Chenderoh (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chenderoh
Kawasan pilihan raya  Perak Darul Ridzuan
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1994
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2004
Kali pertama dipertandingkan1995
Kali terakhir dipertandingkan1999
Demografi
Pemilih (1999)34,362

Chenderoh ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia. Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1995 sehinggalah tahun 2004. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Lenggong dan Lubok Merbau.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1995 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Chenderoh ialah Mohamed Nazri Abdul Aziz dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Barisan Nasional (BN).[2][3]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan pemilih berdaftar berdasarkan etnik pada tahun 1999.

  Cina (20.6%)
  India (6%)
  Melayu (73.3%)
  Lain-lain (0.1%)

Pada pilihan raya umum Malaysia 1999, kebanyakannya pengundi atau pemilih ialah beretnik Melayu sebanyak 73.3 peratus dan kemudiannya diikuti oleh pengundi beretnik Cina iaitu sebanyak 20.6 peratus. Pengundi yang beretnik India dan lain-lain merupakan paling sedikit jumlah peratusan iaitu masing-masing ialah 6 dan 0.1. Jumlah keseluruhan pengundi di kawasan Chenderoh ialah seramai 34,362 orang. Sebilangan besar pengundi adalah petani dan nelayan di tasik pedalaman.[1]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Chenderoh.[3]
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Tasek Chenderoh
ke-9 1995-1999 Mohamed Nazri bin Abdul Aziz BN (UMNO) 13,374 3,990
ke-10 1999-2004 16,983 11,793
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Padang Rengas dan Lenggong.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 1999
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohamed Nazri Abdul Aziz 13,374 58.77
KEADILAN Hamzah Mohd Zain 9,384 41.23
Jumlah undian sah 22,758 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 587
Kertas undi tidak dikembalikan 52
Keluar mengundi 23,397 64.77
Pemilih berdaftar
Majoriti 3,990
BN kekal Peralihan
Pilihan raya umum Malaysia 1995
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohamed Nazri Abdul Aziz 16,983 76.59
S46 Saidin Mat Piah 5,190 23.41
Jumlah undian sah 22,173 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 872
Kertas undi tidak dikembalikan 96
Keluar mengundi 23,141 67.31
Pemilih berdaftar
Majoriti 11,793
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The candidates: Perak: [New Sunday Times, 2* Edition]" [Calon Pilihan Raya: Perak] (ed. 2). Kuala Lumpur: New Straits Times. 21 November 1999. Dicapai pada 12 Februari 2021 – melalui ProQuest.
  2. ^ FMT Reporters (2 Mac 2018). "MCA bukan kawan saya, kata Nazri". Free Malaysia Today. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b "Nazri yakin mampu pikul tugas" (PDF). lib.perdana.org.my. Kuala Lumpur. 11 Disember 1999. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ "Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri-negeri Tanah Melayu dan Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah 2003" (PDF). Perbahasan Parlimen (Hansard). Parlimen Malaysia. 2003. m/s. 42. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen Perak Tahun 1995 dan 1999". Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-30. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]