Che Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Orang Cheq Wong
Cheqwong / Chewong / Che' Wong / Ceq Wong / Cewong / Si Wong / Siwong / Siwang / Beri / Chuba
Chewong (9005321290).jpg
Lelaki Cheq Wong dengan anaknya di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau, Pahang.
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia:
Pahang818 (2010)[1]
Bahasa
Bahasa Cheq Wong, Bahasa Melayu
Agama
Animisme (lebih ramai), Islam, Kristian
Kumpulan etnik yang berkaitan
Semang, orang Semai

Orang Cheq Wong ialah Orang Asli dari cabang Senoi di Malaysia. Walaupun mereka mempunyai rupa fizikal dari subkumpulan Senoi, bahasa Cheq Wong yang mereka tuturi walau bagaimanapun berkait rapat dengan bahasa-bahasa Asli Utara.[2]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Orang Cheq Wong bertutur dalam bahasa mereka sendiri, bahasa Cheq Wong, yang sebahagian daripada bahasa-bahasa Asli Utara.[3] Bahasa ini meminjam sekitar 4% kata pinjaman daripada bahasa Kensiu, walaupun dua orang asli ini berpisah dari jarak yang jauh.[4] Walau bagaimanapun, bahasa Cheq Wong juga memaparkan jenis bahasa Senoi.[5] Kadar tinggi kata pinjaman daripada bahasa-bahasa Asli Selatan terutamanya daripada bahasa Semaq Beri (yang juga sebahagian besar dipengaruhi oleh bahasa-bahasa Asli Utara) telah menandakan bahawa, nenek moyang orang Che Wong pernah berhubungan dengan penutur Proto-Asli Selatan seperti orang Semelai dan orang Temoq, kecuali orang Mah Meri.[6]

Kawasan petempatan[sunting | sunting sumber]

Kawasan orang-orang Che Wong di Semenanjung Malaysia

Mereka asalnya hanya dijumpai di dua kawasan iaitu Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau dan Daerah Raub di Pahang.[7] Kampung-kampung Cheq Wong yang lain juga dijumpai di kawasan termasuk Temerloh dan Daerah Jerantut di Pahang.[8]

Pembangunan baru telah menyebabkan kawasan petempatan orang Cheq Wong terdedah dengan dunia luar, pembalakan, jalan raya dan tempat perlindungan gajah untuk pelancongan.[1] Beberapa pembangunan ini telah menyebabkan banjir dan pencemaran sungai di kawasan mereka.[9]

Populasi[sunting | sunting sumber]

Perubahan populasi orang Cheq Wong di Malaysia:-

Tahun 1960[10] 1965[10] 1969[10] 1974[10] 1980[10] 1982[7] 1996[10] 2000[11] 2003[12] 2004[13] 2010[1]
Populasi 182 268 272 215 203 250 403 234 664 564 818

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia II, ramai orang Cheq Wong terbunuh oleh tentera Jepun. Yang juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan populasi kecil orang Cheq Wong.[14] Pada waktu inilah, Parti Komunis Malaya meminta bantuan daripada mereka dalam pertempuran Komunis dengan tentera Jepun.[15] Selepas Perang Dunia II, kawasan orang Cheq Wong diisytiharkan "kawasan hitam" disebabkan kehadiran pemberontak Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu.[14] Kerajaan kemudian memberitahu Orang Asli berkaitan pemberontak komunis kerana takut mereka membantu pemberontak komunis.[15] Ramai daripada mereka terbunuh oleh pemberontak Komunis kerena syak membantu kerajaan, manakala beberapa daripada mereka juga diserang oleh tentera kerajaan kerana fikir mereka telah membantu pemberontak Komunis.[16]

Agama[sunting | sunting sumber]

Orang Cheq Wong secara tradisionalnya berpegang teguh pada suatu bentuk animisme yang membuatkan mereka berbeza dengan spesies yang memiliki ruwaiTemplat:Which lang (roh atau kesedaran) dan mereka yang tiadanya. Terdapat juga lagu pawang yang merujuk kepada kejadian kapal terbang perang Jepun terbang di atas hutan semasa Perang Dunia II sebagai ruwai.[17]

Serupa dengan talan orang Semaq Beri[18] dan celau orang Temuan,Templat:Which lang[19] orang Cheq Wong juga mempunyai undang-undang suci dipanggil talaiden, di mana sebarang bentuk pelanggaran termasuk juga ketawa atau mengejek melakukan terhadap sebarang haiwan adalah dilarang.[20] Kesalahan seperti itu akan mengakibatkan hukuman ribut (atau ular) talaiden, di mana ribut, hujan dan guruh akan dihantar sebagai bentuk hukuman.[21] Bentuk lain talaiden yang orang Cheq Wong percaya ialah harimau talaiden, di mana salah campur makanan atau benda akan mengakibatkan pesalah diserang oleh harimau.[21]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Orang Cheq Wong dianggap salah satu kumpulan yang aman dan tidak ganas dalam kalangan Orang Asli. Mereka mempunyai peribahasa yang berbunyi "Menjadi marah bukan manusia; tetapi menjadi takut ya", di mana orang Cheq Wong percaya dalam mengelak konflik dan lari daripada bahaya sebagai langkah pertahanan semula jadi.[22]

