Chempaka (kawasan negeri Selangor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chempaka
Kawasan pilihan raya  Selangor
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Selangor
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2013

Chempaka ialah bekas kawasan pilihan raya negeri yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 2004 sehingga 2018.

Kawasan pilihan raya ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Chempaka untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Pandan Indah. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 17 daerah mengundi iaitu Taman Nirwana, Angsana Hilir, Kampung Pandan Dalam Kiri, Lorong Raya Kampung Pandan, Pandan Jaya Utara, Taman Chempaka, Kampung Baharu Ampang Ketiga, Pandan Indah Jalan 1,4 dan 6, Taman Dagang, Taman Cahaya, Lorong Molek Kampung Pandan, Lorong Bersih Kampung Pandan, Pandan Jaya Selatan, Taman Bakti, Pandan Indah Jalan 5, Pandan Mewah dan Pandan Indah Jalan 2 dan 3. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]

Daerah Mengundi dan Tempat Mengundi di DUN Chempaka pada tahun 2016.
Daerah Mengundi Pusat/Tempat Mengundi
Taman Nirwana Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
Taman Cahaya Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
Angsana Hilir Sekolah Rendah Agama Jalan F
Lorong Raya Kampung Pandan Sekolah Rendah Agama Jalan F
Lorong Molek Kampung Pandan Sekolah Rendah Agama Jalan F
Kampung Pandan Dalam Kiri Sekolah Rendah Agama Kampung Pandan Lorong Bahagia Lima
Lorong Bersih Kampung Pandan Sekolah Rendah Agama Kampung Pandan Lorong Bahagia Lima
Pandan Jaya Utara Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya
Taman Chempaka Dewan Serbaguna Taman Chempaka
Taman Bakti Dewan Serbaguna Taman Chempaka
Taman Dagang Sekolah Agama Rakyat (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi) Ar-Rahmaniah
Pandan Indah Jalan 1,4 dan 6 Sekolah Rendah Agama Pandan Indah
Pandan Indah Jalan 5 Sekolah Kebangsaan Pandan Indah
Pandan Jaya Selatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya
Pandan Indah Jalan 2 dan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah
Pandan Mewah Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah
Sumber: Jabatan Peguam Negara Malaysia.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Chempaka
Penggal Kod DUN Semasa Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan dari Pandan
ke-11 N21 2004-2008 Mad Aris Mad Yusof Barisan Nasional (BN-UMNO)
ke-12 N21 2008-2013 Iskandar Abdul Samad Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
ke-13 N21 2013-2018
Kawasan DUN dipinda, dengan nama baharu Pandan Indah.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Chempaka setakat 2013

  Melayu (53.40%)
  Cina (38.17%)
  India (7.29%)
  Etnik lain (1.14%)

Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 42,995 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Melayu dengan peratusan sebanyak 53.40, kemudian diikuti oleh etnik Cina (38.17%), India (7.29%) dan paling sedikit ialah lain-lain (1.14%).[4]

Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Chempaka
Pilihan raya negeri Kod DUN semasa Etnik pengundi (dalam peratus) Jumlah pengundi
Melayu Cina India Lain-lain
Pilihan raya negeri Selangor 2013.[5] N21 53.40 38.17 7.29 1.14 42,995
Pilihan raya negeri Selangor 2008.[4] N21 58.4 35.5 5.5 0.5 33,525
Pilihan raya negeri Selangor 2004.[6] N21 N/A 30,893

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2013
Parti Calon Undian % ∆%
PAS Iskandar Abdul Samad 23,117 63.12 10.94
BN Muhammad Faizal Sufar 13,509 36.88 10.94
Jumlah undian sah 36,626 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 432
Kertas undi tidak dikembalikan 84
Keluar mengundi 37,142 86.39
Pemilih berdaftar 42,995
Majoriti 9,608
PAS kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Selangor 2008
Parti Calon Undian % ∆%
PAS Iskandar Abdul Samad 12,528 52.18 52.18
BN Nosimah Hashim 11,480 47.82 17.90
Jumlah undian sah 24,008 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 396
Kertas undi tidak dikembalikan 115
Keluar mengundi 24,519 73.14
Pemilih berdaftar 33,525
Majoriti 1,048
PAS ambil alih dari BN Unjuran ?
Pilihan raya negeri Selangor 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mad Aris Mad Yusof 12,654 65.72 -
KEADILAN Mohd Fauzi Yusoff 6,599 34.28 -
Jumlah undian sah 19,253 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 243
Kertas undi tidak dikembalikan 41
Keluar mengundi 19,537 63.22
Pemilih berdaftar 30,903
Majoriti 6,055
Ini ialah kawasan pilihan raya yang baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bakar, Adam Abu (2018-03-29). "18 kerusi Parlimen di Selangor berubah selepas persempadanan". Free Malaysia Today (FMT). Dicapai pada 2021-02-16.
  2. ^ Rohaniza Idris (Mac 28, 2018). "Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN". Berita Harian. New Straits Times Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 2 September 2021.
  3. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 137. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ a b c d "Maklumat Calon dan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13: Selangor". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-14. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  5. ^ "2013年第13届马来西亚大选-地图查询" (dalam bahasa Cina Malaysia). Sin Chew Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-31. Dicapai pada 7 Januari 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya 2004: Selangor". Utusan Malaysia. 23 Mac 2004. m/s. 8.
  7. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Notis Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dewan Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 192/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 26 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 2016-05-21.
  8. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 233/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 22 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 October 2018. Dicapai pada 2016-05-21.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021.
  10. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  11. ^ a b "Keputusan Penuh Pilihan Raya Selangor". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2 September 2021.
  12. ^ "General Election 2008 Results: Selangor". The Star Online. The Star Malaysia. Mac 8, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-15. Dicapai pada 2 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]