Chelsia Ng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Ng.
Chelsia Ng
Kelahiran (1981-12-25) 25 Disember 1981 (umur 37)
Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1997–kini
Ketinggian168cm

Chelsia Ng (Cina ringkas: 伍家丽Pe̍h-ōe-jī: Ngó͘ Ke-lē; lahir 25 Disember 1981) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Pulau Pinang.[1][2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ng dilahirkan pada 25 Disember 1981 di Pulau Pinang, iaitu bersempena dengan sambutan Hari Krismas. Beliau mula menceburi persada seni dengan menyanyikan lagu "Empty Decorations" bersama Douglas Lim bagi siri komedi berbahasa Inggeris tempatan, Kopitiam. Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak Rain, pembantu kedai gunting rambut milik watak Steven (yang dipegang Lim).

Selain Kopitiam beliau juga menjadi seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming serta pemegang watak sampingan dalam Tin Gei Bin.

Ng muncul buat kali pertama dalam layar besar dalam Salon arahan Woo Ming Jin lakonan bersama Pierre Andre dan Raja Farah yang dikeluarkan pada tahun 2005. Persembahan beliau dalam filem itu membolehkan beliau dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19 tahun kemudiannya.

Pada tahun 2006 Ng kembali ke lakonan televisyen menerusi drama Realiti di 8TV, yang mana beliau memegang watak Melody. Beliau juga pernah ditampilkan sebagai juri undangan pertama di What Women Want.

Pada tahun 2008, beliau menyertai barisan pelakon drama Ghost dan Ampang Medikal. Pada 2009, Ng memegang watak Yvonne, rakan karib Miasara lakonan Liyana Jasmay dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2013.

Ng memegang watak sebagai Janice dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Kamal Adli, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamin, Azhariah (10 November 2009). "Soul mates". The Star (Malaysia). Dicapai 15 January 2010. 
  2. ^ Chandran, Sheela (2 September 2006). "It's all real". The Star (Malaysia). Dicapai 15 January 2010. 
  3. ^ Loong Wai Ting (8 April 2016). Chelsia Ng to star opposite Abdul Rani Kulup in telemovie New Straits Times. Diperoleh pada 8 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]