Chenderiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Chenderiang
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Batang Padang
Mukim Bandar Chenderiang
Keluasan N/A

Chenderiang terletak di daerah Tapah, Perak, Malaysia. Lebuh raya Utara Selatan melalui kawasan Chenderiang, di sebelah kiri dan kanan. Kawasan ini diairi oleh Sungai Chenderiang, yang turun dari kawasan gunung dan bukit di sebelah Barat.

Kawasan ini dahulunya ramai orang Melayu. Kawasan yang berhampiran ialah Kampung Sungai Genting, Temoh, Kampar, Mambang Di Awan, Kampung Pahang Taman Bukit Hijau dan Kampung Lubuk Katak.

Dalam sastera Melayu lama, tokoh penutur Penglipurlara Pawang Ana dan anaknya Mir Hassan tinggal di sini dan pernah diwawancara oleh Winstedt. Antara karya yang dituturkan ialah cerita Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.


Air terjun Chenderiang turut menarik perhatian pengunjung terutama penduduk tempatan yang mengetahui keindahan air terjun dan jeram di sini. Nama rasminya ialah Lata Kinjang, kira-kira 9 km di utara Chenderiang. Orang Asli suku Semai telah lama tinggal di sini. Mereka mendapat bekalan air minuman dari kawasan air terjun. Air terjun ini dapat dilihat jika kita melalui Lebuh raya Utara Selatan.

Lombong arang batu juga terdapat di Chenderiang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang mula beroperasi pada 6 Januari 2003.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]