Mata mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chelus)
Jump to navigation Jump to search

Mata mata
Julat zaman: Pliocene–Kini
2009 Chelus fimbriatus.JPG
Akuarium Shanghai
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Pleurodira
Keluarga: Chelidae
Subkeluarga: Chelinae
Genus: Chelus
Duméril, 1806[2]
Spesies: C. fimbriata
Nama binomial
Chelus fimbriata
(Schneider, 1783)[3]
Chelus fimbriatus distribution map.png
Taburan habitat Mata mata
Sinonim[1][6]

Mata mata, Mata-mata, atau matamata (Chelus fimbriata)[1][7] ialah kura-kura air tawar yang ditemui dan berasal dari Amerika Selatan, tertutamanya Lembangan Amazon dan Lembanagn Orinoco. Ia adalah satu-satunya spesies dari genus Chelus.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Mata mata pertama kali direkodkan oleh pakar alamiah (naturalis), Pierre Barrère pada tahun 1741 sebagai "kura-kura besar dengan sisik tajam dan bergerigi" (terjemahan).[8] Pada mulanya, ia dikelaskan sebagai Testudo fimbriata oleh pakar alamiah German, Johann Gottlob Schneider pada 1783. Kemudian dinamakan 14 kali dengan nama yang berbeza sepanjang dua abad, dan akhirnya dinamakan Chelus fimbriata pada tahun 1992.[1][8][9][10]

Anatomi dan morfologi[sunting | sunting sumber]

Pandangan atas Mata mata

Mata mata mempunyai kepala yang besar, rata, bersegi tiga, dan kulit bertuberkel. Ia juga memiliki hidung panjang berbentuk seakan-akan "tanduk".[8] Tiga sesungut (barbel) berada pada dagunya dengan empat lagi sesungut tambahan di bahagian rahang atas.[11]

Mata mata berwarna coklat atau hitam, karapas (tempurung) bersegi empat bujur dengan panjang sehingga 45cm.[12] Mata mata dewasa boleh mencapai berat sehingga 15kg.[12] Plastronnya kecil, pendek dan disambungkan dengan karapas oleh penyambung sempit.[11] Plastron dan penyambungnya berwarna krim kekuningan atau coklat.[11]

Kepala, leher, ekor, dan kakinya berwarna kelabu-coklat apabila dewasa.[11] Lehernya lebih panjang daripada saiz tulang belakangnya dengan kulit nipis menutupi kedua-dua bahagian.[11]

Setiap kaki mempunyai selaput renang dengan lima kuku pada bahagian hadapan. Mata-mata jantan mempunyai plastron yang melengkung ke dalam, bersaiz lebih panjang dan berekor tebal berbanding betina.[11]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Mata mata mendiami kawasan berair seperti sungai yang berarus perlahan, parit, tasik, paya, kolam dan rawa iaitu dari utara Bolivia, timur Peru, Ecuador, timur Colombia, Venezuela, Guianas, dan Brazil. Mata mata ialah spesies haiwan akuatik tetapi hanya menetap di kawasan air cetek bagi memudahkan hidungnya yang panjang melepasi permukaan air untuk bernafas.[13]

Perlakuan[sunting | sunting sumber]

Bahagian kepala
Ilustrasi Mata mata (1885)

Cangkerang Mata-mata kelihatan seperti cebisan kulit kayu, manakala kepalanya berbentuk seperti daun gugur.[14] Di dalam air, ia langsung tidak bergerak, menjadikan ia kelihatan seperti daun-daun kayu, sambil menanti mangsa datang.[14] Mata mata akan melunjurkan kepala dan membuka mulutnya dengan luas, mencipta ruang vakum bertekanan rendah yang kemudiannya menyedut masuk mangsa ke dalam mulutnya dengan pantas.[14] Ia kemudian menutup mulutnya, dan air perlahan-lahan dihembus keluar, mangsa ditelan seluruhnya; kerana Mata mata tidak boleh mengunyah disebabkan struktur mulutnya yang berbeza.[14]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Mata-mata jantan menjulurkan kaki dan kepalanya ke arah betina dengan mulut ternganga, dan menggerakkan kelepak sisinya di kepala. Sarang telur mula dibina dari bulan Oktober hingga Disember. Sebanyak 12 ke 28 biji telur bersaiz 35mm dihasilkan sekali bertelur.

