Chee Hood Siong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chee.
Chee Hood Siong
Kelahiran 1945
Meninggal dunia 5 Oktober 2011 (umur 66)
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara  Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Terkenal kerana watak Ah Chim

Chee Hood Siong merupakan salah seorang pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, “Baba Nyonya”. Chee Hood Siong meninggal dunia pada 5 Oktober 2011, Ahad akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai siri televisyen paling lama di Malaysia apabila ia memulakan siaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]