Chenderong Kelubi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Chenderong Kelubi merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak di Perak. Ia telah terpilih bagi projek pembangunan fizikal dan telah menerima kemudahan prasarana seperti jalan tar, bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

Kampung Chenderong Kelubi terletak kira-kira 30 km atau setengah jam perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran daerah Kampung Gajah. Kampung Chenderong Kelubi dipimpin oleh Tok Batin Pandak a/l Kulob Samad. Kampung Chenderong Kelubi terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah, baru-baru ini.

Kini kampung Chenderong Kelubi adalah sebuah perkampungan orang asli yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti dewan, surau, sekolah tadika, sekolah rendah dan sebagainya. Ia boleh dihubungi dengan jalanraya dan mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Penduduknya ramah dan ramai juga yang telah berjaya. Guru sekolahnya terdiri dari Orang Asli yakni penduduk asal kampung ini. Kampung ini juga mempunyai kugiran mereka sendiri.