Diet[sunting | sunting sumber]

Mata mata bersifat maging, makanannya merangkumi haiwan akuatik seperti invertebrata dan ikan.[8][14]

Peliharaan[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, Mata mata semakin popular dan dijual di kedai-kedai haiwan eksotik pada harga yang agak mahal. Disebabkan bentuk dan ciri-cirinya yang unik berbanding kura-kura lain, mereka sering dijadikan haiwan belaan dan ditayangkan di kebanyakan akuarium. Saiz Mata mata dewasa juga agak besar. Bagaimanapun, Mata mata bukanlah haiwan pemburu, seperti Kura-kura Snapper. Malah, mereka boleh tinggal di dalam ruang yang agak kecil.

Seperti haiwan akuatik lain, kualiti air amat penting dalam penjagaan haiwan ini. Keadaan air yang hangat, berasid dengan kadar tanin yang tinggi perlulah dikekalkan setiap tahun. Airnya juga sentiasalah ditapis.[15]


Budaya[sunting | sunting sumber]

Setem Azerbaijan
  • Azerbaijan pernah menerbitkan sebuah setem yang mempunyai lakaran haiwan ini pada tahun 1995
  • Mata mata menjadi sumber inspirasi penghasilan raksasa Kaiju [16] (カメーバ) yang muncul pertama kali melalui filem-filem berkonsepkan raksasa Jepun pada tahun 1970, Space Amoeba[17] (Gezora, Ganime, Kameba: Kessen Nankai No. daikaijû!) Ishirô Honda. Selain itu, raksasa ini juga terdapat dalam filem Jepun seterusnya pada tahun 2003, Godzilla, Mothra, Mechagodzilla: Tokyo SOS[18] (Gojira tai Mosura tai Mekagojira: Tôkyô S.O.S.) oleh Masaaki Tezuka dan dalam permainan video Godzilla 3.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Rhodin, A.G.J., Shaffer, H.B., and Bour, R.]. 2014. Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. In: Rhodin, A.G.J., Pritchard, P.C.H., van Dijk, P.P., Saumure, R.A., Buhlmann, K.A., Iverson, J.B., and Mittermeier, R.A. (Eds.). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.
  2. ^ a b c Duméril, A.M.C. 1806. Zoologie Analytique, ou Méthode Naturelle de Classification des Animaux. Paris: Perronneau, 344 pp.
  3. ^ a b Schneider, J.G. 1783. Allgemeine Naturgeschichte der Schildkröten, nebst einem Systematischen Verseichnisse der einzelnen Arten. Müller, Leipzig. xlviii + 364 p.
  4. ^ Oppel, M. 1811. Die Ordnungen, Familien und Gattungen der Reptilien als Prodrom einer Naturgeschichte derselben. München: J. Lindauer, 86 pp.
  5. ^ ICZN. 1963. Opinion 660. Suppression under the plenary powers of seven specific names of turtles (Reptilia: Testudines). Bulletin of Zoological Nomenclature 20:187-190.
  6. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 327. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012. 
  7. ^ Giant fossil matamata turtles (matamatas part V) Diarkibkan 2011-10-11 di Wayback Machine., Tetrapod Zoology
  8. ^ a b c d Espenshade III, William H (1990), "Matamata, Chelus fimbriatus", Tortuga Gazette, 26 (5): 3–5 
  9. ^ Matamata, Chelus fimbriatus, California Turtle & Tortoise Club
  10. ^ Chelus fimbriata, The Reptile Database
  11. ^ a b c d e f Bartlett, Dick (2007), "The Matamata", Reptiles Magazine, 15 (12): 18–20 
  12. ^ a b (Perancis) Toutes les tortues du monde by Franck Bonin, Bernard Devaux and Alain Dupré, second edition (1998), editions Delachaux and Niestlé/WWF.
  13. ^ Rosenfeld, Arthur (1989), Exotic Pets, New York: Simon & Schuster, m/s. 153–155, ISBN 0-671-47654-8 
  14. ^ a b c d e Cogger, Harold; Zweifel, Richard (1992), Reptiles & Amphibians, Sydney, Australia: Weldon Owen, m/s. 112, ISBN 0-8317-2786-1 
  15. ^ Mata mata Care Sheet
  16. ^ Templat:Img Allure du monstre
  17. ^ (Inggeris) « Space Amoeba », IMDb.
  18. ^ (Inggeris) « Godzilla, Mothra, Mechagodzilla: Tokyo S.O.S. », IMDb.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]