Orang Cheq Wong mengamalkan bentuk pertanian pindah yang mudah, serta memburu-mengumpul.[23] Mereka juga dikenali dengan membuat sumpit dan menggunakannya untuk memburu. Walau bagaimanapun seni membuat sumpit terancama kerana orang sekarang pergi ke pasar untuk daging dan mereka tidak perlu memburu sekerap sebelum ini.[24] Mereka juga mengamalkan bentuk tradisional agroperhutanan dengan menanam buah dalam kalangan spesies pokok yang sedia ada dengan kerosakan yang minimum terhadap hutan, tidak seperti pemilik estet minyak sawit atau kebun buah komersial. Kaedah pertanian kebun ini mempunyai impak yang positif terhadap ekosistem dengan memperkayakan kepelbagaian flora dalam sistem dan membekalkan makanan kepada fauna.[25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. m/s. 2. ISBN 99-716-9861-7.
  2. ^ Signe Howell (1984). Society and Cosmos: Chewong of Peninsular Malaysia. Oxford University Press. m/s. 6. ISBN 01-958-2543-8.
  3. ^ Đăng Liêm Nguyêñ (1974). South-East Asian Linguistic Studies, Volume 2. Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University. m/s. 82. ISBN 08-588-3143-0.
  4. ^ Signe Howell (1984). Society and Cosmos: Chewong of Peninsular Malaysia. Oxford University Press. m/s. 8. ISBN 01-958-2543-8.
  5. ^ Iskandar Carey (1976). Orang Asli: the aboriginal tribes of peninsular Malaysia. Oxford University Press. m/s. 132. ISBN 01-958-0270-5.
  6. ^ Martin Haspelmath & Uri Tadmor, penyunting (2009). Loanwords in the World's Languages: A Comparative Handbook. Walter de Gruyter. m/s. 668. ISBN 31-102-1843-7.
  7. ^ a b Signe Howell (1982). Chewong Myths and Legends. Council of the M.B.R.A.S. m/s. xiii.
  8. ^ Tarmiji Masron, Fujimaki Masami & Norhasimah Ismail (October 2013). "Orang Asli in Peninsular Malaysia: Population, Spatial Distribution and Socio-Economic Condition" (PDF). Journal of Ritsumeikan Social Sciences and Humanities Vol.6. Dicapai pada 2017-11-20.
  9. ^ "High time to say 'tidak boleh'". The Star. 13 May 2017. Dicapai pada 2017-11-20.
  10. ^ a b c d e f Nobuta Toshihiro (2009). "Living On The Periphery: Development and Islamization Among Orang Asli in Malaysia" (PDF). Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2017-10-27.
  11. ^ "Orang Asli Population Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Diarkib daripada yang asal pada 2012-02-09. Dicapai pada 2017-04-11.
  12. ^ "Basic Data / Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2017-10-27.
  13. ^ Alberto Gomes (2004). Modernity and Malaysia: Settling the Menraq Forest Nomads. Routledge. ISBN 11-341-0076-0.
  14. ^ a b "Hampir pupus angkara Jepun". Utusan Melayu. 8 November 2014. Dicapai pada 2017-11-20.
  15. ^ a b Anja Lingjerde Lillegraven (May 2006). "Paths of Change in Fields of Power: A study of the Chewong – an indigenous minority group in peninsular Malaysia" (PDF). Department of Social Anthropology, University of Oslo. Dicapai pada 2017-11-20.
  16. ^ Hin Fui Lim (1997). Orang Asli, Forest, and Development. Forest Research Institute Malaysia. ISBN 98-395-9265-3.
  17. ^ Kaj Arhem & Guido Sprenger (2015). Animism in Southeast Asia. Routledge. m/s. 55. ISBN 13-173-3662-3.
  18. ^ Malaya. Museums Department, Malaysia. Jabatan Muzium (1971). Federation Museums Journal, Volumes 16-23. Museums Department, States of Malaya. m/s. 6.
  19. ^ Man Ess (2014). Kisah Lagenda Temuan: Wak Beull dengan Mamak Bungsuk. Blue Crystal Enterprise.
  20. ^ Lisa Kemmerer (2012). Animals and World Religions. Oxford University Press. m/s. 51. ISBN 01-997-9067-1.
  21. ^ a b Signe Howell (1982). Chewong Myths and Legends. Council of the M.B.R.A.S. m/s. xxiv.
  22. ^ Thomas Gregor (1996). A Natural History of Peace. Vanderbilt University Press. m/s. xvi. ISBN 08-265-1280-1.
  23. ^ Philippe Descola & Gisli Palsson (2013). Nature and Society: Anthropological Perspectives. Routledge. m/s. 131. ISBN 11-348-2715-6.
  24. ^ "Tradisi yang semakin pupus". Utusan Melayu. 8 November 2014. Dicapai pada 2017-11-20.
  25. ^ "Orang Asli Boost Biodiversity with their Fruit Gardens". Clean Malaysia. 12 February 2016. Dicapai pada 2017-11-20.