Cheam June Wei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cheam June Wei
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1997-01-23) 23 Januari 1997 (umur 27)
Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia
Tempat tinggalKuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.74 m (5 ka 9 in)
Berat65 kg (143 lb)
Tahun aktif2014-kini
Cakat tanganKanan
JurulatihNova Armada[1]
Perseorangan lelaki
Rekod karier171 menang, 103 kalah
Ranking tertinggi63 (17 Disember 2019)
Ranking semasa65 (18 Oktober 2022)
Rekod pingat
Profil BWF

Cheam June Wei (lahir 23 Januari 1997) ialah pemain badminton Malaysia.[2] Beliau adalah pemenang pingat emas beregu campuran di Olimpik Belia Musim Panas 2014.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Cheam mula bermain badminton pada usia 8 tahun di Pulau Pinang. Sebagai pemain junior, dia telah dilatih oleh Teh Peng Huat, bekas jurulatih pemain No. 1 dunia Dato' Lee Chong Wei, lebih dari setahun sebelum latihan di bawah jurulatih Lim Theam Teow. Pada tahun 2012, beliau memenangi pingat gangsa berpasukan campuran di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Gimcheon, Korea Selatan.[4] Pada tahun 2014, beliau dinaikkan pangkat untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia dari Sekolah Sukan Bukit Jalil,[5] dan pada tahun yang sama beliau bertanding di Sukan Olimpik Belia Musim Panas di Nanjing dan memenangi pingat emas dalam acara beregu campuran dengan rakannya dari Hong Kong, Ng Tsz Yau.[6] Beliau juga merupakan naib juara pada Kejohanan Junior Antarabangsa Malaysia 2014, dan pada 2015 Junior Belanda, beliau menjadi juara.[7][8] Pada 2020, beliau membantu pasukan lelaki Malaysia untuk meraih gelaran naib juara dalam Kejohanan Badminton Asia.[9]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Belia Musim Panas[sunting | sunting sumber]

Beregu campuran

Tahun Tempat Pasangan Lawan Skor Keputusan
2014 Institut Sukan Nanjing,
Nanjing, China
Hong Kong Ng Tsz Yau Jepun Kanta Tsuneyama
Taipei Cina Lee Chia-hsin
21–14, 23–21 Emas

Jelajah Dunia BWF (1 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[10] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[11]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Lawan Skor Keputusan
2018 Terbuka Belanda Super 100 India Sourabh Verma 19–21, 13–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2022 Master Indonesia Super 100 Super 100 Malaysia Leong Jun Hao 21–9, 20–22, 19–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (2 gelaran, 4 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2017 Antarabangsa Malaysia Singapura Loh Kean Yew 19–21, 14–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2018 Antarabangsa Austria India Parupalli Kashyap 21–23, 14–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2018 Terbuka Finland Malaysia Leong Jun Hao 21–12, 17–21, 20–22 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2018 Dutch International Poland Adrian Dziółko 13–21, 21–13, 21–10 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2019 Antarabangsa Malaysia Malaysia Soong Joo Ven 13–21, 20–22 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2019 Antarabangaa Malaysia Republik Rakyat China Ren Pengbo 21–16, 19–21, 21–18 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tan Ming Wai. "June Wei-Jun Hao in final showdown" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  2. ^ "Players: June Wei Cheam" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  3. ^ "June Wei gets Youth Olympics gold" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  4. ^ "June Wei's doing it for the love of the game" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  5. ^ "与宗伟切磋球艺 詹俊为梦想成真" (dalam bahasa Cina). archive.is. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2014. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  6. ^ "June Wei gets Youth Olympics gold" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  7. ^ "Malaysia wins three titles at Malaysia Intl. Under-19 Champs". BadmintonPlanet.com. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  8. ^ "This is it for June Wei in Asian Juniors" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  9. ^ Talkah, Helmi (16 Februari 2020). "Malaysia gagal sekat Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 17 Februari 2020.
  10. ^ Alleyne, Gayle (19 Mac 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  11. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]