pangkat kemuliaan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan oleh kekanda iparnya KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 2 Ogos 2022.

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Che Puan
  • 6 Jun 1986 - 18 April 2019 : Cik Sofie Louise Johansson
  • 19 April 2019 - 2 Ogos 2022 : Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson
  • 2 Ogos 2022 - kini : Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan[pautan mati kekal]
  2. ^ Muhamaad Razis Ismail (6 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini". myMetro. Dicapai pada 6 April 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Profil Cik Puan Sofie Louise Johansson