Chemor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°43′N 101°07′E / 4.717°N 101.117°E / 4.717; 101.117

Chemor
Pekan
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Kerajaan
 • Ahli Parlimen Tambun Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah
 • ADUN Hulu Kinta Aminuddin Md Hanafiah
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod 31200
Kod kawasan 05

Chemor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh. Sekitar tahun 70-an, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor. Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu. Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepanjang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang, pusat perniagaan dan taman perumahan.

Asal Nama[sunting | sunting sumber]

Penternakan Khinzir juga banyak terdapat pada masa dahulu, sehingga timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina 'Che-Mo' yang kerana bacaan bunyi CEPOH (sebuah Kampung Melayu yang dekat Chemor) dalam bahasa keturunan Cina Hakka adalah CHE-MO. Oleh itu orang Cina tidak menggunakan nama Chemor sebaliknya dalam tahun 1990 menggunakan panggilan 'Che-Bo' (CHEPOH) bacaan bunyinya dalalam bahasa Cina adalah bermaksud permata. Kebanyakan taman perumahan baru di sekitar pekan Chemor, kampung Cina Kuala Kuang, Kampung Cina Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan bekas-bekas ladang sayur dan kandang penternakan. Pada pertengahan tahun 80-an kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya di kawasan Klebang dan Kampung Cina Khantan Baru.

Kawasan Hitam Zaman Darurat[sunting | sunting sumber]

Sehingga awal 80-an , Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che' Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor. Operasi memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan bukit-bukau sekitar Chemor. Pada ketika ini juga penduduk Chemor pernah beberapa kali mengalami perintah berkurung. Konvoi-konvoi kenderaan tentera melalui pekan Chemor ke Ulu Kuang atau Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu. Budak-budak kampung yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan mendapat hadiah resen. Pada masa itu, juga terdapat sebuah tentera Kem mini berada di Kampung Cina Tanah Hitam.

Peristiwa Darurat di Chemor (1948-1960)[sunting | sunting sumber]

Yuen Yuet Leng bermula sebagai Inspektor Asia percubaan (PAI) setelah menerima latihan di Depot Polis pada Disember 1950. Dia adalah salah seorang daripada 54 polis latihan di Squad 'C', terdiri daripada 22 orang Melayu, 19 Cina dan 13 orang India, "sebuah kombinasi ras yang sihat".

Pada tahun 1950 panggilan rekrut menjadi polis bagi menentang komunis. Oleh itu beliau menjadi anggota polis sebagai PAI (Inspektor Asia percubaan). Latihan singkat selama enam bulan dan pada 1951 ia pertama kali ditugaskan sebagai CID. Kemudian menyertai pasukan Federal Jungle Company (FJC) ke-2 di Tanah Hitam, Chemor. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Platun 2 No 16 FJC, Titi GantungSitiawan, Perak. 1951 adalah tahun 'Pembakaran'. Dia telah ditembak di Chemor, hampir menyergap di luar Sungai Siput. Pada bulan Disember dia ditembak dan tercedera di Bukit Tanggor ketika menyerang hendap Kem Pengganas Komunis. Chemor dan Sungai Siput terkenal sebagai kawasan hitam di negeri Perak.

Sejak itu bermula operasi memburu Chin Peng yang menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya. Dia menjadi Pegawai Cwangan Khas di Gerik pada 1953. Antara kejayaannya ialah merosakkan organisasi pengganas komunis di Ipoh. Pada beberapa kesempatan Yuen Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran. Peranannya itu telah membolehkan beliau dianugerah Pingat Polis Kolonial pada tahun 1957.

Kemudian beliau dilantik menjadi Pembantu Inspektor dan Pegawai Cawangan Khas di Sungei Siput pada 1957. Ketika itu beliau merancang dan melancarkan operasi anti-pengganas (Operasi Jahe), suatu usaha memerangi habis-habisan pengganas komunis di negeri Perak. Seramai 156 pengganas dihapuskan dalam tempoh 16 bulan. Pada tahun 1960, Ipoh dan Perak Tengah ditakrifkan sebagai 'Kawasan Putih' atau White Area. Ini walaupun beberapa pemimpin PKM berbangsa Melayu seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D berasal dari Perak Tengah.

Setelah zaman darurat berakhir 1960, Yuen Yuet Leng telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan terus bekerja sama dengan Cawangan Khas, Perisikan dan Psikologi. Beliau menghadiri kursus di Pejabat Perang Britain di Belfast dan mempelajari kaedah penganas Ireland Revolusi Army di sana.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud Chemor pada masa lalu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Chemor, manakala Sekolah Aminuddin Baki Chemor, adalah sekolah menengah tunggal di Chemor pada ketika itu mengambil sempena nama tokoh pendidikan negara Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki yang berasal dari Chemor. Sehingga tahun 1984 sekolah ini tidak mempunyai aliran sains, pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (Tingkatan 3) terpaksa berhijrah ke sekolah lain seperti Sekolah Menengah Raja Chulan Ipoh dan sekolah-sekolah lain di Ipoh dan sebaliknya juga banyak sekolah-sekolah kebangasaan Cina dan India berada di sekitar kawasan Chemor.

Sekolah rendah di Chemor[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Hitam
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Ching
  4. Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang
  5. Sekolah Kebangsaan Taman Klebang Jaya
  6. Sekolah Kebangsaan Syed Idrus

Sekolah menengah di Chemor[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj. Mohd Taib

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

Kini Pekan Chemor mempunyai banyak pembaharuan dan akan maju menjelang Wawasan 2020. Pasaraya Mydin Meru Raya, Aeon Ipoh Klebang dan Econsave Klebang dibina bagi memudahkan penduduk membeli belah di sana.

Senarai Masjid[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Al-Amaniah Taibah, Kampung Seri Kelebang, Chepor, 31200 Chemor, Perak
  2. Masjid Al-Amaniah , Kampung Chepor Dalam, 31200 Chemor, Perak
  3. Masjid Al-Mohsiniah (Ulu Chemor), 31200 Chemor, Perak
  4. Masjid Jamek Chemor, 31200 Chemor, Perak
  5. Masjid Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak
  6. Masjid Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
  7. Masjid Kampung Ulu Kuang, 31200 Chemor, Perak

Penduduk Terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Seri Aminuddin Baki - Bapa Pendidikan Malaysia
  • Nor Saiful Zaini Nasiruddin - Bekas pemain hoki kebangsaan
  • R Selvamuthu - Atlet Taekwondo Malaysia yang beraksi di Olimpik Seoul 1988
  • Ilya Buang - Pelakon dan Pelawak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]